View: 16857|Reply: 3
|
Budak terbaring atas jalan, merajuk tunggu Nadhir Nasar
[Copy link]
|
|
Gelagat Nadhir Nasar memujuk seorang kanak-kanak yang merajuk terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan aktor itu menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Menerusi video di TikTok, Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 27, dilihat menuju ke arah kanak-kanak tersebut yang terbaring di atas jalan dan memujuknya untuk bergambar bersama.
Difahamkan, kanak-kanak itu menghadiri acara larian sempena Malaysia Breakfast Day yang diadakan di Putrajaya pada pagi Ahad.
"Adik, bangun. Tak nak bangun? Jom kita ambil gambar bersama.
"Nak abang (panggilan Nadhir) dukung ke? Okay jom," katanya.
Tindakan mesra ditunjukkan Nadhir itu menerima sorakan daripada peserta larian yang turut merakamkan video aksi memujuk itu.
Dalam pada itu, ibu kanak-kanak yang dikenali sebagai Arash itu menceritakan kisah sebenar yang menyebabkan anak lelakinya berkelakuan sebegitu.
Kata ibunya, anaknya merajuk kerana menunggu terlalu lama untuk bertemu dengan pelakon drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu.
"Dia moody sebab lama sangat tunggu Nadhir nak turun dari atas sebab Nadhir kena tunggu sampai semua orang habis lari. Dia boleh terbaring atas jalan tu," ujarnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa cemburu melihat aktor berkenaan memberi layanan istimewa terhadap kanak-kanak tersebut.
"Adik tepi sikit biar akak pula yang pura-pura nak pengsan.
"Untung kau dik Nadhir tawar nak dukung," tulis netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak nak kutuk?
Camna mak ni didik anak dia sampai jadik camni? Motif kau biar anak kau baring atas jalanraya, tak geli kotor ka apa ka dengan orang pijak2 jalanraya tu dari tandas ke memana ke.
No, not cute. Sorry. This content is not for me.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak ko pun sokong peel batak/fanatik retis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kata ban milo….milo my ass lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|