CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9721|Reply: 5

Pelik, kucing2 aku mati dan cacat secara tiba tiba

[Copy link]
Post time 27-7-2012 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Aku ada seekor Ibu kucing berumur 4 atau 5 tahun. Dia mengandung, lepas Ibu kucing tu melahirkan 3 ekor anak, kesemua kucing2 tu sihat macam kucing normal dan duduk dalam satu kotak. Tapi lepas seminggu kemudian, kucing2 termasuk ibunya sekali dipindahkan ke dalam bilik kakak aku.

Antara sebab2 dia dipindahkan kerana ada dua ekor kucing jantan yg liar selalu ceroboh masuk dalam rumah aku, lepas tu pandang2 anak2 kucing tu macam nak makan, tapi tak buat apa2.

Selepas 2 minggu kemudian, aku dapati sekor anak kucing mati, leher tengkuk berdarah, selang beberapa hari kemudian lagi mengerikan, ibu kucing tu menjinjing bangkai  anak kucing yg kedua dalam bilik aku. Aku dapati bangkai anak kucing tu tulang rusuk patah, terkelepak badan,. Kepala patah.

Selang beberapa hari kemudian, tiba anak kucing terakhir aku, tiba2 kucing tu jadi lumpuh kedua2 kaki belakang. Sejak daripada tu, aku terasa pelik sangat. Antara sebabnya:

~ kalau kucing jantan yg makan, macam mana kucing tu boleh masuk dalam bilik kakak aku sedangkan bilik tu ditutup rapat dan dikawal rapi? Melalui tingkap, aku rasa tak mungkin sebab bilik kakak aku tu berada kat tingkat 2 rumah teres. Lagi pun, kalau kucing jantan yg makan mesti badan anak kucing tu turut hilang sekali.

~ kucing2 tu macam dibunuh oleh seseorang, sebab banyak mayat kucing2 tu patah dan bukan berupa cakaran kuku atau gigitan.. Bila dipikir logik lagi, macam mana kucing jantan boleh melumpuhkan kedua dua kaki belakang anak kucing terakhir aku masa kucing tu berumur 3 minggu?

~ kakak aku yg bunuh?? Dia seorang yg penyayang. Malah masa kucing yg dia bela sebelum ni mati kena langgar pun dia org pertama yg menangis.

~ mak bapak aku? Pun macam tak logik, sebab mereka yg ajar aku supaya jangan menyeksa kucing... Tapi dia selalu merungut selalu kena cuci najis dan dalam 6-7 ekor kucing dia buang pastu tipu aku kata kucing tu hilang padahal aku ada bukti dia memang buang??

~ angkara jin iblis? Setahu aku rumah aku dah dipagar 6 tahun yg lalu. Tak taulah Pulak kot2 pagar tu dah 'rosak'

Boleh tak sesiapa tolong aku apa aku harus buat? Aku tak nak perkara macam ni berlaku lagi !! Sebab keadaan kucing aku yg lumpuh yg kini dah berusia 3 bulan amat menyedihkan. Dia tak dapat nak bersihkan bulunya lepas buang air besar dan kecik. Badan dia kotor, kalau berjalan dia akan seret sekali najis2 dia bersama.

Tolong sesiapa jangan cakap aku mereka cipta cerita ni, demi Allah apa yg aku ceritakan ni memang kisah benar yg berlaku kat rumah aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2012 11:42 PM | Show all posts
sbb takde org reply..
aku fikir, mungkin induk kucing tu mmg dah ada virus. tu yg terkena kat anak2 dia..
selalunya ibu kucing akan mkn anak dia yg takde harapan nak hidup.
tp skrg ni ada jugek kucing moden yg angkut baby dia yg dah mati tu, bwk depan pintu rumah, nak suruh tuan dia tolong tanam.

ttg kucing yg cacat tu, mmg ada sejenis virus kucing.. mcm saraf dia sakit.. menyebabkan dia tak dpt jalan dgn sempurna. selalunya penyakit mcm ni, mmg dari keturunan induk dia. kdg2 kena masa kecik2.. kdg2 dah umur lebih 6 bulan..
mmg dia akan mkn mcm biasa, minum.. tp lama kelamaan, saraf dia akan lemah.. dia tak boleh telan makanan atau air pun.
cuma matanya saja yg kita nampak mcm aktif.. mcm nak ada harapan bulih sembuh.. tp lama2 nanti, dah takde shining.. semua anak mata nampak mcm hitam..
bersabar je laa jaga dia ya.. rajin2 lapkan, bersihkan body dia... buat rutin ler.. golek-golek kan dia ke kiri & kanan sbb dia tak boleh gerak sendiri.. bg minum susu atau wet food AD tu... boleh bg dia tenaga.. tp, redha aje klu Allah nak ambik dia semula.

kucing mmg dtg & pergi.. Allah pinjamkan pd kita kejap aje.. jgn sedih2 ya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 01:29 PM | Show all posts
aku agak bapa kucing tu menyelinap masuk dr satu runag yg korang tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2012 08:40 AM | Show all posts
rina no comment laa..kene tunggu otai2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2012 04:27 PM | Show all posts
tak tau nak komen pape,
tapi aku doakan kucing2 tu cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2012 11:15 AM | Show all posts
mungkin anak2 kucing tu secara genetiknya ada masaalah yg menyebabkan kecacatan...just like humans - a few have deformation due to genetic disorder...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.071641 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list