|
Masih tak puas hati aksi The Red Warriors kelmarin\rKETUA Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak tekad meningkatkan kualiti persembahan The Red Warriors untuk mengharungi saingan musim ini, selain memastikan anak buahnya bersedia untuk perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Navibank Saigon (Vietnam) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.\r\n\n\n\n\r Biarpun masih baru mengendalikan Kelantan, Bojan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, (CEO) Al-Hamra Red Warriors (Army) mengakui, skuad yang baru dikendalikannya itu belum mencapai tahap diinginkan dan jurulatih dari Croatia itu akan mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemain.\r\r\n\n\n\n\n Selain prestasi pemain, dia juga tekad mengubah persembahan Kelantan yang terkenal dengan hantaran jauh sebelum ini kepada hantaran pendek seperti dilakukan kebanyakan kelab terkemuka dunia.\r“Kemenangan ke atas Negeri Sembilan adalah satu permulaan baik bagi saya, malah pemain dapat melaksanakan arahan tetapi saya lihat masih ada kelemahan yang perlu dibaiki.\r“Ada ramai pemain yang bagus tetapi kita juga memerlukan cara permainan yang kreatif seperti pasukan hebat Barcelona, dan kita akan menuju ke arah itu tidak lama lagi,” katanya sejurus tamat perlawanan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.\rKelantan yang kalah dalam perebutan Piala Sumbangsih 7 Januari lalu, menebus kekecewaan itu apabila pemain sayap kanannya, S Chanturu menjadi pemusnah kepada skuad ‘Hoben Jang Hoben’ pada saat akhir perlawanan, sekali gus memastikan tiga mata di laman sendiri.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|