View: 248|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: Kerjasama PSA Peugeot Citroen, GM
[Copy link]
|
|
PENGELUAR kereta Perancis yang sedang berdepan masalah, PSA Peugeot Citroen semakin hampir memuktamadkan rundingan untuk membentuk pakatan dengan gergasi automotif Amerika Syarikat (AS), General Motors (GM) yang juga sedang dalam proses pemulihan selepas diselamatkan daripada bankrap.\rBeberapa sumber berkata, syarikat itu akan menerbitkan saham baru kepada pelabur sedia ada berjumlah sehingga satu bilion euro (RM4 bilion), kenaikan yang ketara bagi pengeluar kereta itu yang kini bernilai 3.6 bilion euro (RM14.5 bilion)\r\n\n\n\n\r Terbitan hak itu akan mengurangkan pembabitan keluarga Peugeot, yang menguasai 30.3 peratus modal dan 45.75 peratus hak mengundi dalam firma itu, yang juga pengeluar kereta terbesar Perancis dan kedua di Eropah di belakang Volkswagen.\r\r\n\n\n\n\n Jualan PSA turun 1.5 peratus tahun lalu dan keuntungan bersihnya susut separuh kepada 588 juta euro (RM2.3 bilion).\rLembaga Pasaran Kewangan Perancis, lewat kelmarin meminta syarikat itu supaya membuat pengumuman ‘secepat mungkin’, manakala beberapa sumber berkata, satu kerjasama akan diumumkan selewat-lewatnya akhir minggu ini.\rKerjasama itu akan menyaksikan GM membeli sehingga tujuh peratus saham Peugeot, mengikut sesetengah laporan, manakala Peugeot dan GM setakat ini masing-masing enggan memberi komen mengenai kemungkinan urus niaga terbabit.\rAkhbar The Financial Times sebelum ini melaporkan sebuah pakatan akan menyaksikan Peugeot dan anak syarikat Eropah GM, Opel Vauxhall secara bersama membangunkan enjin dan alat ganti, dijual di bawah jenama masing-masing yang secara bersama merangkumi 20 peratus jualan di Eropah.\r\n\n\n\r“Pakatan akan membolehkan GM membantu Opel untuk pulih dengan menggabungkan sejumlah kos manakala PSA dapat menembusi pasaran sedang membangun dengan lebih pantas,” kata penganalisis Euler Hermes, Yann Lacroix.\rBagaimanapun, Wall Street Journal berkata, tiada rancangan untuk mengurangkan kapasiti pengeluaran meskipun pakar industri percaya Eropah mempunyai lebihan keupayaan pengeluaran yang besar.\rTahun lalu, firma Perancis yang mempunyai 205,000 kakitangan di seluruh dunia itu, menjual 3.5 juta kereta dengan dua pertiga daripadanya di Eropah.\rPresiden Perancis, Nicolas Sarkozy sedang berdepan pemilihan semula yang sukar dalam undian dua pusingan pada April-Mei dan pengumuman pemberhentian kerja akan menjadi bencana kepada kempennya.\rJangkaan kerjasama itu juga mencerminkan perdebatan di Perancis, mengenai tanggapan mengenai penurunan keupayaan dalam sektor pengeluaran serta prestasi industrinya yang tertinggal di belakang Jerman.\rGM, yang dua tahun lalu berdepan isu bankrap dan hanya pulih dengan bantuan besar kerajaan AS, cuba menjual perniagaan Opel pada 2009, namun kemudian membuat keputusan mengekalkannya kerana bimbang penjualan itu akan menjejaskan teknologinya.\rPakatan berpotensi itu juga menandakan satu pusingan U untuk syarikat Perancis berkenaan, yang biasanya lebih menggemari kerjasama dalam teknologi berbanding kerjasama sebenar, dengan keluarga Citroen berminat untuk mengekalkan identiti jenama itu.\r“Mereka bimbang kemasukan kuasa baru akan menjejaskan identitinya,” kata Bernard Jullien, ketua rangkaian penyelidikan industri automotif, Gerpisa.\rNamun, Robert Peugeot kelmarin memberitahu akhbar majalah Express bahawa keluarganya tidak akan menentang pengurangan pembabitan mereka dalam syarikat.\r“Kebebasan bermakna baki pemegang saham yang dirujuk, tidak kira apa peratus pemilikannya,” katanya. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|