View: 2506|Reply: 8
|
[Jenayah]
4 warga asing miliki bom tangan, pistol ditahan
[Copy link]
|
|
Mohmad (dua, kanan) bersama Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh menunjukkan senjata api yang dirampas.
KUALA LUMPUR - Polis menahan empat warga asing yang dipercayai terlibat kumpulan kongsi gelap di sebuah unit kondominium di Salak Selatan, Isnin lalu.
Semua suspek ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis menemui 1,941 biji pil ekstasi dan dadah jenis ketamin serta pelbagai jenis senjata tajam dan sebiji bom tangan ketika serbuan di kediaman berkenaan pada jam 4.30 petang.
"Ketika serbuan empat suspek terdiri daripada dua lelaki warga Singapura, seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun itu sedang tidur," katanya.
Menurutnya, keempat-empat suspek terbabit dipercayai menyewa di kondominium berkenaan sejak awal tahun ini.
"olis turut merampas sepucuk pistol jenis Colt Magnum berserta 59 butir peluru hidup pelbagai jenis, beberapa peralatan komputer, telefon bimbit dan dua buah kenderaan jenis Chevrolet Optra dan Volvo S80 dipercayai milik warga asing terbabit," katanya.
Menurutnya, semua jenis dadah yang dirampas bernilai RM100,000. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti individu berkenaan terlibat dengan kes jenayah lain.
P/s : Ganazzz nye
|
|
|
|
|
|
|
|
aiiiit..... org singapork pun mai buat taik kat sini.... x caya aku, depa kan 1st class citizen.... |
|
|
|
|
|
|
|
jofizo posted on 16-8-2012 11:51 AM
aiiiit..... org singapork pun mai buat taik kat sini.... x caya aku, depa kan 1st class citizen.... ...
hahahahaha..
|
|
|
|
|
|
|
|
sapa tah yg kata hr 2 mesia ni selamat... |
|
|
|
|
|
|
|
hurm..yg suka wat hal kat sini semuanya warga asing...(singapore pun kira warga asing gak la) |
|
|
|
|
|
|
|
seratus_sukan posted on 16-8-2012 12:04 PM
sapa tah yg kata hr 2 mesia ni selamat...
selamat apa? selamat buat penyangak?
|
|
|
|
|
|
|
|
jejai posted on 16-8-2012 12:08 PM
selamat apa? selamat buat penyangak?
selamat hari raya kot...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa sgtlah malaysia ni sampai singapore + pprt PRC dtg buat jenayah sini.
Awal minggu ni perampok boleh cakap melayu dari colombia ke hapa kene cekup
|
|
|
|
|
|
|
|
jofizo posted on 16-8-2012 11:51 AM
aiiiit..... org singapork pun mai buat taik kat sini.... x caya aku, depa kan 1st class citizen.... ...
kat singapur depa tak ada peluang nak buat ekstasi...maklum ruang sempit....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|