CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 449|Reply: 1

PruBSN mahu agresif kuasai pasaran takaful

[Copy link]
Post time 2-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PRUDENTIAL BSN Takaful Bhd (PruBSN), pengendali takaful kedua terbesar negara, merancang memperluaskan penguasaannya dalam pasaran takaful  secara lebih agresif mulai tahun ini dengan menumpu kepada pembangunan segmen bancatakaful.\rKetua Eksekutifnya, Azim Mithani berkata, langkah itu dilihat mampu merealisasikan hasrat syarikat usaha sama antara Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Prudential PLC itu untuk muncul sebagai penyedia penyelesaian kewangan berlandaskan syariah lengkap bertaraf dunia.\r\n\n\n\n\r  Bancatakaful adalah cara pengedaran produk takaful dan produk kewangan menerusi rangkaian cawangan bank dan biasanya ia membabitkan kerjasama strategik antara pengendali takaful dan bank yang terbabit.\r\r\n\n\n\n\n  Meskipun ia masih baru di negara ini, namun bancatakaful dijangkakan menjadi penjana pertumbuhan industri takaful pada masa depan, sama seperti industri insurans yang berkembang melalui bancassurance.\rBagi tujuan itu, Azim berkata, PruBSN akan mengadakan lebih banyak kerjasama strategik dengan institusi kewangan terpilih, sekali gus memberi kelebihan ke-pada syarikat itu dari segi akses mudah kepada asas pelanggan milik institusi kewangan berkenaan.\r“PruBSN melihat bancatakaful sebagai platform yang boleh menawarkan nilai menarik buat kami meneroka dan memanfaatkan sepenuhnya pelanggan yang dimiliki sesebuah bank.\r“Menerusinya ia akan menyediakan akses mudah selain dapat membantu kami memenuhi setiap segmen sasaran pelanggan dengan lebih berkesan,” katanya pada media selepas mewakili PruBSN memeterai perjanjian persefahaman dengan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd (KFH Malaysia) di Kuala Lumpur, semalam.\r\n\n\n\rPerjanjian itu adalah bagi membentuk kerjasama strategik dalam aktiviti pengedaran produk takaful. Pada majlis itu, KFH Malaysia diwakili Ketua Eksekutifnya, Datuk Jamelah Jamaluddin.\rSebagai permulaan, kerjasama itu akan memperlihatkan KFH Malaysia terbabit dalam aktiviti khidmat nasihat dan pemasaran pelan berkaitan kredit PruBSN kepada pelanggan KFH Malaysia.  \rSementara itu, Azim berkata, PruBSN juga berhasrat menjadi pengendali perkhidmatan takaful utama di negara ini pada masa depan melalui langkah peningkatan kualiti produknya.\rBeliau berkata, syarikat itu yang kini menguasai 27 peratus pasaran takaful tempatan, kekal yakin dengan potensinya dalam mempertingkatkan penguasaan walaupun baru ditubuhkan enam tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 09:41 PM | Show all posts
PruBsn akan berjaya achieve target tu kerana agent yang berwibawa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032995 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list