CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3819|Reply: 19

cerpen: DAH AGAK DAH..[U]

[Copy link]
Post time 2-6-2012 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jaza2008 at 10-6-2012 14:21

Langkah Suri bertambahpantas apabila melangkah menuruni jalan bukit yang agak curam. Peluh di dahisemakin menggila Tiba-tiba dia terdengar bunyi motosikal dari arah belakang. Diaingin berpusing ke belakang agar dapat melihat siapakah gerangannya yang sedangmenungggang motosikal tersebut. Tetapi niatnya itu dimatikan sahaja. Ah biarlah,nanti orang tu lalu sebelah aku, aku tengoklah. Ujar Suri di dalam hatinya.


            Apabila motosikaltadi semakin dekat, Suri pun menoleh sedikit ala-ala baru perasan ada motosikalhendak lalu. Berdrama pulak dia ni! Sekali imbas sahaja matanya dapat memanahterus ke dalam anak mata orang yang diharapkannya. Faris! Seraya itu jantungnyamula berdegup kencang, terasa hingga ke kepala. YA ALLAH dah agak dah mesti dia,detik hati Suri. Bertambah tidak keruan jadinya Suri apabila Faris turutmembalas pandangannya.


            Spontan jugabibirnya menguntum senyum kepada Faris. Tetapi bagaimana rupa senyumannya itu diasendiri tidak pasti. Akhirnya tiga saat yang mencemaskan pun berlalu dan bayangFaris serta motosikalnya pun kian menghilang. Cuma tinggal deruman enjinmotosikalnya sahaja yang masih kedengaran sayup-sayup di telinga. Suri terusmenghayun langkahnya yang kalut ke kolej kediamannya bersama getar di dada yangmasih tidak surut.



            Faris berbaring malas di ataskatil bujangnya. Terasa hari Sabtunya begitu indah. Sungguh dia tidak sabarmenanti hari sabtu dalam seminggu. Walaupun hanya dua jam masa untuk merekabersama. Itu sudah cukup untuk membuatkan Faris bahagia. Seronok dapat melihatwajah terkulat-kulat Suri. Kalau dahulu dialah yang paling benci bila tiba hariuntuk kelas kokorikulum, tambahan pula dia sendiri memang tidak mahu masuk KadetBomba, tapi apa boleh buat, dia terpaksa kerana segalanya diuruskan oleh para seniorsemasa semester pertama. Kiranya kes paksa rela lah.


Namun segalanya berubah apabilaFaris bertemu dengan Suri. Orangnya tidak terlalu tinggi, tidak terlalu gemukdan tidak pula terlalu kurus. Suri agak pendiam dan sentiasa berkepit bersamadua orang lagi kawan karibnya, Ila dan Lia. Faris sendiri tidak faham bagaimanamereka boleh jadi sebegitu akrab sejak hari pertama di kelas Kedet Bombalagi.Ila yang agak kecoh membuatkan mereka sering menjadi perhatian ketika didalam kelas Bomba.


Sikap kelam kabut Suri rupanya dalam diam telah membuatFaris tertarik. Di dalam kelas dia sering curi-curi pandang ke wajah Suri. Pernah juga beberapa kali dia bertembung pandang dengan Suri, tetapi Suri lebih pantas melarikan pandangannya. Faris cuma suka melihat muka itu, comel. Itu sahaja! Lagi pula dia sudah ada kekasih hati.


“Cepatlah hari sabtu lagi” Farismeluahkan apa yang bermain di fikirannya.



Ila pinjam pen kau kejap,”ujar Faris lantas dirampas pen yang berada di tangan gadis itu.


Ila yang terkejut diperlakukanbegitu terus melenting.


“ Ish kau ni, datang kelas tak tau bawak pen ke? Habiskau datang ni tak kan bawak note book je kot.” Soal Ila dengan nada keras yangmasih dapat di kawal. Bimbang jika cikgu Rosli mendengar suaranya. Cikgu Roslikelihatan masih ralit mengajar topik kimia kebakaran.


“Alah kejap je, nak sign kehadiran”,ujar Faris yang duduk di meja hadapan.


Suri yang melihat situasi itumengerutkan dahi. Pelik melihat Faris yang seolah-olah sengaja mencari pasal. Liadi tepinya langsung tidak berkutik, kusyuk benar memandang ke hadapan.


“Apa pandang-pandang?” soal Faristiba-tiba.


Suri yang terkejut di sergah begitu terus membuang pandang ke arah CikguRosli dengan muka serius. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tenanglah wahaihati…



                                                          *****bersambung****

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 08:19 AM | Show all posts
next!

err...sapa yg dh ada kekasih ht tu? Suri ke Faris?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by kambeng_masam at 3-6-2012 10:37

bila citer2 cinta zaman sekolah/Uni....hehe...antara zaman2 yang seronok bila dikenang balik skrg ni......

TT....please sambung lagi! next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 08:04 AM | Show all posts

Masa terus berlalu tanpamenunggu sesiapapun. Hari ini hari pertama Suri bekerja di Syarikat Permaiselepas berkali-kali gagal dalam temuduga untuk kerja-kerja kosong. Dia terlalubersyukur rupanya rezekinya  di syarikatyang gah ini.


Tapi tinggal satu perkara sahajayang membuatkan Suri tidak senang duduk. Sungguh dia tidak sangka setelahbertahun-tahun masa berlalu dia akan bertemu kenbali dengan Faris. Satu-satunyalelaki yang boleh membuat jantungnya berirama luar biasa. Kali pertama bertemuFaris di meja temuduga dua hari lepas betul-betul memeranjatkan Suri. Terasaseperti mulutnya tidak boleh di tutup kembali, mujur teguran lelaki itu bolehmenyelamatkan Suri daripada terus ternganga di depannya. Aduh! hari pertamabertentang mata dengan Faris sudah ada perkara yang memalukan dirinya. Bagaimanahari seterusnya entahlah.


“Cik Suri kan? bos nak jumpa”, ujarLinda setiausaha Faris.


“Okey cik..er siapa nama ye? by theway just call me sue k,” ujar Suri mula beramah mesra.


“Oh sue, tak payah bercik cikpanggil je Linda. Harap gembira kerja kat sini ye, saya pergi dulu ada urusanlain.” Linda sudah berkira-kira hendak melangkah pergi, tetapi teringatkansesuatu lalu berundur kembali ke tempat Suri.


“Sue, hati-hati dengan bos kita tu,takut sue tak nak balik rumah je nanti,” ujar Linda tiba-tiba.


“Eh kenapa pulak macam tu?” soalSuri pelik dengan kata-kata Linda yang nampak bergaya seperti model itu.


“Bos tu handsome sangat, takut sueasyik nak duduk di office menghadap muka dia saja nanti.” Kata-kata Linda meloyakantekak Suri. Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak mahu perkara itu terjadi.Melihatkan reaksi Suri, Linda terkekek ketawa sambil melangkah pergi.


Suri mengemas mejanya ala kadar.Lalu termenung seketika memikirkan kata-kata Linda tadi. Memang dia akui Farissemakin tampan tambahan pula dengan pakaian korporatnya itu. Huh handsomesungguh! Suri turut akui sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Faris walaupunlelaki itu sering bersikap dingin dengannya. Cuma dahulu dia sering menafikanapabila Ila dan Lia sengaja mengusik dan memadan-madankannya dengan Faris. Suritersenyum. Mulut aje kata tidak, padahal suka! Suka sangat berlakon.


Suri memandang ke segenap ruangpejabat yang luas dan selesa. Semua orang kelihatan sibuk bekerja. Tiba-tibamatanya tertancap pada papan nama yang ada di pintu bilik bertulis EN. FARIS B.DATO’ AZIZ. Alamak! Macam mana aku boleh lupa yang dia nak jumpa aku. Habislah…


Bagaikan tidak terasa lantai yangdipijaknya ketika itu. Langkah yang tadi laju semakin perlahan dan apabilasampai di muka pintu bilik Faris dia jadi semakin gusar. Sudah lima kalitangannya di angkat untuk mengetuk pintu kayu di hadapannya itu tetapi tidakjadi. Dia jadi kaku di situ. YA ALLAH kuatkan aku. Akhirnya ketukan untuk kalike-enam Berjaya juga.


“Masuk,” terdengar suara Faris yangkuat dari dalam. Tangan dan kaki Suri sudah menjadi sejuk gara-gara terlalutakut. Suri berjalan menunduk ke arah Faris yang dari tadi tidak sedikitpun melepaskanpandangannya pada Suri. Bajet garang lah tu!


“Linda ke mana?” soal Farismendatar. Pandangannya masih tajam seperti tadi.


Suri terdiam sebentar memikirkanjawapan apa harus diberikan kepada bosnya itu. Soalan apa yang dia tanya ni,Lindakan setiausaha dia, sepatutnya dia lebih tahu.


“Saya tak pasti, tadi dia cakap adaurusan tapi tak bagitau nak ke mana.” Jawab Suri teragak-agak. Sesekali diacuba memandang Faris yang di hadapannya. Tak nak jemput aku duduk ke dia ni?


“Dah berapa lama dia pergi?” soalFaris lagi. Hatinya rasa bagaikan digeletek. Ingin sahaja dia ketawaterbahak-bahak waktu itu.


“Hah? Dah berapa lama? em.” Sekali lagidia terdiam. Cubalah tanya soalan yang aku boleh jawab dengan spesifik. Manalahaku ingat tadi pun aku boleh lupa yang dia nak jumpa aku. Hentam je lah.


“Cik Suri saya masih menantijawapan awak,” ujar Faris sambil mula berdiri tegak supaya Suri lebih gementar.


“Dalam 20 minit dah rasanya,” jawabSuri perlahan. Dia sendiri tidak yakin. Melihatkan Faris yang sudah berdiri dihadapannnya membuatkan dia rasa ingin mengetuk sahaja kepala lelaki itu biardia pengsan dan Suri pun boleh keluar dari bilik yang melemaskan itu.


“Jadi?” ujar Faris pendek.


“Jadi?” ulang Suri tidak faham.


“Awak ni lembab betul lah, maknanyadah 20 minit saya tunggu awak dalam bilik ni tau tak?” kata Faris keras.


Oh macam tu..eh suka hati dia ajekata aku lembab. Hatinya mula menyumpah seranah Faris di dalam hati. Apa lahmasalah dia ni, tak boleh ke straight to the point aje? Ini tak, nak kenakanaku lah tu.


“Maafkan saya En. Faris, sayaadahal sikit tadi.” Suri memohon maaf agar segalanya cepat selesai.


“Oh ada hal..hal berangan ke?” soalFaris lagi. Bernada sinis. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.


“Bukan En. Faris. Emak saya calltadi,” ujar Suri cuba berdalih. Macam mana dia tau aku berangan ni. Dia jadipelik sendiri.


“Ok, lain kali kalau mak awak calllagi pastikan bercakap dalam telefon bukannya tanpa telefon faham? Sudah lahawak boleh keluar sekarang. Saya pun dah lupa apa yang saya nak bagi tahu awaktadi. It’s your fault!” Kata Faris dengan tegas


“kalau macam tu sayakeluar dulu. Maafkan saya.” Ujar suri lalu berpusing untuk melangkah keluar.Tiba-tiba dia terpandangkan cermin di bilik bosnya itu. Oh patut lah dia tau apaaku buat, nampak rupanya dari dalam. Tak guna! Getus hatinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2012 08:05 AM | Show all posts
Reply 2# sarizu


   faris yang dah ada kekasih masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:26 AM | Show all posts
pnjg jodohnya ya...jumpa lg...

kalau penah bc novel...errr...lupa tjuk lak...Biar YM Berbicara...? elok jgn samakan garapan cite dia ok

next!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-6-2012 12:18 PM | Show all posts
Reply 6# sarizu

sarizu sy pnah bca cta 2..mksud jgn smakan grapan 2 mcm mna ye? sma ke dgn nvel 2?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2012 03:52 PM | Show all posts
jalan cite kasi lain sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2012 03:03 PM | Show all posts
patut mcam pernah baca he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 02:15 AM | Show all posts

RE: cerpen: DAH AGAK DAH..[U]

Sue dah waktu lunch ni. Taknak isi perut ke?” soal Qaseh dengan wajah kerut seribu. Suri dilihatnya masihtekun menghadap kertas kerja.


“Sekejap. Sikit aje lagi.” KataSuri sambil memandang sekilas ke wajah Qaseh yang nampak gelisah seperti orangtak makan dua hari sahaja lagaknya.


“ Aku pergi dululah,” ujar Qasehsudah tidak sabar sambil melangkah pergi.


“Qaseh tunggulah sekejap! Ok lah,ok lah..aku nak kemas kerja-kerja aku ni dulu, then kita pergi lunch.” JawabSuri. Risau sekiranya ditinggalkan Qaseh.


Qasehtidak jadi meneruskan langkah lalu tersengih pada Suri. Tau pun takut!



Suridan Qaseh nampak berselera benar ketika menjamu selera di RestorenSri Tanjung tengahariitu. Mereka leka berbual sambil makan sehingga tiba-tiba Qaseh terperasan akanseorang lelaki yang turut menjamu selera di situ yang asyik merenung ke arahmereka berdua.


“Wei,Suri kau kenal ke dengan mamat kat hujung tu?” soal Qaseh perlahan.


“Mana?Aku tak nampak pun. Pakai baju colour apa?” ujar Suri sambil melilaukanpandangannya ke segenap ruang restoren. Nun di hujung restoren Suri dapatmelihat seorang lelaki yang berkulit cerah, tinggi dan berbadan tegap.


Melihatkanwajah yang tidak asing itu hatinya tiba-tiba terdetik. Baru seminggu lepas diaberjumpa dengan Faris dan sekarang Nazrin? Ini masa untuk reunion denganlelaki-lelaki yang pernah masuk carta hati aku ke?


“ PakaiT-Shirt Polo colour hijau kat sana tu,” Jawab kasih. Sangkanya Suri masihtercari-cari.


“ Ye akudah nampak dah, classmate aku masa kat universiti dulu.” Ujar Suri sambilmenyambung kembali suapannya yang semakin perlahan.


“ Ohclassmate rupanya. Pergilah tegur lepas tu kenalkan dekat aku” Qaseh ketawadengan kata-katanya sendiri sambil menghabiskan terus sedikit nasi yang masihdi pinggannya.


“Malaslah, aku bukannya rapat sangat pun dengan dia. Dah habiskan jomlah balikoffice.” Ujar Suri. Dia ingin cepat pergi dari situ. Qaseh mengerutkan dahinyapelik dengan sikap Suri. Namun dia tetap menurut lalu melangkah beriringandengan Suri.


“Masakau study dulu ada kawan dengan orang tak?” soal Qaseh kepada Suri yang lajuberjalan di sisinya.

“Mestilahberkawan. Kau ingat aku ni kera sumbang ke?” soal suri kembali.


Qasehmembuka mulut ingin berkata sesuatu tetapi terhenti apabila seorang lelakitiba-tiba berlari dan memintas lalu berhenti di hadapan mereka. Inikan lelakitadi!


“Surikan?” Lelaki tadi terus melontarkan soalan kepada Suri. Suri yang terpinga-pingatetap juga mengangguk perlahan. Qaseh hanya menjadi pemerhati di situ.


“ Aku niNazrin. Ingat aku lagi tak?” kata Nazrin sambil mengurut dada. Penat mengejarSuri. Sudahlah baharu saja isi perut.


“Nazrin?” dia berpura-pura mengingat nama lelaki itu. Qaseh yang melihat reaksisuri itu mencebik ke arah lain. Hipokritlah si Suri ni.


“Kitakan sekelas masa diploma dulu, Cuma kita jarang bercakap” ucap Nazrin apabilamelihat Suri seolah-olah susah sangat mahu mengingat namanya. Wajah Suri masihcomel seperti dahulu bezanya sekarang dia sudah agak matang.


“Ya, yabaru ingat. Tak sangka kau masih kenal aku.” Ujar Suri berbasa-basi. Dalam hatidia berdoa agar Nazrin cepat-cepat pergi kerana dia pun harus pulang ke pejabatsegera.


“ Akutak pernah lupakan kau. Tambah-tambah lagi muka cute kau tu.” Nazrin ketawamengusik.


MukaSuri terasa panas. Seram sejuk jadinya Suri dipuji berdepan begitu. Dia cubaberlagak tenang namun kegelisahannya masih tidak dapat disorok.


“Eh Suribos kesayangan ramai dah nak masuk office tu. Jomlah kita.” Ujar Qaseh kalutlantas menarik tangan Suri yang masih bingung.


Suri danQaseh menghayun langkah laju takut kalau-kalau angin bosnya itu tidak baik.Lewat seminit pun kena tadah telinga.


Nazrinmenghantar pemergian mereka dengan senyuman bahagia. Suri akan jadi suri hatiaku. Bisik hati lelakinya.

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 07:09 AM | Show all posts
confident betul Nazrin ni

tp apsl sket je smbung...next!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 07:58 AM | Show all posts
next.........................
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2012 08:28 AM | Show all posts
Lagi????? Hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2012 07:38 PM | Show all posts
xsmpat nk karang sbb sem bru start
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 10:23 AM | Show all posts
nak lagi....TT update cecepat ye
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2012 07:55 PM | Show all posts
NEXT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 10:50 PM | Show all posts
mcm best je...sambung la lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2012 11:17 AM | Show all posts
untuk pengetahuan saudari , sekarang pihak kami ingin mencari bakat baru untuk freelance pernulis cerpen, kartunis, journalis peneroka, journalis shopping/fesyen dengan kadar segera. jikalau pihak saudari ada teman, atau rakan yang ada skill yang tertera, sila layari

www.parttime2kmontly.blogspot.com

http://dfd0951a1rmgsk67q8rhqmm7gg.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST  
<a href="http://be43341lqhuqoj52u3xe2qpbgm.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST" target="_top">Click Here!</a>     (add)

<a href="http://e1179izb-qzis98ymbtiqgjip9.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST"
target="_top">Click Here!</a>

<a href="http://112869zarrnkuo8v2n251csk0n.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST"
target="_top">Click Here!</a>      
http://85203c1a3murok6ya-a5slqm8g.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST
<script type="text/javascript"><!--
google_ad_client = "ca-pub-1396226287481243";
/* lovemoney */
google_ad_slot = "4536208678";
google_ad_width = 234;
google_ad_height = 60;
//-->
</script>
<script type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script>


<a href="http://62e81dvl4exdnl697itcp6r645.hop.clickbank.net/?tid=M4KHSLST" target="_top">Click Here!</a>


[/code]
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 02:53 PM | Show all posts
sambung please..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2012 04:57 PM | Show all posts
Cepat2 la sambung.. tak sabar nk baca nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.083324 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list