CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

Tentera rampas semula pendahulu Liga Perdana

[Copy link]
Post time 6-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TENTERA kembali merampas takhta Liga Perdana daripada Pahang apabila mengatasi USM FC, 4-0 dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.\rSebaik aksi separuh masa pertama dimulakan, Tentera dilihat lebih banyak menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang USM yang dikawal Mohd Al-Hafiz Hamzah namun gagal menemui sasaran.\r\n\n\n\n\r   Begitupun, pada minit ke-33 kesungguhan tuan rumah akhirnya berhasil apabila penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak bijak menolak masuk ke dalam gawang untuk memecah kebuntuan.\r\r\n\n\n\n\n   Selang empat minit, larian solo kapten Tentera, Hairuddin Omar meletakkan pasukannya selesa 2-0 di depan dan kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.\rBersambung pada babak kedua, USM yang dibimbing S Valoo, cuba tampil lebih garang namun serangan yang dihasilkan mudah dipatahkan barisan pertahanan Tentera dan penjaga gol, Farizal Harun.\rTentera yang banyak bertahan di babak kedua, menceriakan kira-kira 2,000 penyokong apabila Christie Jayaselan menjaringkan gol ketiga selepas merembat kencang bola hantaran lintang Vanice Elphi dari sebelah kanan pintu gol USM.\rVanice turut menjadi pencetus jaringan keempat Tentera selepas hantarannya dari sebelah kiri ditanduk masuk A Varanthan pada minit ke 88 untuk melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan B Sathianathan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.389615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list