CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7053|Reply: 1

[Edisi Teknologi] Jerami padi bantu rawat air kumbahan dari kilang pemprosesan

[Copy link]
Post time 8-3-2012 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 8-3-2012 12:17

Jerami padi  rawat air kumbahan

Oleh  LIAU PEI WEN

Contoh loji kumbahan yang  boleh memanfaatkan jerami padi bagi merawat sisa industri.



BAJU batik merupakan satu kebanggaan bagi masyarakat Malaysia, malah ia merupakan salah satu produk pelancongan negara yang giat dipromosikan oleh kerajaan.

Bahkan industri batik juga menjadi sumber rezeki kepada ramai warga Malaysia khususnya masyarakat di Pantai Timur Semenanjung melalui peluang pekerjaan dan perniagaan yang disediakan.

Hari ini, seni corak batik bukan sahaja tertumpu kepada pakaian malah boleh diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan, dijadikan corak pada tudung lampu, bingkai gambar, beg tangan, cadar katil, kasut, skaf dan pelbagai perhiasan lain.

Namun, di sebalik keunikan yang terserlah dalam seni kraf batik, tidak ramai yang mengetahui bahawa proses penghasilan batik menggunakan kaedah cantingan lilin bagi menyerlahkan corak batik sebenarnya merencatkan proses rawatan sisa kumbahan tekstil sebelum ia dilepaskan ke sistem saliran dan pembetungan


Selain itu, ia mengakibatkan kerosakan instrumentasi yang menjalankan proses rawatan sisa kumbahan tersebut.

Masalah itu mendorong penyelidik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjalankan kajian untuk menyingkirkan lilin dalam sisa kumbahan . Ia akan memberi kesan negatif terhadap proses rawatan air kumbahan tekstil di loji dengan menggunakan sisa pertanian yang diubahsuai secara kimia.


Pensyarah kanan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli (FASA) UMK, Dr. Wong Yee Ching telah mula menjalankan penyelidikan untuk merawat sisa kumbahan industri tekstil daripada sisa pertanian menggunakan jerami padi.

Melalui penyelidikan tersebut, jerami telah dirawat secara kimia supaya ia sesuai digunakan sebagai penjerap mulai Jun tahun lalu.
''Jerami padi yang digunakan untuk mengkaji tahap penjerapan kandungan lilin dalam sisa kumbahan tekstil. Kajian juga menumpukan kepada kuantiti jerami padi yang digunakan serta kesan permukaan yang diubahsuai secara kimia terhadap penjerapan lilin berkenaan.


''Ia juga bertujuan mewujudkan suhu penjerapan dan model kinetik untuk sisa pertanian dalam penjerapan lilin berbanding loji rawatan air sisa industri yang sebenar.

''Selain itu, ia menjalani ujian penstabilan agar penjerapan lilin dapat difahami dengan lebih jelas," katanya.


Menurut beliau, jerami padi biasanya dianggap sebagai bahan buangan dan dibakar secara terbuka.

Ia mengakibatkan pencemaran udara selain turut mengundangkan bahaya dan menjejaskan kualiti hidup penduduk sekitar.
''Jerami padi sebenarnya dapat dimanfaatkan melalui pengubahsuaian kimia menerusi perawatan menggunakan agen pengaktif permukaan (surfaktan) dan natrium hidroksida," ujar beliau.


Yee Ching memberitahu, setakat ini keputusan positif dapat dilihat dengan penjerapan lilin di permukaan serta di dalam liang kapilari jerami padi yang diubahsuai melalui kaedah kimia itu.

Dalam pada itu, hasil muktamad penyelidikan dijangka diperoleh pada pertengahan tahun ini.


Katanya, dengan adanya inovasi itu, kaedah pengubahsuaian secara kimia terhadap jerami padi diharapkan dapat mengubah corak pelupusan jerami padi (sisa pertanian) yang digunapakai sebelum ini.

Selain itu, jerami padi juga boleh dijadikan bahan bermanfaat terhadap proses rawatan sisa kumbahan industri tekstil terutamanya dalam industri batik.

Di samping itu ,ia dapat mengitar semula sisa bahan buangan dalam sektor pertanian sejajardengan konsep mesra alam.

CREDIT TO UTUSAN MELAYU Last edited by midory on 4-4-2013 08:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2012 12:15 PM | Show all posts
PROSES PEMBUAT BATIK




Secara umum proses pembuatan batik melalui 3 tahapan yaitu pewarnaan, pemberian malam(lilin) pada kain   dan pelepasan lilin dari kain.




Kain putih yang akan dibatik dapat diberi warna dasar sesuai selera kita atau tetap berwarna putih sebelum kemudian di beri malam.


                                                                                                                                                   

Proses pemberian malam ini dapat menggunakan proses batik tulis dengan canting tangan atau dengan proses cap. Pada bahagian kain yang diberi malam maka proses pewarnaan pada batik tidak dapat masuk karena tertutup oleh malam (wax resist).



Setelah diberi malam, batik dicelup dengan warna. Proses pewarnaan ini dapat dilakukan beberapa kali sesuai keinginan, berapa warna yang diinginkan.


Jika proses pewarnaan dan pemberian malam selesai maka malam dilunturkan dengan proses pemanasan.




Batik yang telah jadi direbus hingga malam menjadi leleh dan terlepas dari air. Proses perebusan ini dilakukan dua kali, yang terakhir dengan larutan soda ash untuk mematikan warna yang menempel pada batik, dan menghindari kelunturan. Setelah perebusan selesai, batik direndam air dingin dan dijemur.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.213630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list