CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

Bukan artis paling mahal

[Copy link]
Post time 6-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Siti teringin rakam lagu, buat persembahan bersama Celine Dion\rBANYAK rintangan dan cabaran yang perlu ditempuhi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selama 17 tahun terbabit dalam industri seni, sebelum mampu meletakkan dirinya pada kedudukan sekarang. Namun, penyanyi yang mesra disapa Siti itu tidak pernah melabelkan dirinya sebagai artis paling mahal di Malaysia. \r\n\n\n\n\r Meskipun memperoleh kejayaan demi kejayaan dalam dunia muzik dan kini mampu pula muncul sebagai usahawan kosmetik, Siti menganggap pencapaiannya adalah atas daya usaha sendiri dalam mengembangkan jenamanya. \r\r\n\n\n\n\n Tidak pernah demand dalam menerima undangan persembahan mahupun meletakkan harga yang mahal, Siti menganggap kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha mahupun hala tuju demi masa depan. \r“Siti bersyukur dengan pencapaian yang Siti miliki sekarang kerana bukan sekadar menyanyi, malah Siti juga punya produk sendiri. Tetapi, Siti tidak pernah meletakkan diri sebagai artis paling mahal kerana Siti akan menerima apa saja undangan persembahan asalkan kena dengan kehendak Siti.\r“Dakwaan yang mengatakan Siti dibayar setengah juta ringgit untuk persembahan setengah jam di Singapura tahun lalu itu tidak benar. Bayaran yang Siti terima adalah setimpal dengan apa yang Siti persembahkan. Kita kena fikirkan penganjur, pemuzik dan penyanyi latar juga,” katanya. \rWalaupun namanya gah di persada industri muzik, Siti menganggap kesederhanaan dalam diri adalah perlu agar tidak dipandang sebagai artis berkelas tinggi atau eksklusif. \r\n\n\n\rMeskipun dilabel sebagai artis nombor satu negara selepas Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Siti mahu dirinya dilihat sebagai artis yang dekat dengan semua golongan masyarakat, tidak mengira status mahupun pangkat. \r“Sejak kebelakangan ini Siti jarang dilihat di pentas terbuka seperti konsert jelajah Malaysia yang pernah Siti buat 11 tahun lalu. Insya-Allah Siti nak buat konsert seperti itu lagi secara percuma. \r“Malah Siti nak ada satu konsert seperti Allahyarham Sudirman buat di Chow Kit Road, tetapi di lokasi lain. Siti tidak mahu tertumpu kepada persembahan eksklusif saja, bahkan Siti simpan impian nak adakan konsert tradisional juga,” katanya yang akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada, Johor Bahru, pada 10 April ini.\rWalaupun sudah berada di puncak kegemilangan, Siti berasakan masih banyak impian yang ingin dilaksanakannya termasuk menghasilkan single duet dan mengadakan persembahan bersama idolanya, Celine Dion. \rBercerita mengenai single terbaru, Remember You, yang menyaksikannya berduet bersama Sean Kingston, Siti memberitahu pihaknya kini dalam perancangan untuk menghasilkan klip video untuk lagu berkenaan.\r“Ketika ini kami masih menunggu masa yang sesuai untuk merakamkan klip berkenaan. Mungkin ia akan dirakam di Amerika Syarikat ataupun secara berasingan,\"爇atanya.\rSiti turut memberitahu, dia juga bakal muncul bersama single baru, bukannya album penuh, sesuai dengan keadaan industri muzik ketika ini yang lebih bertumpu kepada penghasilan lagu dalam bentuk itu.\rBercakap mengenai persembahannya pada Minggu Setiausaha nanti, Siti akan mempersembahkan lagu popularnya sejak awal kemunculannya dalam bidang seni sehingga kini, termasuk lagu Inggeris, Set Fire To The Rain nyanyian Adele dan Moves Like Jagger daripada Maroon 5. \rMenjangkakan persembahannya itu akan mendapat sambutan bukan saja daripada syarikat korporat mahupun individu di sekitar Johor Bahru, tetapi Siti juga berharap ia dapat menarik peminatnya dari Singapura.\rNafi beli pangsapuri mewah\rSEMENTARA itu, Siti menafikan dia sudah pun membeli sebuah pangsapuri mewah di Melbourne, Australia. Walaupun menganggap pembelian aset sedemikian boleh dijadikan pelaburan masa depan, namun dia belum terfikir untuk memiliki kediaman berkenaan buat waktu ini.\rCerita mengenai kononnya Siti membeli sebuah kondominium mewah di negara kanggaru itu muncul apabila penyanyi ini menghadiri majlis pelancaran projek The Istana yang akan dibina di Melbourne, di ibu kota, baru-baru ini.\rSiti menganggap kehadirannya pada majlis itu adalah sebagai tanda sokongan kepada syarikat tempatan.\r“Insya-Allah kalau ada rezeki Siti ingin juga memilikinya kerana mereka menawarkannya kepada Siti pada harga yang istimewa. Tetapi Siti belum terfikir untuk memilikinya lagi buat masa ini. \r“Siti rasa satu keperluan juga untuk anak-anak kerana mereka berada di sana, jadi daripada menyewa rumah dengan kos yang tinggi, lebih baik duduk di rumah sendiri. Lagipun ini juga satu pelaburan,” katanya mengenai kediaman berharga lebih RM1.5 juta seunit itu.\rINFO\rAcara: Minggu Setiausaha bersama Datuk Siti Nurhaliza \rTarikh: 10 April 2012 \rMasa: 12.30 tengah hari \rTempat: Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru \rTempahan: www.persadajohor.com atau hubungi talian 013-777 8048/ 019-756 6905

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.179205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list