CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10481|Reply: 42

Fenomena misteri di lautan

[Copy link]
Post time 27-5-2012 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Lautan penuh dengan misteri. Ada beberapa lokasi laut di dunia yang ditakuti. Di mana pesawat dan kapal menghilang tanpa jejak. Atau punya pusaran air raksasa, ombak dasyat, atau lingkaran cahaya misteri di dalam air. Ada sebuah tempat di mana semua fenomena terjadi sekaligus, iaitu Segitiga Bermuda.

1. Segitiga Bermuda





Meliputi wilayah yang luasnya jutaan kilometer persegi. Disebut segitiga kerana lokasinya yang berada di antara tiga wilayah, iaitu Kepulauan Bermuda, Puerto Rico di Mexico, dan Pantai Florida, AS.


Misteri Segitiga Bermudadipicu peristiwa hilangnya skuadron yang terdiri dari lima pembom torpedo Angkatan Laut AS pada 5 Disember 1945. Jasad 14 kru Penerbangan 19 hingga saat ini tidak ditemui. Setidaknya ada 50 kapal dan pesawat yang dilaporkan hilang di wilayah itu. Namun, Segitiga Bermuda kehilangan reputasi mistiknya, juga daya tariknya pertengahan tahun 1980-an.

Sejumlah teori berusaha menjelaskan fenomena aneh di Segitiga Bermuda - dari pseudosains, paranormal, sampai UFO. Namun, yang paling meyakinkan dikemukakan oleh Joseph Monaghan dari Monash University. Pada 2003, ilmuwan tersebut menulis artikel dalam American Journal of Physics. Judulnya, 'Bolehkah Gelembung Metana Menenggelamkan Kapal?'

Menurut Monaghan, gelembung besar boleh terbentuk dari deposit metana padat, yang dikenali dengan gas hidrat. Untuk diketahui gas metana boleh memadat di bawah tekanan besar di dalam laut. Deposit metana yang mirip ais boleh pecah, berubah jadi gas, dan menciptakan gelembung di permukaan air. Konsentrasi gas yang lepas boleh menyebabkan kerosakan alat elektronik pada pesawat juga kapal. Tak hanya itu, kapal boleh tenggelam di lokasi tersebut kerana pengurangan kepadatan (densiti) air secara mendadak.

Fenomena lain di Segitiga Bermuda disebut Flying Dutchman - lenyapnya kru kapal secara misteri. Teori ilmiah ditawarkan untuk menjelaskan dari hilangnya para pelaut itu. Yakni infrasonik. Beberapa saintis yakin, infrasonik itu menimbulkan gelembung gas metana ketika naik ke permukaan.

Getaran infrasonik memicu resonansi berbahaya di jantung dan pembuluh darah. Ketika itu, manusia yang terkena boleh diserang panik. Ini mungkin yang membuat para pelaut panik dan melompat ke luar kapal - untuk melepaskan diri dari perasaan aneh yang menimpanya.

Bagaimanapun, tak ada satu pun teori yang menjelaskan, mengapa pada pertengahan tahun 1980-an, Segitiga Bermuda berhenti melahap kapal dan pesawat. Mungkin kerana kemajuan teknologi pesawat dan kapal.

2. Laut Sargasso





Ramai orang menyamakan Laut Sargasso dengan Segitiga Bermuda. Padahal perairan ini terdapat di tenggara Segitiga Bermuda di Samudera Atlantik. Ada beberapa keunikan di wilayah ini. Samudera bergerak mengikut jarum jam, terdapat banyak alga Sargassum di dalamnya.

Laut ini memiliki pusaran raksasa yang memiliki aturannya sendiri. Suhu di luar pusaran jauh lebih tinggi dari bahagian luarnya. Sejumlah orang yang berlayar di sana mengaku melihat fatamorgana misalnya, matahari terbit di Timur dan Barat dalam waktu bersamaan.

Richard Sylvester dari University of Western Australia berpendapat, pusaran raksasa Sargasso bersifat sentrifugal - yang lantas menciptakan pusaran kecil yang mencapai wilayah segitiga bermuda. Pusaran kecil ini menimbulkan siklon mini di udara - cukup kuat untuk mencelakakan sebuah pesawat kecil.


3. Laut Syaitan (Devil's Sea)





Ini adalah wilayah di Pasifik, sekitar Pulau Miyake - 100 kilometer Selatan Tokyo. 'Saudara' Segitiga Bermuda ini tidak boleh ditemui di peta mana pun, namun para pelaut memilih untuk menghindarinya. Badai boleh muncul secara tiba-tiba dan menghilang sama mendadaknya. Paus, lumba-lumba, bahkan burung tak hidup di wilayah itu. Sembilan kapal menghilang dalam waktu lima tahun pada tahun 1950-an. Yang paling terkenal adalah menghilangnya Kaiyo Maru No.5, kapal penyelidikan Jepun.

Laut Syaitan berada di kawasan seismik yang sangat aktif. Lantai laut bergerak konstan. Pulau vulkanik muncul dan menghilang secara biasa. Wilayah ini juga diketahui sangat aktif aktiviti siklonnya.

4. Tanjung Harapan




Daerah ini juga dikenali sebagai Tanjung Badai. Kapal-kapal besar tenggelam dalam kurun waktu ratusan tahun. Sebahagian besar kapal hancur kerana cuaca buruk, khususnya ombak maut, atau 'cape roller'. Para saintis menyebutnya gelombang soliter - yang tingginya boleh mencapai 30 meter, sejatinya terdiri dari dua ombak yang bergabung menjadi satu.

Gelombang raksasa itu menciptakan rongga besar, yang tingginya hanya sedikit lebih rendah dari gelombang itu. Meskipun fenomena ombak ini boleh terjadi di laut lainnya, namun area di Tanjung Harapan yang paling bahaya.

5. Bahagian Timur Samudera Hindia dan Teluk Persia



Daerah ini dikenali dengan fenomena yang sangat mengagumkan dan misteri, dengan lingkaran cahaya raksasa yang berputar-putar di permukaan air.

Ahli kelautan Jerman, Kurt Kahle percaya, fenomena itu adalah akibat dari gempa bawah laut, yang menimbulkan pendaran plankton. Lalu timbul gerakan seperti putaran roda. Namun, hipotesis ini menuai kritik akhir-akhir ini kerana belum mampu menjelaskan transformasi lingkaran cahaya secara logik. Sains moden juga belum mampu menjelaskan bentuk lingkaran sempurna objek tersebut. Kerananya, muncul teori baru iaitu UFO.

6. Pusaran air (maelstrom)





Meskipun tak terlalu mengagumkan seperti pusaran air di Laut Sargasso. Namun para pelaut tahu fenomena menakjubkan tentang pusaran jenis ini. Pusaran air ini terjadi dua kali sehari, di bahagian barat laut Laut Norwegia Kata 'maelstrom' dipopularkan oleh Edgar Alan Poe. Maelstrom adalah air yang berputar kuat dan besar. Permukaan air dari pusaran lebih rendah puluhan meter dari permukaan air laut. Kekuatannya puluhan kali lipat dari arus biasa.

Yang anehnya, pusaran berubah arah berlawanan setiap tiga sampai empat bulan. Boleh terjadi di mana pun, termasuk Segitiga Bermuda. Diyakini, pusaran berputar berlawanan arah jarum jam di belahan bumi utara dan mengikut jarum jam di bahagian bumi selatan.


Kuasa Allah...
Lautan memang misteri byk misteri di lautan kita tidak dapat terungkai



http://unikversiti.blogspot.com/2011/07/6-fenomena-paling-misteri-di-lautan.html










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2012 09:24 PM | Show all posts
Thanks for sharing ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2012 09:54 PM | Show all posts
Thanks for sharing ya
sawi Post at 27-5-2012 21:24



   welcome..sekadar pengetahuan jugak..lawa avatar...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 10:15 PM | Show all posts
disebabkan misteri2 ini jugak saya tak pernah suka dengan laut
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:17 PM | Show all posts
alamak takutnya hujung minggu ni ade family day anjuran keluarga mentua kat marang ganu..dengarnya sedara mara nk mencandat sotong pastu katanya yg pompuan kena naik bot pi pulau kapas..sumpah aku taknak aku takut..cemana nak elakkan ni makin hari aku makin debar2 xnak gik tapi suami nak gik..kalo suami je yg gik aku  tak gik pun aku risau juga keselamatan suami..
ntahlah maybe aku ni byk sgt berfikir n berimaginasi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2012 11:26 PM | Show all posts
laut memang seram kan..dulu ada aktiviti kayak dekat laut,aku berdoa la tak terbalik dalam laut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-5-2012 08:55 AM | Show all posts
kita sebagai hamba Allah hanya mengkaji tp yang berkuasa ke atas sesuatu hanyalah Allah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 11:37 AM | Show all posts
tanjung tuan kat pd tu pon tak kurang misteri dgn lubuk pusing dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2012 12:57 PM | Show all posts
aku paling suka baca kisah2 misteri camni...
thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 01:06 PM | Show all posts
alamak takutnya hujung minggu ni ade family day anjuran keluarga mentua kat marang ganu..dengarnya s ...
Suchi Post at 27-5-2012 23:17


jgn risau..pulau kapas tak jauh dari tanah besar. perjalanan pendek aje.. cuma maybe perasaan seram tu akan adalah kot sbb tak seperti feri2 langkawi, tioman yg lengkap. bot ke pulau kapas ni..biasanya ala2 bot penambang kat sungai2 je..ila meredah ombak,rasa mcm nak tercampak ke laut pun ada.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 01:18 PM | Show all posts
alamak takutnya hujung minggu ni ade family day anjuran keluarga mentua kat marang ganu..dengarnya s ...
Suchi Post at 27-5-2012 23:17



    ala...pergi je..pulau kapas sekejap je sampai dari jeti tu...
aku dulu pergi naik speedboat..balik naik feri..best2x
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 02:05 PM | Show all posts
ala...pergi je..pulau kapas sekejap je sampai dari jeti tu...
aku dulu pergi naik speedbo ...
txs7 Post at 28-5-2012 13:18


taknak takutlah bot terbalik ke apa..aku xreti berenang dan bawak anak kecil umur 4thn aku takutlah 2-3 hari ni aku xlena tido memikirkannya kdg2 sampai mimpi2..aku takmo pi bercuti kat pantai ni tapi kalo aku tak pi nanti MIL aku mst kecik ati dahlah lama tak blk kg mertua kan..kesian jugak kat laki aku dia mmg suka sgt memancing tp sejak kawen dia dh tak pernah memancing sbb takmo nnt gi paya ke sungai mana terbawak2 mende2 yg xelok blk umah kan..so aku rasa bersalah sgt kalo aku taknak bg dia gik sana jugak cam pentingkan diri plak kan dia sanggup korbankan hobi memancing dia selama ni sedangkan sentiasa menyokong semua benda yg aku suka buat...
aku dah siap wat list hutang n segala macam risau kalo jd apa2 pd kami aku hrp sapa2 yg dtg umah kami ni leh baca mana hutang yg perlu dijelaskan ke apa..sengal je aku kan..walhalnya mati2 tu bila2 pun boleh mati tapi itulah aku mmg takutlah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 02:54 PM | Show all posts
jgn risau..pulau kapas tak jauh dari tanah besar. perjalanan pendek aje.. cuma maybe perasaan se ...
eniliana Post at 28-5-2012 13:06



   kau ckp jgn risau tp ayat last kau itu dah wat aku berdebar2 tau..sbb aku teringat baca kt berita xtau lah dorang pi pulau kapas ke apa yg pasti bot dorang terbalik time tu mlm tau..dahlah terputus hub pastu masing2 siap buat cam bulatan pegang sesama sendiri seram sangat..tak silap time tu ade budak kecik so dorang gilir2 pegang budak tu..aku takut sgt kalau kena gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 03:06 PM | Show all posts
Reply 13# Suchi


   hahaha... adei.. pulau kapas tu dekat sgt. kalau naik speedbot brape menet je. aku pegi situ tahun 2008.few months lepas kawen.kitorang buat kawan ngan mat saleh yg run chalet kat situ. pastu di bawaknye aku pusing pulau naik bot ala2 sampan dia je.. tak pakai life jacket. dan masa tu aku tak reti berenang pun.mmg berdebar pun.. masa tu musim obor2..the other side of the island yg menghadap laut er..laut china selatan kot. penuh gilak dengan obor2. aku bukan takut mati lemas.. aku takut jatuh dlm air berselirat dengan obor2..eeeee... mat saleh tu kemain konpiden je bila aku cakap aku tatau berenang. dia jawab, dont worry, i'm a qualify lifesaver.. ceh.. bila aku cakap, asben aku pun tak reti swimming .. bleh plak dia jawab alamak.. balik dari sana terus aku masuk kelas swimming..hahahha

dont worry laa..  takde mende punya..silap2 ko yg tanak balik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2012 03:16 PM | Show all posts
nice info..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 09:30 AM | Show all posts
Rocky teruja sgt ttg misteri segitiga bermuda.... ada artikel yg Rocky terbaca mengatakan lautan segitiga bermuda terdapatnya tentera dan angkatan jin terbesar dan terdasyat...kerana itu bukan sahaja kapal malah segala pesawat dan helikopter yg melalui persekitarannya itu akan hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan...manusia yg ingin menyiasat kejadian tersebut,juga tiada beritanya selepas pergi kesana menyiasat...malahan wartwan,penyelamat x akan dapat dikesan...kwasan itu tinggal misteri...klu ada sesiapa pakar paranormal yg leh menyingkap apa sebenar-benar misteri dia kawasan lautan segitiga bermuda itu...mohonlah ceritakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2012 09:48 AM | Show all posts
tq for sharing yea...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 09:48 AM | Show all posts
toet takot dgn laut..xtaw nape..klu tgk ombak menggulung2 tu, lagila dup dap je ati..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 03:50 PM | Show all posts
tak ada kisah terbaru ttg segitiga bermuda kan?
maybe ketua jin dah pindah tempat lain
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2012 05:04 PM | Show all posts
bestnya laut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.435186 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list