Angin petang mulai menyapa lekuk pipi. Aku membetulkan letaktudungku dan aku pegang hujung tudungku yang terbuai. Bibirku tidak henti-hentimenyapa senyuman manis. Sawah padi yang terbentang luas benar-benar mendamaikanjiwa.
Jariku yang masihkosong aku pandang. Suatu hari nanti, pasti terisi dengan sebentuk cincin!Pasti!
Mataku terpejamseketika. Membiarkan masalah demi masalah yang membelenggu fikiranku lenyapseketika. Betapa indahnya bumi ciptaan Yang Esa. Bisa menenangkan jiwa yang melihat.
Dan saat itu, sebuahPorshe Cayenne hitam metalik mengambil tempat di sebelah keretaku. Dahikuberkerut. Mataku jatuh pada nombor plat kereta itu. Tidak aku kenal.
Seorang lelaki yangmemakai t-shirt Ralph Lauren Classic Polo berwarna putih dan jeans hitam.Langkahnya diatur mendekatiku. Mata bundar itu redup memandangku. Sesekali diamenyelak helaian rambutnya yang terjuntai di dahi.
Tubuh dirangkulnya.Mataku membulat. Aku cuba merungkaikan pelukan dan aku berjaya. Gila! Nafaskutidak teratur. Wajahku merah padam.
“Gila!” Jeritku.
Lelaki itu hanyaketawa kecil.
“Sayang, sayang.Sejak bila abang tak boleh peluk sayang?”
“Saya tak kenal siapa encik. Tiba-tiba encik datang peluk saya. Jangan cuba sentuh saya!” Akumemberi amaran keras.
Aku membuka langkah dan menuju ke arah Kelisabiru milikku. Saat aku membuka pintu kereta, tangannya menghalang. Akumemalingkan wajah.
“Sayang, sayang.Kenapa sayang buat tak kenal abang? Selama nikan kalau abang sentuh sayang,sayang tak pernah marah.”
“Saya tak ada masanak layan encik. Dan saya tak pernah izinkan mana-mana lelaki menyentuh sayatermasuk encik!” Bentakku tanda tidak puas hati.
“Wafi Yasmina,cukuplah! Aku tak larat nak dengar. Jangan berpura-pura tak kenal aku. Kau cumaperempuan simpanan aku!”
Rahangku jatuh.Siapakah lelaki ini sebenarnya? Dan kenapa dia mengatakan aku perempuansimpanannya?
Last edited by surianovember on 12-11-2012 06:39 PM
|