CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7534|Reply: 51

Edisi Siasat : Dijaga Abe Sasa

[Copy link]
Post time 17-5-2012 11:33 AM | Show all posts |Read mode


MARAN - “Pak cik nampak ramai orang kampung suluh mencari dan memanggil nama pak cik tapi apabila pak cik menyahut, mereka tidak dengar.”

Demikian kata seorang warga emas berusia 82 tahun yang hilang dalam tempoh 48 jam selepas keluar memukat (menjair) ikan sendirian di sebatang anak sungai dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.

Mangsa, Abdul Rahman Dauhat yang menetap di Kampung Kuala Sentul berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, dia dijaga dengan baik oleh
tujuh lelaki berbadan sasa dan ditemani seekor harimau di kawasan ladang berkenaan.

Menurutnya, dia tidak berasa mengantuk atau letih cuma dahaga, namun lelaki terbabit memberinya minum air sungai berkenaan.

“Saya minta seorang anak perempuan menghantar saya ke anak sungai ini ketika dia hendak keluar menoreh getah.

“Sudah banyak kali saya menjair ikan di anak sungai ini, cuma pada hari kejadian (kelmarin), saya ke lokasi lain tetapi masih di sungai sama,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik siap memasang jaring, tiba-tiba sekumpulan ikan meluru masuk ke dalam perangkapnya dan tidak sangka, dia mendapat lebih empat kilogram ikan termasuk jenis sebarau.

“Selesai mengutip ikan, saya naik ke tebing dan ketika itu, kaki saya rasa berat, sakit dan menggigil sehingga menyebabkan saya rebah kerana tidak dapat menahan kesakitan,” katanya.

Datuk kepada 35 cucu itu berkata, dia kemudian dibantu
tujuh lelaki berkenaan yang didakwanya manusia biasa tetapi tidak dapat dilihat orang lain.

Katanya, seorang daripada mereka mendukungnya ke sebuah bukit dan diletakkan di pangkal sebatang pokok kelapa sawit.

“Saya masih sedar dan sedikit pun tidak rasa takut, malah pada waktu malam, tiada seekor nyamuk di kawasan ini.

“Saya nampak orang kampung membawa lampu suluh untuk mencari saya, tetapi selepas tiga kali menyahut, lelaki yang menjaga saya melarang daripada terus berbuat demikian,” katanya.

Abdul Rahman yang pernah berkahwin sebanyak lapan kali berkata, dia tidak tidur sepanjang tempoh dua hari dua malam tersebut sebelum ditemui seorang pekerja ladang kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Anaknya, Siti Khadijah, 24, berkata, penduduk kampung memulakan operasi mencari apabila ayahnya tiada di sungai berkenaan ketika dia datang menjemputnya pada jam 4 dan 6 petang.

Menurutnya, ini adalah kali pertama ayahnya hilang walaupun sudah biasa keluar menjair ikan di sungai berdekatan.

Sementara itu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Sulaiman Hamid berkata, tiga pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyertai operasi selama dua hari itu dengan bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah akibat keletihan oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang.

“Polis menolak sebarang unsur jenayah kerana mangsa dipercayai sesat,” katanya


siapa kah tujuh lelaki berkenaan...anda fikir2kanlah..misteriiiii

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 11:37 AM | Show all posts
wow!! bouncer jaga atok nih......mmg misteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 11:39 AM | Show all posts
kes ni dekat ngan perkampungan orang asli..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 11:47 AM | Show all posts
bunian kot.....  ala jin jugak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 12:11 PM | Show all posts
aku igt abe sasa tu aper laa td..wakakakkaka...7 lelaki berbadan sasa siap bwk pet tu rimau sekor..nasib baik pakcik ni selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 12:25 PM | Show all posts
haku tertarik ngan statement 8x kawen pokcik neh.... huhuhu.. nasib baek abe2 sasa yg selamatkan pokcik.. kalo 7 gadis2 jelita yg selamatkan dan jaga beliau?tkmo balek agaknyer..hehe... mmm.. org buniankah abe2 sasa tue? apapun mujurlah pokcik tk diapa2kan dan selamat.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2012 12:35 PM | Show all posts
haku tertarik ngan statement 8x kawen pokcik neh.... huhuhu.. nasib baek abe2 sasa yg se ...
BabeYSHa Post at 17-5-2012 12:25



   kann.. klau aku pon musti nk stay situ gak.. hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2012 01:03 PM | Show all posts
mau ka gadis2 jelita? abe2 sasa tu nampak hokey ja..siap ngokkong pokcik tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 03:22 PM | Show all posts
bdn sasa ala2 abe pahrin ke...mesti kacak2 belaka...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 03:43 PM | Show all posts
aku rse klu masuk bod ci....kompom2 isu 8x kawin yg porumer nmpk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 03:49 PM | Show all posts
Saya respek sama pokcik... Tunjuk ajarku sifu.. Kah3
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:10 PM | Show all posts
kawen 8kali pn nk di bitau
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 04:34 PM | Show all posts
Subhanallah... keajaiban hanya Allah shj yg mengetahui...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:00 PM | Show all posts
kann.. klau aku pon musti nk stay situ gak.. hehehe..
mrbotak Post at 17-5-2012 12:35 PM


abe botak neh gatai gak ek... hihi...


skali abe botak masuk utan... kak pon ajak kawen barutau...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:02 PM | Show all posts
aku rse klu masuk bod ci....kompom2 isu 8x kawin yg porumer nmpk...
angura Post at 17-5-2012 03:43 PM


mmg pong..poremer2 CI ganas2... haku hanya mampu jadi SR je kat sana...   
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by mrbotak at 17-5-2012 17:14
abe botak neh gatai gak ek... hihi...  

skali abe botak masuk utan... kak pon ajak ...
BabeYSHa Post at 17-5-2012 17:00



   hehehe.. gatai skit2 la.. klau kak pon yg ajak.. nk kne cucuk dlu tengkuk die ngan paku..  hehe
p/s- bkan abe ler.. 'abe botak' ni muda skik la dr mung.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 05:15 PM | Show all posts
mesti bunian kan...ye la, kalau dah sesat dlm hutan, dekat ngan perkampungan orang asli lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:29 PM | Show all posts
bukan senang nak jumpa org bunian ni... hanya org2 yg terpilih jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 05:38 PM | Show all posts
Bunian di alam ghaib yg selamatkan pokcik neh.. Klu org biasa maybe pasukan elit komando yg diorg uat penyamaran.. tp naper lak bawak rimau.. Maybe anjing besar pokcik neh kata rimau.. Org xnampak coz dlm kem penyamaran..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 07:19 PM | Show all posts
Jangang biarkang hidup and di selubungi msteri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.101478 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list