View: 7162|Reply: 12
|
Gambar yg mengemparkan msia - cut n paste dari email kawan
[Copy link]
|
|
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.
2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.
3. Batu Nisan Mejenguk Di TingkapGambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.
4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan KemalanganGambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.
5. Jelmaan Di Balai Polis TinggalGambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.
6. Lembaga Putih Memegang Batu NisanImej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.
7. Pocong Di Kawasan KilangGambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.
8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya TiadaGambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.
9. Jelmaan Wanita India Dalam CerminGambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.
10. Wanita Kebaya MerahCerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.
__._,_.___
|
|
|
|
|
|
|
|
Serammmm tp seronot kalau tgk waktu siang dan ramai org. Kalau sorg2 n time malam harus tutup simut~ |
|
|
|
|
|
|
|
pic no 2 tu skali imbas pon mmg nampak mcm pompuan bertudung |
|
|
|
|
|
|
|
yg no. 6 pegang batu nesan tu aku tak pernah tgk lagi.....tp nmpk cam real ekk....bhg kaki blur2 jer...muka nmpk skeri..... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman photoshop ni macam-macam boleh ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar perempuan india tu seriauuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
susah aku nak percaya.. kadang2 tu mcm superimpose |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaa..........pocoongggg gitu la aku tengok masa kat mmu cyber duluuuu...!!!
wahahahhaa selama ni mmg aku cam nampak tapi aku asek kata imaginasi je, sbb aku rabun gaban
hahahah skali tgk gambo ni...aku rasa sohehhh...hahhahaa teringat camner aku jalan mengundur balik hostel, smpai koridor aku pecut x hengat, sambil bawak jug air hahahaha
kusssemangat!! |
|
|
|
|
|
|
|
menakutkan gak..tp zmn skrg 50:50 la..susah nk jumpa yg real.. |
|
|
|
|
|
|
|
gambar no 6 tu cam phtoshop jeer yg no 9 tu lebih macam efek kamera drp gamber seram kot... |
|
|
|
|
|
|
|
eeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii naik bulu roma teman nih nengoknyer.. {:4_190:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|