View: 36029|Reply: 72
|
Gambar Selepas Pengguguran Bom Atom Di Hiroshima
[Copy link]
|
|
Pergh...dasat.... may human will learn sumthing out from it |
|
|
|
|
|
|
|
ni lah akibatnya Jepun nak sangat berperang......rakyaat dia yg menanggung derita.....aku rasa penderitaan rakyaat dia kena bom atom ni lebih dasyat dari perang tu sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
dasat btol..yg aku taw sampai sekarang kesan radioaktif hasil bom tu masih mengancam idup penduduk disana |
|
|
|
|
|
|
|
kena berlaku kejam...utk menghentikn kekejaman..
pada aku , amerika pun 2x5 ngn jepun wktu tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 6# batmana
Pada aku elok Jepun kene bom atom.....biar padan dgn kekejaman yang dia lakukan pada penduduk Asia.....tentera jepun masa tue pandang hina pada rakyat negeri yang mereka takluk....dan kebencian yang paling tinggi kepada orang Cina....
walaupon aku menyampah dengan amerika..tapi tindakan dia antar bom atom memang tepat... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang kata kejam
tapi kalau tak kena bom atom tu
agak2 kita semua idup tak skang?
atau tok nenek masa tu dah kena pancung dan rogol |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu...cuba kaji balik, kena bom atom tu paling2 dia dah xselama dog dia jerk serang2 orang... rakyat kita malaysia pun pernah dia jajah...tok nenek dulu berapa byk kena pancung...arwa nenek aku citer, org2 jepun nie dtg malaysia, semua org pompuan dia nak rogol, xkira anak bini orang... arwah nenek aku punyer lari menyorok sampai xtentu hala takut ngan org jepun nie... |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama selepas tu..satu2nya yang terselamat ialah dato' abdul razak abdul hamid, mahasiswa di universiti hiroshima waktu tu
memang pelik dia survive walaupun terdedah dgn radiasi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bukan ajal...ramai lagi yang ada kat Hiroshima dan Nagasaki tapi hidup hingga sekarang....
BTW, ramai yang anggap pengeboman Hiroshima dan nagasaki dahsyat...ye dahsyat sebab sebutir bom aje boleh ranapkan satu bandar. Tapi sebenarnya pengeboman B-29 pada 9-10 Mac 1945 membunuh 100,000 orang - lebih ramai dari kedua2 di hiroshima dan nagasaki |
|
|
|
|
|
|
|
entah bila plak amareka nak kne bom atom atas kekejaman dia seluruh dunia..... hmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16
Dia nih memang miracle! Masa kejadian dia berada ditengah2 bandar hiroshima. Dia pernah cerita terpaksa duduk kat Lab kat US selama 6 bulan jadi bahan kajian saintis US. Diorang tak boleh cari punca kenapa dia tak kena radiasi padahal dia duduk kat tengah2 zon bom atom tuh dijatuhkan. Semua yang sama zon dengan dia mati atau cacat seumur hidup & tak panjang umur.
Dia kata dia seperti berada dalam neraka tapi api neraka tak makan dia....hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
HIROSHIMA 67 Years Ago (+/-) - 1945
HIROSHIMA - 67 Years Later ((+/-)
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# iscol_klang
Datuk ni ade lagi ke skang?...... |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya yg kita tak tahu...cuba kaji balik, kena bom atom tu ...
Mamason Post at 2-5-2012 15:22
Opah aku gitu le juga, ceritanya sebelum subuh yang anak2 dara perempuan semua depa siap2 masuk hutan, bila dah maghrib dah gelap baru keluar hutan. Memang takut masa tu, pantang nampak angkut. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16
tegak bulu roma baca.
Hiroshima Hantui Razak
- Berita Minggu, 7 Ogos 2005
Oleh:Ziauddin Sharuddin, Ahmad Fauzi Mustafa dan Norakmah Mat Youb
SUASANA Hiroshima pagi itu - Isnin, 6 Ogos 1945, tenang seperti hari sebelumnya. Suhu kira-kira 26 darjah Celcius cukup nyaman. Walaupun Jepun dilanda peperangan, kehidupan di bandar yang berpenghuni 400,000 hingga 500,000 orang, berjalan seperti biasa.
Penduduk sudah lali dengan kehadiran pesawat Tentera Berikat. Mereka segera lari menyorok dalam lubang perlindungan yang ada di mana-mana jika terdengar bunyi deruman pesawat. Penduduk Hiroshima tidak tahu bahawa sesuatu yang amat dahsyat akan menimpa mereka.
Kapal terbang pengebom B-29 yang berlepas dari Pangkalan Udara Tinian di Guam, berada di ruang angkasa Hiroshima pada jam 8.15 pagi. Kira-kira 17 saat kemudian, bom atom (Uranium-235) dilepaskan dan seminit kemudian, bom yang dikenali sebagai Little Boy meledak di udara.
Sasaran awal adalah Jambatan Aioi, tetapi pusat ledakan adalah di atas Hospital Shima, bersebelahan Dewan Promosi Perindustrian Hiroshima yang kini dikenali sebagai Kubah Bom Atom. Natijahnya, kira-kira 60,000 orang terbunuh serta merta! Sesudah Hiroshima, tiga hari kemudian giliran Nagasaki pula menjadi mangsa kekejaman `Little Boy'.
Kira-kira 39 tahun kemudian (1984), statistik melalui Buku Rekod Kesihatan, melaporkan anggaran mangsa yang terbunuh di Hisroshima bertambah enam kali ganda, iaitu seramai 368,000 orang. Ramai yang mati selepas menanggung derita akibat kesan radioaktif bom atom.
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki sentiasa dikenang sebagai antara tragedi kemusnahan manusia dan alam paling menyayat hati.
Semalam adalah hari ulang tahun ke-60 kejadian itu. Di kebanyakan tempat dunia ini, sambutan diadakan dengan harapan tragedi itu tidak berulang.
Di Hiroshima, Kubah Bom Atom menjadi medan pertemuan rasmi bagi mangsa yang masih hidup untuk mengenang semula detik hitam itu.
Di Kuala Lumpur - Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, 80, tidak pernah ketinggalan menyertai sambutan di Hiroshima sebagai tetamu kehormat kerajaan Jepun.
“Hanya tahun ini, saya tidak dapat ke Hiroshima kerana keadaan kesihatan isteri tidak mengizinkan. Sayu tidak dapat pergi.
“Setiap tahun, saya sentiasa menunggu tarikh 6 Ogos kerana seminggu sebelum itu, saya akan berada di sana untuk bertemu semula sahabat lama,” katanya.
Malaysia bertuah kerana tidak memerlukan orang Jepun mengisahkan semula peristiwa itu. Anak jati Pulau Pinang itu Razak adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dari Malaysia.
Peristiwa yang dirasakan seperti berlaku semalam itu baginya bukti kezaliman peperangan yang kerana hendakkan kuasa, sanggup membunuh manusia tidak berdosa.
“Zalim...saya hairan memikirkan manusia yang suka membunuh,” kata bekas mahasiswa Universiti Hiroshima itu ketika ditemui di rumahnya di Gombak, Selangor.
Mengimbas kembali kejadian itu, Abdul Razak bersama Pengiran Yusuf dari Brunei tekun belajar matematik dengan Profesor Hiroshi Toda dalam kelas.
Tiba-tiba terdengar bunyi siren. Semua kelam kabut berlari menyorok dalam lubang perlindungan. Kemudian siren berbunyi lagi menandakan keadaan selamat.
Sebaik saja pelajaran bersambung, terdengar bunyi yang sangat kuat. Boom! Bangunan kayu dua tingkat kelas itu runtuh dan turut terperosok di bawah runtuhan kayu.
“Saya tak tahu berapa lama tertimbus. Apabila sedar, saya nampak cahaya samar-samar lalu merangkak ke arah cahaya itu,” katanya yang cedera ringan di kepala.
Selepas berdiri tegak, Abdul Razak terpegun kerana keadaan sekeliling berjerebu dan sebahagian besar bangunan ranap menyembah bumi.
Toda menyuruh Abdul Razak pulang ke asrama, tetapi beliau sendiri tidak tahu mencari arah ke asrama.
Ketika berjalan mencari-cari, Abdul Razak bertemu rakannya dari Kelantan, Nik Yusuf Nik Ali. Seorang lagi rakan senegara ialah Syed Omar Aksagoff.
Nik menjerit: “Razak! Cepat balik tolong kawan-kawan di asrama.” Saya tanya: ”Awak macam mana? Nik berkata: ”Saya sihat, tak ada apa-apa.”
Rupa-rupanya hari itu adalah pertemuan terakhir dua sahabat karib itu. Nik Yusuf kemudian hilang begitu saja.
Selepas menemui asrama yang sudah menyembah bumi, Abdul Razak bertungkus lumus membantu rakan-rakan dan penduduk Jepun yang terselamat hingga petang.
Pada petang itu, berlaku kebakaran besar yang meragut nyawa mereka yang masih hidup.
“Saya nampak di seberang sungai, orang lari ke tebing tetapi dihalang arus deras. Api menggila seperti puting beliung mara menyambar mereka di tebing.
“Api itu seperti bermata, mara ke seberang sungai kawasan saya berdiri melalui sebuah jambatan,” katanya.
Abdul Razak yang melihat tragedi di seberang sungai tidak berdiam diri lalu berlari ke sebuah jambatan lain. Dengan izin Allah, ada sebuah rakit tertambat di situ.
Beliau bersama rakan-rakannya menaiki rakit yang hanya mampu menampung kira-kira 15 orang. Baki di daratan hangus dijilat api.
Di atas rakit pula, beberapa orang yang mungkin kerana terlalu dahaga meminta air. Abd Razak mencedok air sungai dan diberikan kepada orang itu.
Orang itu mati serta-merta selepas minum. Beberapa orang lain juga menerima nasib sama.
“Barang kali kerana air sungai ini penuh dengan mayat, banyak kuman dan perlu dipanaskan terlebih dulu. Tetapi selepas minum air yang dijerang, mereka juga mati.
“Walaupun saya enggan lagi memberikan mereka air, tetapi mereka kata, tak apa, biarlah kami mati asalkan dapat air,” katanya.
Apabila malam menjelma, barulah bantuan ubat-ubatan dan makanan dari tempat lain tiba.
Abdul Razak dan rakan-rakannya bernasib baik kerana seorang penduduk Jepun membawa mereka tinggal di rumahnya selama seminggu.
Pihak berkuasa Jepun kemudian mengesan mereka dan dibawa ke Tokyo. Ketika perjalanan, Syed Omar yang sakit ditinggalkan di Kyoto.
Tiga bulan kemudian, Abdul Razak mendapat tahu bahawa Syed Omar meninggal dunia.
Teka-teki kehilangan Nik Yusuf pula berakhir apabila Abdul Razak menemui nama Nik Yusuf Nik Ali-Malaya di kawasan perkuburan mangsa Hiroshima.
Di Tokyo, hampir sebulan Abdul Razak menerima rawatan kerana kekurangan sel putih dan selepas Jepun menyerah kalah, Amerika Syarikat menguasai negara itu.
Pegawai Amerika Syarikat menemu bualnya dan oleh kerana tidak ada siapa lagi yang menaja pembelajarannya, beliau disuruh pulang ke Malaya.
Setiba di rumah keluarganya di Kampung Baru pada Disember 1945, keadaan kecoh kerana tiada siapa menyangka beliau masih hidup.
Hari ini, peperangan yang berlaku di sana-sini dan bencana alam seperti tsunami menyebabkan Abdul Razak, mudah terkenang balik tragedi Hiroshima dan Nagasaki.
Beliau juga tidak mudah melupakan kata-kata seorang tentera Jepun yang marah kerana negaranya menyerah kalah selepas peristiwa dahsyat itu.
“Razak, kau balik ke negara kau yang makmur, tetapi 20 tahun lagi, Jepun akan bangun semula,” Terbukti kata-kata itu benar. Jepun sudah lama bangkit dari debu kemusnahan.
source |
|
|
|
|
|
|
|
ada 3 rakyat malaysia yg terselamat di dalam letupan bom atom tersebut, tapi 2 orang mati tak lama s ...
iscol_klang Post at 2-5-2012 16:16
dah Tuhan kata belum ajal dia lagi, apa yg nak peliknya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|