View: 318|Reply: 0
|
Hodak enggan ambil mudah Navibank
[Copy link]
|
|
Terengganu ceria kutip tiga mata penuh kalahkan kelab Vietnam\rANDAI berdasarkan prestasi semasa di liga domestik, Kelantan dijangka mampu menewaskan kelab Vietnam, Navibank Saigon pada aksi sulung Kumpulan H saingan Piala AFC 2012 di gelanggang sendiri, Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.\r\n\n\n\n\r Kelantan kini gah di tangga teratas Liga Super selepas sembilan perlawanan dengan enam menang, dua seri dan sekali tewas manakala Navibank sekadar di tangga ke-11 daripada 14 pasukan selepas lapan perlawanan dengan dua menang, dua seri dan empat tewas.\r\r\n\n\n\n\n “Kelantan nampaknya memiliki lebih peluang untuk menang kerana mereka kini di tangga teratas liga domestik. Kami pula baru tewas 0-3 kepada Khatoco Khanh Hoa (Jumaat lalu) dan bakal turun tanpa penyerang No 13 (Nguyen Quang Hai) yang cedera,” kata jurulatih Navibank, Pham Cong Loc pada sidang media di Bukit Jalil, petang semalam.\rNamun ia tidak mahu dianggap satu kelebihan buat jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak yang beranggapan lawan barisan kuat dengan memiliki tiga import - Edison Fonseca (Colombia), Vincent Bossou (Togo) dan Ricardinho (Brazil) serta lima pemain kebangsaan Vietnam termasuk kapten, Phan Van Tai Em.\r“Mereka juga memiliki penjaga gol naturalisasi dari Brazil (Phan Van Santos).\rSedangkan Kelantan tidak dapat menurunkan S Subramaniam dan Norshahrul Idlan Talaha yang cedera serta Daudsu Jamaludin yang terlibat dalam kemalangan semalam (kelmarin).\r“Kami boleh menurunkan kesemua empat import tetapi mungkin saya hanya akan letakkan tiga saja dalam kesebelasan utama,” kata Hodak pada sidang media sama.\rSementara itu, Terengganu mengutip tiga mata penuh mengalahkan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 1-0 pada saingan pembukaan Kumpulan F di Stadium Vinh, Vietnam petang tadi.\rGol tunggal pasukan menyusul daripada Abdul Manaf Mamat pada minit ke-51.\rBagi perlawanan kedua, skuad kendalian Mat Zan Mat Aris itu akan melayan kunjungan Kitchee FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 20 Mac ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|