View: 6623|Reply: 2
|
Perbandingan iPad 2 (Apple) dan Galaxy Tab 7.7 (Samsung)
[Copy link]
|
|
Perbandingan iPad 2 (Apple) dan Galaxy Tab 7.7 (Samsung)
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera Semua,
Dunia teknologi sekarang semakin lama semakin tak terkejar. Kalau hari ini kita mula mengumpul modal untuk gadget impian, cukup duit yang disimpan muncul pula gadget terkini yang makin canggih. Gadget impian kita dah jadi lapuk.
Tapi, tidak semestinya kita tidak memiliki teknologi kita ketinggalan. Banyak maklumat yang dikongsikan oleh pengguna tegar teknologi di alam maya ini (internet). Tidak juga, pemilik teknologi memberi pendapat yang betul, kadang-kala pengkaji-pengkaji gadget lebih mengetahui dari pengguna.
Lagi satu, setiap teknologi gadget bukanlah memenuhi semua keperluan dan keinginan pengguna. Penggunalah yang haru bijak memilih mengikut apa yang diinginkan.
Entry kali ini, saya ingin kongsikan perbandingan iPad 2 dari syarikat Apple dengan Samsung Galaxy Tab 7.7 yang menjadi sebutan penggemar gadget Malaysia. Perbandingan hanyalah berdasarkan Skrin, Kuasa dan Perisian. Kenapa saya memilih dua gadget ini? Layan dulu video youtube dibawah.
1. Skrin (iPad 2 (Apple) vs Galaxy Tab 7.7 (Samsung)Apple iPad 2 dilengkapi dengan 9,7-inci LED-backlit TFTtouchscreen IPS yang beroperasi pada resolusi 768x1024 piksel. Bagi saya, iPad 2 cukup selesa secara keseluruhannya berbanding Samsung Galaxy Tab 7.7 berdasarkan pengalaman menggunakan kedua-dua gadget ini.
Tetapi dari sudut teknikalnya, Samsung Galaxy Tab 7.7 lebih mendahului kerana dilengkapi Skrin Super AMOLED 7.7 inci yang beroperasi pada resolusi 800x1280. Iaitu sekiranya diletakkan sebelah menyebelah warna skrin Samsung Galaxy Tab 7.7 lebih terang berbanding iPad 2.
So, Skrin Samsung Galaxy Tab 7.7 lebih terbaik secara teknikalnya.
iPad 2 VS Galaxy Tab 7.7
2. Kuasa iPad 2 (Apple) vs Galaxy Tab 7.7 (Samsung)Apple iPad 2 dilengkapi dengan ARM 1GHz Cortex-A9 dan Samsung Galaxy Tab 7.7 Cortex 1.4GHz A9, yang memberi sedikit kelebihan kepada produk Samsung.
Samsung Galaxy Tab 7.7'Mali-400MP sekali lagi memberikan kelebihan berbanding SGX543MP2PowerVR 2 iPad sama seperti memori (RAM) yang dipasang pada kedua-dua tablet iaitu Galaxy Tab 1GB RAM berbanding iPad 2 hanya dilengkapi dengan 512 RAM.
iPad 2 VS Galaxy Tab 7.7
Kesimpulannya, Samsung Galaxy Tab 7.7 lebih berkuasa.
3. Perisian (iPad 2 (Apple) vs Galaxy Tab 7.7 (Samsung)IPad 2 yang menggunakan platform IOS Apple memang dah sedia maklum kelancaran dan sangat user-friendly. Sekiranya ditanya kepada pengguna Apple, OS ini tak pernah mengecewakan mereka. Memang aplikasi ini hanya dicipta untuk Apple dan ia dah menjadi trademark.
iPad 2 VS Galaxy Tab 7.7
TabGalaxy Samsung 7,7 beroperasi pada 3.2 versi (Honeycomb) platform AndroidGoogle, yang telah direka dengan tablet yang kukuh dan banyak kelajuan baru dan tambahan keselamatan, rawatan semuladireka aplikasi teras dan pelbagai besar peningkatan UI. Walaupun pengemaskinian telah dibuat pada aplikasi Android 3.2 (Honeycomb) ia masih belum dapat menandingi IOS yang digunakan pada produk-produk Apple.
Tak percaya? boleh cuba guna produk-produk Apple, sangat lancar dan smooth. So, dari sudut perisian iPad 2 lebih terbaik.
Kesimpulan keseluruhannya, bagi banyak duit beli Apple iPad 2 kerana applikasi-applikasinya yang menarik banyak memerlukan duit. Bagi yang kurang modal, beli gadget Android sebab banyak applikasi free kerana ia adalah open sources.
Perbandingan ini adalah berdasarkan pencarian dan penyelidikan serta pertanyaan kepada pengguna kedua-dua produk terbaik ini.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
beli yang orang ramai guna...kerana support akan menjadi lebih murah dan begitu juga aplikasinya... |
|
|
|
|
|
|
|
7.7 TAB END OF LIFE
ONLY OLD STOCK AVAILABLE IN MARKET
VERY POWDERFUL DEVICE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|