View: 277|Reply: 0
|
Irfan kenal pasti punca kekalahan Selangor
[Copy link]
|
|
KEGAGALAN memanfaatkan deretan peluang terbaik untuk menjaringkan gol disifatkan jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim sebagai punca kekalahan 0-1 skuad Gergasi Merah itu kepada Kedah pada aksi kesembilan Liga Super di Stadium Darulaman, Alor Setar, malam kelmarin.\rSelangor terpaksa beraksi 10 pemain untuk tempoh lebih setengah jam selepas Ramez Dayoub dilayangkan kad merah pada minit ke-57 kerana menahan bola menggunakan tangan tetapi sepakan penalti Baddrol Bakhtiar sekadar menggegar tiang.\r\n\n\n\n\r Namun Kedah sekali lagi diberi sepakan penalti kontroversi pada minit ke-83 selepas Bunyamin Umar dikatakan menolak Khyril Muhymeen Zambri dan kali ini penyerang import, Abdelfatah Safi menyempurnakannya.\r\r\n\n\n\n\n “Penalti pertama, memang wajar diberikan. Saya tak salahkan Ramez kerana dia cuba selamatkan keadaan. Tapi penalti kedua, saya tidak mahu komen, biarlah orang lain menilainya. Ia membuatkan kami tersentak kerana sedang beraksi 10 pemain dan bagi saya seri 0-0 lebih adil.\r“Apapun, segala-galanya berpunca daripada kegagalan kami sendiri menyudahkan beberapa peluang terbuka seperti peluang Fitri Shazwan Raduwan, Safiq Rahim dan Bosko Balaban sedangkan Kedah hanya dapat satu peluang di babak pertama,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.\rBiarpun tidak bimbang dengan kekalahan itu, Irfan mahu anak-anak buahnya tidak tercicir mata lagi kerana Selangor kini sekadar menghuni tangga kelapan Liga Super dengan 12 mata hasil tiga menang, tiga seri dan tiga kalah.\r“Ramez akan digantung dua perlawanan, bertemu Johor FC untuk pusingan kedua Piala FA di Pasir Gudang, Sabtu ini dan aksi liga bertemu Kuala Lumpur di Bukit Jalil, 17 Mac ini. Jadi saya perlu buat beberapa rombakan kecil,” jelas Irfan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|