CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

'Beri saya masa'

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Remy berteka-teki mengenai desas-desus hubungan dengan Tiz berakhir\rSERBA salah dan berubah sedikit wajah pelakon, Remy Ishak saat ditanyakan kesahihan berita dia sudah berputus kasih dengan Tiz Zaqyah. Mungkin tidak sangka soalan itu akan ditanya atau dia tidak mempunyai jawapan menyebabkan reaksi spontan itu terpancar pada wajahnya.\r\n\n\n\n\rSejak gosip pasangan popular itu berpisah tersebar, hanya kenyataan Tiz yang kedengaran. Dia menafikan perkara itu. Sedangkan Remy, tiada sebarang komen diberi. Sebaliknya dia hanya mendiamkan diri sehingga membuatkan ramai  menyangka, berita perpisahan  itu benar.\r\r\n\n\n\n\nJusteru, ketika bertemu pelakon itu sewaktu  pratonton filem Bunohan di TGV KLCC, baru-baru ini, soalan itulah yang ditanyakan kepada jejaka ini. Selain mahu berlaku adil, manalah tahu jawapan yang diberikan Remy nanti akan menguatkan kenyataan Tiz, antara mereka masih lagi pasangan kekasih.\rBagaimanapun, jawapan Remy makin menambahkan teka-teki, kerana tiada  penafian atau pengesahan dibuat.\r“Maaf, saya memang tidak mahu memberi  komen berhubung perkara ini. Cukuplah sekadar saya mengatakan yang kami masih berkawan dan kami masih lagi berhubung,” demikian katanya apabila ditanyakan kesahihan cerita dia sudah berpisah dengan pelakon filem Cinta Kura-Kura itu.\rJika benar antara mereka masih mempunyai hubungan, sudah pasti Remy akan bertindak seperti Tiz yang sepantas kilat menepis dakwaan mengatakan mereka sudah berpisah. Namun, apabila soalan itu diajukan kepada Remy, amat sukar untuk dia menjawab pertanyaan itu dengan yakin.\r\n\n\n\rApa yang kedengaran hanyalah permohonan maaf yang terpacul dari bibirnya kerana tidak dapat memberi ulasan lanjut.\r“Kalau boleh saya memang tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Berilah saya masa,” katanya mengharap pengertian.\rDitanya benarkah hubungan itu terlerai kerana Tiz sudah mempunyai kekasih baru, sambil menyusun sepuluh jarinya sebagai isyarat untuk menjaga nama baik temannya itu, Remy membiarkan pertanyaan itu  tanpa  jawapan.\rDesas-desus mengatakan pasangan ini berpisah mula dikesan apabila laman sosial milik kedua-dua artis ini menggambarkan hubungan mereka sedang berantakan.\rSementara itu, jika tahun lalu nama Remy dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, apakah kali ini Remy mampu mengungguli kategori sama? Persoalan ini timbul apabila sejak kebelakangan ini, populariti bintang Nur Kasih ini bagaikan suram berbanding zaman watak Adam lakonannya meletup di kaca TV.\rMengulas perkara itu, Remy berkata, dia mengakui popularitinya tidak sehangat seperti pada awal kemunculannya dulu.\r“Memang saya akui populariti saya tidak sehebat tahun lalu. Tahun ini tidak banyak produk saya disiarkan di kaca TV atau panggung. Semuanya masih menunggu giliran untuk ditayangkan. Justeru, untuk pencalonan tahun ini, saya memang tidak meletakkan harapan tinggi,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046650 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list