CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

Jangan buat spekulasi

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON dan penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau Leya, 30, berharap pihak luar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perceraiannya dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 32, sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk mereka. \rKatanya, tidak perlu mengungkit perkara yang sudah berlalu kerana keutamaan kini adalah untuk memastikan kebajikan anak kembar mereka selain terus bersahabat seperti dulu.\r\n\n\n\n\r        “Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana kerana ia terlalu peribadi dan keutamaan kini adalah untuk anak-anak. Hubungan saya dengan bekas suami juga masih baik dan kami tetap berkawan seperti dulu,” katanya ketika dihubungi.\r\r\n\n\n\n\n        Walaupun ramai terkejut dengan berita perpisahan itu, mereka yang mengikuti Twitternya bagai dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dalam perhubungan Leya dan Ashraf apabila wanita itu seakan meluahkan perasaan di laman sosial peribadinya, sejak akhir-akhir ini. \rBagaimanapun, ketika ditanya berhubung perkara itu, dia enggan mengulas lanjut.\rMereka berdua bernikah pada 8 Disember 2007 dan dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah.\rPasangan ini disahkan bercerai secara baik dengan talak satu pada jam 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Syariah Subang Suria, Subang.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list