CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9759|Reply: 2

Karangan SPM: Masalah yang berkaitan dengan remaja di Negara Malaysia semakin be

[Copy link]
Post time 17-7-2012 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Tajuk: Masalah yang berkaitan dengan remaja di Negara Malaysia semakin berleluasa.

Contoh Jawapan:

Antara masalah yang remaja mencetus ialah aktiviti bersosial .Remaja pada zaman era ini sering mengunjungi kelab malam , pub , disko dan sebagainya dengan rakan-rakan mereka untuk berhibur. Di sana , tanpa pengetahuan orang tuanya , kaum hawa dan adam menghisap ‘Shisha’ iaitu sejenis alat yang dihisap seperti rokok dan mempunyai pelbagai perasa seperti buah-buahan dan sebagainya. ‘Shisha’ ialah satu alat yang amat berbahaya terhadap kesihatan penghisapnya. Alat ini berasal dari Negara Arab dan rakyat lelaki ini akan menghisapnya.Apabila penghisap ketagih , mereka akan mahu lagi ‘Shisha’ . Setelah mereka sudah lama mencuba dan tidak seronok lagi , mereka akan menghisap batang rokok , minum arak dan sebagainya untuk memaksimumkan kepuasan mereka .

Pada zahirnya aktiviti bersosial ini nampak seperti biasa tetapi bukan begitu di sebaliknya . Kebanyakkan kelab malam , disko dan sebagainya akan menjalani aktiviti jual dadah kepada pelanggan terutamanya remaja untuk berhibur . Jika remaja memakannya , mereka akan khayal buat semalaman . Media massa sering mencanang isu pembuangan bayi di dada akhbar dan berita . Hal ini demikian , kerana apabila remaja yang dalam keadaan mabuk , khayal dan tidak waras , mereka akan melakukan sesuatu yang mereka tidak disedari dan dikawal oleh mereka seperti melakukan hubungan maksiat , merompak , bergaduh dan sebagainya .

Kemelut remaja yang seterusnya ialah memakai pakaian yang menjolok mata .Remaja di Negara Barat sering memakai pakaian yang nipis dan menjolok mata kerana mereka berpendapat ia adalah perkara yang biasa dan mereka ialah jenis yang berfikiran terbuka . Selain itu , di pantai Negara Barat , kaum hawa hanya memakai pakaian yang nipis sahaja. Fesyen ini telah menular ke seluruh dunia termasuk Malaysia . Maka , remaja rakyat Malaysia tidak kira warna kulit dan bangsa pun mengikut jejak remaja barat ini . Pakaian tersebut amat nipis dan tidak sesuai untuk dipakai oleh remaja kerana khuatir akan menarik perhatian lelaki di luar . Remaja berbangsa melayu tidak boleh memakai pakaian yang nipis kerana ia adalah berdosa dan mereka wajib tutup aurat mereka setelah mereka sudah matang . Bukan itu sahaja , remaja kaum-kaum lain juga tidak digalak untuk memakai pakaian nipis supaya keselamatan dan maruah diri dan keluarga mereka terjamin .

Jika masalah remaja ini tidak dibendung , maka semakin banyak kemelut yang akan berlaku pada masa akan datang dan juga tidak baik kepada mana-mana pihak . Remaja kini juga semakin tidak beradab dari pelbagai aspek terutamanya adab makan . Mereka tidak memanggil orang yang lebih tua makan dahulu serta tidak mencedok lauk-pauk kepada mereka . Kaum Cina amat mementingkan aspek ini kerana ia merupakan tatatertib yang paling asas patut mereka patuhi  .

Selain itu , masalah remaja yang terakhir ialah suka menonton drama Negara Barat berbanding dengan drama tempatan . Kini , remaja mengikut cara percakapan dan aksi-aksi Barat iaitu berpelukkan ketika berjumpa dan sebagainya . Mereka seharusnya bersalaman atau memberi salam kepada pihak itu dan bukannya dengan berpelukkan ketika berjumpa dan berpisah .

Konklusinya , kata orang tua nak kata pepatah ‘ Melentur buluh biarlah dari rebungnya terdahulu ’ .Ibu  bapa harus mendidik dan memberi  perhatian terhadap tingkah laku anak-anak mereka . Hal ini demikian , supaya kemelut remaja dapat dikurangkan .                                                                                   

Penulis : Than Vee Vien
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 04:11 PM | Show all posts
Reply 1# 88karangan


   macam tak cukup perkataan je
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 04:22 PM | Show all posts
Setelah mereka sudah lama mencuba dan tidak seronok lagi , mereka akan menghisap batang rokok , minum arak dan sebagainya untuk memaksimumkan kepuasan mereka .


lain macam je perkataan ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.179231 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list