CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33931|Reply: 139

Sekadar Berkongsi..Kenapa Isteri Yang Cantik Pun Kena Cerai..?

[Copy link]
Post time 16-7-2012 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Momod, klu dah ada merge ek..
...dipanjangkan email yg diterima dari sorg rakan....
jom baca..moga mendapat manafaat.



Isteri cantik pun kene cerai?



Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
  
Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
  
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
  
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
  
Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.
  
Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
  
Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.
  
Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
  
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.
  
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.
  
Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!
  
Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!
  
Apa lagi nak di kata?
  
Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
  
Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.
  
Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.
  
Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.
  
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.
  
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jumbor unta, pun tak boleh tolak.
  
Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga.
  
Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:
  
“Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
  
InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.
  
Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,
  
Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah ini baik baik:
  
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
  
Woha!
  
Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2012 04:58 PM | Show all posts
ha...panjang lebar ko.....

bgus..penerangan yg membuka minda..patutla laki aku takmau mkn kalu aku tak makan sekali...kalu tak mkn pon, aku kena teman dia..ada sbb rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2012 11:55 PM | Show all posts
memg logik..ayat jelas...


sorry la nk tnye cket...mak sy jns tradisional cket...masak then kami akan utamakan abah mkn dulu...mak slalu last makan..antara sbb lain krn km ni rmi...jd mase mkn pon berbeza la..kami 10 beradik...dgn kate lain knp mak x temankan abah mkn tp masih kekal..?

mak sy tak pernah meninggikan suara dgn abah, xpernah tengking, xpernah gadoh depan anak2 ( belakang pun same), tak pernah lawan ckp abah, terima berape pon nafkah dr abah, xpernah merungut dgn abah, xpernah menitiskan air mata depan anak2, baiknya mak kirenye smpi menantu sendiri pon kate mak adalah mak terbaik...tp sejak mak abah tinggal berdua je kat umah sbb ank dah besar, mgkin la mak ade temankan abah mkn...juz nk relayed bab teman makan jela ni...cane tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 07:19 AM | Show all posts
dr blog keta mayat ke ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 08:56 AM | Show all posts
aku tak percaya ada dua je.. patutnya ada byk lagi ni..
1. jgn pemalas.. rajin2kan diri kemas rumah spaya nampak terurus didepan somi.. kat blakang somi rumah mcm dilanda geruda pon takpe..

2. cuba masak benda2 baru..  pelbagaikan menu utk hidangan dan pastikan sedap.. jgn presentation je mcm MasterChef tapi rasa mcm sup selipar..

3. jgn pengotor.. jgn biar panties berdarah period ditinggal berbulan2 dlm bilik air smp naik ulat (ada satu post kat FD ttg ni)

4. rajinkan diri bangun awal dari somi.. nampak lebih semangat dan ceria..

5. rendahkan intonasi suara, tambah2 time somi tgh hangin..
org cantik ni bercerai byk kali pon takpe, demand tetap ada.. walhal org tak tau ada dinosor dlm almari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 10:16 AM | Show all posts
Reply 4# mmeza_r


    ha'ah..blog kete mayat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2012 10:17 AM | Show all posts
aku tak percaya ada dua je.. patutnya ada byk lagi ni..
1. jgn pemalas.. rajin2kan diri kemas rumah ...
ParinAmat Post at 17-7-2012 08:56



    klu nak ikutkan banyak lagi parin..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:22 AM | Show all posts
3. jgn pengotor.. jgn biar panties berdarah period ditinggal berbulan2 dlm bilik air smp naik ulat (ada satu post kat FD ttg ni)
ParinAmat Post at 17-7-2012 08:56


ko biar benar??!!!serius!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2012 10:24 AM | Show all posts
satu yg aku notice la, klu laki tngah angin..tak kira salah sapa la khen..jgn sesekali menjawab dan tinggi sore lebih dari sore dia.. sbb aku dah pratikkan benda ni..aku akan diam jer..mmg lepas tu laki yg ngendeng balik kt kita.. aku ngaku, dulu aku mmg tak sabar..menjawab juga..tapi lepas ada konflik yg agak hebat jgk ler dulu..aku sabar dan sabar.. reverse saikologi balik, Alhamdullilah dgn izin Allah sumernya back to normal.. tapi ni kt laki aku la, klu laki org lain aku tak sure plak... cuma laki ni dia mmg pantang klu wife dh tak hormat kt dia..nak menjawab bole tapi biar kene cara..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:25 AM | Show all posts
Reply 8# leylapple


    siyesssss talk neh.. takde yg dusta melainkan benar gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:28 AM | Show all posts
Reply  leylapple


    siyesssss talk neh.. takde yg dusta melainkan benar gitu..
ParinAmat Post at 17-7-2012 10:25



   sesungguhnya wanita itu layaknya di tepi tong sampah sahaj...tidak berbaloi di simpan dan patut dibuang....kebersihan diri pun tak terjaga, apatah lagi nak menjaga org lain e.g suami dan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:34 AM | Show all posts
Reply 11# leylapple


    org lelaki bukan leh nampak tabiat org pompuan ni, blum kawin bukannya tau cemana tabiat pasangan.. ingatkan kebersihan menjadi amalan seharian, rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 10:40 AM | Show all posts
Reply 12# ParinAmat


    klu bab pad tak basuh ni jgnkan laki, aku yg pompuan ni pun malu, geli, erk..bz sangatkah sampai takde masa nak basuh or buang pad..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:49 AM | Show all posts
berguna sungguh info nie...
thanks TT...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:50 AM | Show all posts
aku tataw plak kalo laki makan sensorang dia makan ngan syaithon sekalian ...sebab cemana pon aku mmg temankan laki aku makan. sbb aku sian dia makan sensorang. aku makan sensorang xpe...kalo anak aku merengek nak susu laki plak ajak makan...aku senduk dia nasik then aku teman dia makan sambil menyusu anak...

kadang-kadang kalo laki mintak milo pon aku temankan dia minum...sebenarnya aku taktaw pon benda ni...kene dijadikan peringatan ni....

banyak lagi kan kita boleh praktikkan kalo nak elakkan cerai berai ni...antara paling utama kene hormat mak ayah laki kita jugak...baru dia hormat mak ayah kita. kita pon kena hormat mak ayah kita...kalo tak..laki kita pon akan buat yang sama. contohnya ' ko sendiri pon tak respek mak ayah ko...inikan pulak aku'...itu yang mak aku selalu pesan.

lain2 tu beselah...jaga kebersihan, jaga makan minum pakai laki kita. hormat kat dia. amik berat.banyak lagi yang aku kena belajar ni

tima kasih untuk info kat atas
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 10:53 AM | Show all posts
Reply 13# myakayina


    entahla, aku takde masalah pad2 ni..
examination pad, ipad, padlock aku tau la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2012 10:56 AM | Show all posts
Reply 14# Lembaga


    ur welcome...sharing is caring dear..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 11:08 AM | Show all posts
aku sblm kawin lagi..MIL aku pesan, klu laki aku nak makan, kena temankan dia. sbb dia tak bese mkn sensorang. dia nak kena orang cedokkan lauk pauk bagai. MIL aku sll tmnkan laki aku mkn ms dia bujang2 dl. mgkn dah jd tabiat dia. so...aku pn wat cmtu gak. even aku tak mkn (aku mmg jarang mkn nasi), aku tmn dia smpai la dia abis mkn.  

klu aku tak teman, msti dia tak nak mkn..klu aku tgh wat keje2 lain pn dia akan suh aku stop dl.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2012 11:29 AM | Show all posts
Reply 18# MissAvvy


    bagus..bagus..semoga menjadi isteri mithali...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 04:17 PM | Show all posts
sblm ada anak...mmg makan dia aku teman...masa anak tak reti nak capai2 barang pun aku temankan...skrg ni anak dah lasak gila...apa ada atas meja mmg takleh leka sket...alamat bersepai la jawabnya...n aku tau laki aku pung rasa tak selesa makan dalam keadaan yg serabut gitu...baik la aku jaga anak n biar dia makan dengan tenang...kalo takpun...tidokan anak dulu...baru makan sesama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061258 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list