CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8812|Reply: 14

CERPEN : Dosa & Nyawa (U)

[Copy link]
Post time 5-12-2012 03:38 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum pembuka bicara..
harap pembaca sudi singgah membaca..
Dosa & Nyawa tajuk cerpen ku cipta..
Banyak kekurangan dari aku yang baru berpena..


cerita kisah kehidupan kini
kisah meayu hilang jati diri
mungkin kisah ini sudah banyak di TV
ku mohon bacaan penuh motivasi..


sigadis tunduk pada hawa dan nafsu
tiada kudrat tiada pula semangat
melawan godaan pujuk dan rayu
akhirnya dara dapat di pahat


marilah terus dengan kisahnya
bagai mana gadis melawan dunia
perjuangkan hidup dan nyawa
adakah tersungkur atau berjaya?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2012 03:41 PM | Show all posts
PART 1




Sms.

Hairi       : boleh la u..kejap je kita keluar malam ni
Seri        : ala.. nak pegi mana?
Hairi       : saje bawak u jalan-jalan
Seri        : malas la nak cakap dengan along
Hairi       : alaaa please la rindu sangat kat u
Seri        : yelah..u datang jam 8

“along…seri keluar kejap”
“pegi mana?”
“jalan-jalan kejap dengan hairi”
“esok siang tak boleh ke?”
“erm..esok dia out station seminggu..”
“hurm..cepat balik..”
“thanks.. bye…” seri meninggalkan rumah alongnya menuju ke bustop untuk menunggu Hairi.

1jam kemudian

“U, dah makan ni..kita nak pegi mana” Tanya seri seraya memasuki kedalam perut kereta milik Hairi.
“I bawak u ronda-ronda sebelum balik, k?” hairi membalas dengan senyuman.  Seri mengangguk perlahan.

“eh u..kenapa berhenti kat sini?”
“ala..kita borak-borak la dulu..lagi pun hujankan, I malas nak bawak time hujan lebat..”
“nanti along tunggu pula”
“alaaaa mesti dia paham la..lebat hujan ni..kita duk je dalam kereta”
“haih… erm…perlahankan aircond.. I sejuk”
“sejuk sangat ke? Meh tangan..eh yelah..sejuk…”
“er.. u.. jangan la usap-usap..eerrr”
“alaa.. its ok.. juz nak hangatkan u..”
“er… u… jangan la pegang-pegang..apa ni..
“sayang…kita berdua je..”
“tapi.. I tak nak la macam ni..”
“please.. u tak sayang I ke?
“memang la sayang..tapi.. tak payah la macam ni..”
“I janji… tak sakit sayang “
“this not about sakit.. ini pasal benda tak elok..”
“I sayang u.. please..”
“u..dont..”
“shhhh…..”
“please..doonntt..”
“juz wanna show u ..my love..umphh..”
“u…………….”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“jam berapa kau balik malam tadi? Lewat?”
“sampai rumah jam 2 pagi.. malam tadikan hujan lebat..kitorang duk dulu kat kedai makan..hairi tak berani nak bawa kereta time hujan..”
“oo… “

Seri meninggalkan abangnya di meja makan. Dia kebilik  untuk mengemaskan biliknya yang dah hampir seminggu tidak berkemas.. dia perlu segera, kerana ingin berjumpa dengan rakannya kak melor.  Seorang kakak yang dikenali di laman sesawang, tetapi sungguh baik dan manis.. seperti namanya..MELOR.

“hey..seri.. kenapa termenung ni?”
“eh tak de apa kak..”
“betul ni?ke ada masalah”
“tak de pun..”
“apa besar sangat merah kat pangkal lengan seri tu?”
“err…pelesit kak.. pelesit” matanya di kecilkan.. terasa menyesal memakai baju putih berlengan pendek ni. Tak pasal-pasal kak melor dah ternampak…
“pelesit?! Ya allah.. abes? Pegi berubat ke?”
“ish akak ni..tak perlu la sampai berubat..hahahaha”gelak manis melihat keletah sahabatnya, dalam hati.. Allah saje yang tahu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sms.

Hairi       : sayang..buat apa tu?
Seri        : tengok kalender
Hairi       : aik.. ada vacation ke?
Seri        : taklah..i  kira tarikh subur
Hairi       : kenapa?
Seri        : u, I tak period dah 2bulan
Hairi       : so?
Seri        : I takut pregnant..
Hairi       : mengarutlah u..
Seri        : serius ni u..
Hairi       : tak kan boleh mengandung…bukan I lepaskan dia kat dalam rahim u..
Seri        : harap-harap macam tu..
Hairi       : juz lewat je kot.. atau terkejut..hahahahahha

Seri hanya mampu membaca tanpa riak.. tak de mood dia nak tersenyum atau apa.. sebab dalam hatinya, hanya penuh dengan kerisauan.

“ seri.. akak tengok seri ni asyik makan panadol je.. tak pergi jumpa doktor ke? Cuba la pegi check, mana tahu ada hal lain ke?” tegur kakak iparnya.
“tak lah kak, ni sebab cuaca kot, sekarang ni kan hujan, panas, tak menentu” dia memberi alasan. Dia tak tahu apa jawapan terbaik selain dari tu. “aku kena beli alat uji kehamilan esok.. aku kena beli.. aku kena beli..” tekadnya dalam hati.

Dada seri berdebar.. dia telah mencuri-curi bawa masuk urine dia kedalam bilik. Dadanya berdebar untuk memasuk kan alat menguji kedalam urinenya.  Perlahan-lahan dia membiarkan alat ujian itu meresap pada alat ujian.. satu garis… dia menarik nafas.. tiba-tiba jantung dia bagai gugur kebumi secara perlahan dan kabur garis kedua timbul di permukaan menandakan positif pada kehamilan.  Dia terjelepuk ditepi dinding. Tangannya bergetar, matanya berair. “Ya Allah aku mengandung.. apa aku nak buat ni?” air matanya mengalir laju, dia teringat hairi.. ya hairi.. dialah bapak pada bayi ni.. tangan dia terus mencapai telefon.

“hello..u..”
“hi darling, kenapa ni?”
“u..i..i..mengandung..”
“what? U jangan la nak gurau-gurau dengan i..”
“tak u, serius. I tak tipu u”
“macam mana pulak boleh mengandung?”
“manalah I tahu ! u yang buat semua ni..! I dah kata jangan..!”
“I tak rasa itu anak i..”
“U..!”
“yelah, I tak lepaskan kat dalam ok..”
“habis anak siapa? Hanya u yang sentuh i..!”
“mana I tahu, u buat dengan jantan mana, u nak kata I pulak..”
“u.. sampai hati u cakap macam tu. Tak de lelaki lain sentuh I melainkan u..!”
“eeeeaaa..! dahlah, aku malas nak cakap dengan kau lagi..! aku nak bawak kereta pegi out station..! jangan kau cari-cari aku paham!”
“U..!”
PAP… talian diputuskan.
“sampai hati u hairi, anak ni anak u..tak de lelaki lain yang sentuh I melainkan u..u yang buat semua ni..sampai hati u hairi…sampi hati u…” merintih seri mengenangkan nasibnya. Dia tak tahu dengan siapa harus dia mengadu. Dia mati kutu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“seri, kawan kau datang ni..!” laung kakak iparnya..
Dia dengar pintunya di ketuk, dia bangun dan membuka pintu. Terlihat dia wajah kak Melor.

“seri, akak dengar kau tak sihat, kenapa ni? Demam ke?”
“tak lah kak..”
“habis tu, kenapa tak keluar makan? Kakak ipar kau tu risau, tahu tak?”
“ntah lah kak..”
“seri.. ada masalahkan? Ceritalah dengan akak” melor memeluk seri.  Seri teresak-esak menangis
“akak…”
“akak… seri mengandung”
“Astagfirullahalazim..”
“janji kak..tolong jangan bagi tahu sesiapa.. tolong ya kak..” rayu seri.
“bila kau tahu kau mengandung ni Seri?”
“3hari lepas, guna pregnant test”
“habis tu, macam mana ni? Kau dah pegi klinik buat pemeriksaan?”
“tak kak.. belum”
“subhanallah…cepat-cepat siap seri..akak bawa kau pegi klinik sekarang. Akak tunggu kat luar, cepat tau. Kena pegi check. Pastikan betul-betul”
Seri mengangguk.  Melor meninggalkan seri.

Diruang tamu…

“Kak siti.. melor bawa seri jalan-jalan ea?”
“ha, ok.. dia pun tak keluar dah berapa hari tu.. kenapa dia tu? Merajuk ? ada masalah dengan pakwe dia?”
“hehehehe..biasalah tu kak.. “ melor berbohong.  “Apa-apa aje lah.. asal dia tak syak apa-apa” getus hati Melor.

Buletin 1.30

“Satu kemalangan telah berlaku di lebuh raya utara selatan berdekatan dengan tol Sungai Besi.  Sebuah kereta Toyota  telah merempuh pembahagi tol menyebabkan seorang lelaki bernama Mohd Hairi bin Yusuf terbunuh di tempat kejadian dan seorang penjaga tol cedera ringan. Punca kejadian masih dalam sisatan polis …………”

“Ya Allah.. Kak Siti…” mulut Melor melopong.  Kak Siti hanya mampu terpaku.
“TTTIIIDAAAAAAAKKKKK…!!!!!!!!!!!  TTTTTAAAKK….. MMMUUSSSTAAAHILLLLL…!!!!! Seri menjerit bagai dirasuk. Dia menghentak-hentak perutnya.
“Seri…sabar sayang..sabar dik..” melor memeluk seri..
“Kak..mustahil kak... dia tak mati kak..”
“sabar dik... “
“SERI..!” Melor dan Kak Siti menjerit serentak
Kak Siti yang dari tadi terpaku mendapatkan seri yang terjelepuk dilantai..
“Kak Siti, kita bawa Seri ke klinik kak.  Tolong saya bawa dia masuk kereta kak..” pinta Melor

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“doktor.. macam mana dengan adik saya?”
Doktor tersenyum “ jangan risau puan, tak de apa-apa yang serius.  Tapi, tahniah. Adik puan mengandung 2 bulan”
“mengandung?”
“ya, 2 bulan” doktor tersenyum lagi.
Melor tepuk dahi “Ya Allah kenapa aku lupa pasal ni” melor menepuk dahinya.
“er.. kak siti.. jom bawak seri balik. Terima Kasih ya doktor” Melor terus memotong percakapan antara Kak Siti dan doktor.  Kak Siti nampak terkebil.  Melor terus mendapatkan Seri “maafkan akak seri” bisik Melor.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kak Siti, jangan marahkan Seri”
“Bila Melor tahu?”
“Baru juga kak, tadi dalam bilik dia bagi tahu”
“Macam mana nak bagi tahu pada abang?”
“Hurm.. akak cakap baik-baik.  Kita jangan marah-marah dia.  Nanti takut dia tekanan perasaan.”
“siapa bapa bayi tu?”
“Melor rasa hairi kot..errr.. Arwah Hairi”
“Patut la dia macam ni.. huh!”
Melor hanya memejamkan mata pabila mendengar dengusan tak puas hati Kak Siti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Kau cakap dengan aku.. siapa yang ngandungkan kau ha??!! Kau cakap..!!!” Jerkah Pak Said
“Kenapa kau buat macam ni nak? Kau tak fikir ke mak dengan ayah kau?” sedu Mak Senah.
“SIIAAAPAA???!!!” jarkah Pak Said sekali lagi.
“H...hhaa...haiiirii, ayah” jawab Seri takut-takut berselangseli dengan tangisan.
“Kau kenal long budak laki ni?” tanya Pak Said pada anak sulongnya.
“Kenal ayah..”
“Esok kita jumpa dia dan kelurga dia”
Along terkesima “tapi ayah, Hairi dah meninggal. Minggu lepas ayah, kemalangan”
Pak Said memejamkan matanya. Perit dan pedih dia rasa. Kenapa ini yang mesti dia tempuh?  Kenapa ini yang anak kesayangan dia beri?  Kenapa ini?  Mana dia nak tunjukkan muka pada orang kampung?

Seri berlari menuju kearah biliknya sambil menangis.  Tidak tersanggup dia hendak melihat wajah mak dan ayahnya yang kecewa.  Tak sanggup dia nak melihat muka abangnya.  Dia sendiri kecewa dengan diri sendiri.  Macam mana begitu mudah dia boleh lemah di tangan hairi malam tu?  Kenapa dia tidak bertegas malam tu? Kenapa dia tidak memikirkan azab yang bakal di terima? Kenapa? Kenapa? Seri menghentak-hentakkan kepalanya didinding berkali-kali, sehingga mengejutkan semua yang ada.

“Seri..! berhenti nak” jerit emaknya dengan linangan airmata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Ayah, along balik KL dulu ya, esok along kerja.  Siti pun tak dapat cuti.  Seri, biarlah dia di sini dulu..” Along menghulurkan salam pada emak dan ayahnya, dituruti Siti.
“baik-baik jalan Along” sambut emaknya
Along hanya mengangguk.
Kereta Along meluncur laju meninggalkan perkarangan perumahan ibu dan bapaknya, tak sanggup dia nak berlama dikampung. Sedangkan tadi sahaja pun, sudah ada yang memandang-mandang, mungkin ada yang pasang telinga masa ahli keluarganya berbincang.  Tak dinafikan tadi sedikit waktu keadaan tidak terkawal kerana kejutan berita yang disampaikan.  Mungkin ada yang mencuri-curi dengar atau terdengar.
”bang..” siti memanggil perlahan
“Kenapa siti?” mata Along masih tertumpu pada jalan dihadapannya
“tak kan nak biarkan Seri tinggal dengan kita? Kalau jiran tahu malu la kita.  Tu, kalau kawan-kawan kat sekolah saya tu tahu, mana saya nak letak muka?”
“habis awak nak suruh saya buat apa? Saya tengah kusut ni, awak paham?”
“tak pe, sampai je rumah nanti saya akan kemaskan barang-barang Seri, kita suruh dia sewa tempat lain.  Saya tak nak malu disebabkan dia kalau jiran keliling tahu.  Saya tak nak sampai cikgu-cikgu di sekolah saya tahu hal ni”
“apa-apa je lah.. pening!”
Siti tersenyum puas.  Cadangannya tidak disangkal suaminya.  Dia tak mahu membela perempuan yang mengandung anak luar nikah tu.  Tak sanggup dia nak tambah bala dari yang sedia ada.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seri memerapkan dirinya dalam bilik, tidak ada perasaan dia nak keluar keruang tamu.  Lebih dia rela duduk dibawah selimut mengenangkan nasib dia.
“bang, apa kita nak buat ni bang?” keluh Mak Senah
“abang pun tak tahulah nah, abang mati kutu, malu abang”
“siang tadi nah pegi kedai  bang, nah tengok orang pandang-pandang nah.  Nah rasa ada dah yang menyampai”
“ya Allah, malunya aku. Sebab tu abang dah seminggu tak pegi surau dan masjid”

Seri mendengar perbualan emak dan ayahnya.  “Ya Allah seri.. apa yang kau dah buat ni? Kenapa aku malukan mak dengan ayah? Kesian mak dengan ayah, diorang nak pegi ibadah pun tak boleh, semua sebab aku! Semua sebab aku! Aku yang bersalah.. kesian mak ayah.. aku kena balik KL esok. Aku tak nak malukan mak dengan ayah. Diorang patut aman damai disini. Aku buat onar bukan dibawah jagaan mereka.  Tapi kenapa mereka pula yang menanggungnya?” keluh hati Seri.

“assalamualaikum… assalamualaikum Pak Said” satu suara kedengaran dari luar rumah.
Pak Said dan Mak Senah berpandangan

“waalaikumussalam” jawab Pak Said dari dalam rumah seraya membuka pintu. “Pak imam, sila masuk pak Imam”.  Mak Senah berlari-lari anak mencapai kerudung yang tersangkut di bangku.
“jemput duduk pak imam”
“terima kasih Said”
“erm.. apa hajat pak imam”
“Said, maaaf la, aku datang tanpa minta izin kamu.  Secara tiba-tiba pula tu.  Harap kamu tak kisah dengan kedatangan aku”
“Eh, tak jadi masalah Pak Imam”
Mak Senah bangun menuju ke dapur untuk menghidangkan tetamunya air minuman.
“Betul ke Said, apa yang aku dengar pasal anak kau Seri?”
“huh, pak imam pun dah tahu rupanya” Pak said menundukkan mukanya.
“ya, semua orang kat taman kita dah tahu Said”
“mana saya nak letak muka Pak imam?”
“sebab ini ke, yang kamu pun dah seminggu tak ke surau atau masjid?”
Pak Said mengangguk lemah.  Pak Imam hanya menggelengkan kepala.
“kenapa kau tak pergi jumpa keluarga lelaki tu Said?”
“lelaki tu baru je mininggal dunia akibat kemalangan pak imam”
“Astaghfirullahalazim…”
“Malu saya pak imam.. nak ikutkan, nak saja saya cekik-cekik dia!” berkata Pak Said sambil menjegilkan matanya.
“Astaghfirullah, bawa mengucap Said. Apa kau cakap kan ni?”
“saya dah tak tahu apa nak buat pak imam.  Bukan ini yang saya didik dia”
Mak Senah menatang dulang berisi dua cawan kopi dan biskut.
“Said, kau kena tahu, ini memang adalah satu kesilapan besar yang telah dia buat. Berdosa.  Tetapi sebagai ibu-bapa, kalau kita tidak mengambil berat dan kembali membimbing dia kejalan yang benar, sehingga dia buat perkara yang bukan-bukan seperti bunuh diri, buang anak atau menggugurkan anak, ketahuilah pada masa itu, kita juga adalah berdosa.  Kenapa kita perlu melepaskan tangan dia tatkala dia memerlukan kita untuk menunjukkan jalan yang benar, kenapa? Kau malu dengan orang sekeliling ke? kau tak malu pada Allah sekiranya Seri ambil keputusan bunuh diri? Kau tak malu pada Allah kalau seri gugurkan anak? Kau tak malu pada Allah kalau seri buang anak yang tak berdosa?”

Mak Senah mengusap-usap belakang badan Pak Said. Tahu benar dia yang Pak Said dalam kekecewaan.

“Said, Senah.. jangan kau abaikan dia dan anak dalam kandungan dia.  Ya betul sumber dan cara dia salah.  Tapi jangan kita pula yang jadi punca dia terus hilang arah atau terkeluar dari landas islam.”

Pak Said dan Mak Senah hanya mengangguk faham.  Baru dia tersedar.  Benda ni tak pernah terlintas difikiran dia, yang hanya dia tahu, dia malu pada manusia sejagat, tapi tak terfikir pulak dia akan malu pada Allah, sekiranya dia biarkan Seri terus hanyut dan lari dari landasan agama.  Tak terfikir selama ini.

“Alhamdulillah” terdetik dalam hati Pak Said.  Bersyukur dia dengan kedatangan pak imam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Last edited by hest on 5-12-2012 03:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2012 03:45 PM | Show all posts
PART  2






“Mak, ayah.. Seri nak balik KL, tempat kerja dah panggil Seri kerja.”
Mak Senah memandang sayu.  Pak Said hanya menagguk.
Seri menghulurkan salam pada emak dan ayahnya. “maafkan Seri mak, ayah. Seri dah buatkan mak ayah rasa malu” kata Seri dengn linangan air mata. Mak Senah memeluk Seri erat
“Seri, kau jangan buat apa-apa yang bodoh.  Ingat Allah faham?” tegas Pak Said.
Seri hanya mengangguk “ Mak, Seri pergi sendiri kat bus stop, mak tak payah hantar ya?”
Mak Senah mengangguk dan memeluk Seri lagi sekali dengan erat dengan linangan air mata.  Terlihat Seri mata ayahnya juga berkaca.  Perlahan kaki Seri melangkah meninggalkan perkarangan rumah menuju ke hentian bas yang terletak 800meter dari rumahnya.  Dia sengaja tidak mahu emaknya menghantar ke hentian bas seperti selalu, kerana dia pasti tidak akan berhenti menangis.

“eh.. itulah anak Senah yang berisi tu....” dari kejauhan Seri terdengar sayup.  Di dapat rasakan, ahli mesyuarat tembok para suri rumah di depannya sedang memerhatikannya.

“eeeee..buat malu je..! kalau anak aku la, aku dah bunuh je..! menyusahkan mak bapak..! macam mana senah dengan said jaga anak agaknya?” berdesing telinga Seri.  Hatinya terus membara, sekira dia dicaci dan dihina, dia terima, kerana dia yang melakukan kesalahan, bukan emak dan ayahnya! Dadanya bergetar, berombak menggila, giginya bagai dikancing, tanpa dia sedar kakinya makin melangkah laju, laju menuju kumpulan itu.

“HOI..!! KAU PUN ADA ANAK PEREMPUANKAN? KAU MENGUMPAT MACAM NI, AKU TAK AMPUNKAN DOSA KORANG SEMUA, DAN AKU DOA ANAK KORANG AKAN BUAT BENDA YANG SAMA!! DAN MASA TU BARU KORANG TAHU APA RASA SEBAGAI MAK BAPAK NAK TERIMA PANDANGAN ORANG BERMULUT LONGKANG MACAM KORANG..!! BODOH..! SIAL..! “ Seri mengamuk sambil menghayunkan begnya menghalau kumpulan mengumpat itu, bertempeliaran mereka semua melarikan diri.  Setelah melepaskan geram, Seri terus melarikan diri ke hentian bas sambil menangis. “mak...ayah... maafkan seri.. kerana dosa Seri.. mak dan ayah menanggung malu ni... maafkan Seri...” jerit hatinya.

“hello, assalamualaikum. Kak Melor, boleh tolong ambil Seri kat BTS tak? Dalam  jam 6, baru sampai. Terima kasih kak.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

”Seri sihat? “
“Sihat Kak Melor.  Terima kasih banyak bantu Melor, bagi semangat”
“tak pe dik, itu je yang akak mampu buat.”
“seri dah malukan semua orang kak.  Seri dah menyusahkan semua orang kak..”
“jadi kan ini sebagai tauladan Seri”
Seri hanya mendiamkan diri dan melemparkan pandangannya keluar tingkap.

“terima kasih Kak Melor sudi hantar Seri”
“sama-sama… eh, biar akak teman Seri sampai atas”
“eh tak pe kak, cukup la sampai sini je”
“tak pe, akak pun nak jumpa Kak Siti”
“erm, baiklah”
Mereka beriringan menuju ke lif.

“Assalamualaikum, Kak Siti.. Seri ni” Seri mengetuk-ngetuk pintu rumah abangnya.
“Seri, sekejap ya. Seri masuk dulu, pejabat akak call pula ni. Kejap lagi akak datang” Melor menjawab telifon seraya menghayunkan kaki ke hujung bangunan selang 2 biji rumah dari rumah abang Seri.

“waalaikumussalam..” jawab Kak Siti dari dalam rumah, lalu pintu dibuka.  Seri menghulurkan salam, disambut dingin Kak Siti.  Seri hanya mendiamkan diri.
“Bang, ni ha, Seri dah sampai..” laung Kak Siti sambil menuju ke dapur.
Alongnya keluar dari bilik, memandang Seri tak berkelip.  Seri menghulurkan tangannya.  Alongnya tidak menyambut. Tetapi terus kebilik ke dua.  Dia keluar dengan beg-beg di tangannya.
“Kau keluar dari rumah aku sekarang, aku tak nak kau duduk sini.  Buat malu aku je. Apa jiran-jiran kata kalau tahu apa kau dah buat.  Macam mana Kak Siti kau nak mengadap muka kawan-kawan dia kat sekolah kalau dapat tahu perangai adik ipar dia macam ni? Aku tak nak tanggung kau. Kau carik pasal, kau tanggung sendiri. Aku tak nak ambik tahu. Pegi kau dari sini..! “ tempelak Along seraya membalingkan beg-beg tu dihadapan muka pintu.  Seri menghamburkan air mata, tak disangkanya benda ini akan berlaku, tapi dia pasrah, semuanya adalah kesilapan dia. Memang dia tak patut berada dalam rumah tu, abang dan kakak iparnya tak perlu tanggung malu seperti mak dan ayah di kampong. Dibalik dinding dapur, Kak Siti tersenyum nipis. Nasib suaminya berpihak pada dia.  Melor yang sedari tadi dengar dari pintu hadapan, terus masuk kerumah dengan kasut tidak dibuka, mengambil semua beg yang dicampakkan, dan menarik tangan Seri yang tidak berganjak dari tadi.

“ Aku akan jaga dia, walau dia bukan adik aku, aku tak tergamak nak tengok dia sengsara.  Bersyukur aku tak de abang macam kau “ Melor menjeling dan berlalu pergi dengan menarik tangan Seri dan beg-begnya. Sampai di kereta ..
“Kak Melor…” Seri menangis teresak-esak sambil memeluk Melor..
“shhh.. dah Seri, kamu tinggal dengan akak je”  melor meleraikan pelukan, dan membuka pintu menyuruh Seri masuk, dan menyimpan semua beg di tampat duduk belakang.

“Ya Allah, ampunkan dosaku, dan dosa mereka-mereka yang menghinaku, lapangkanlah pada sesiapa yang membantu ku” rintih Seri didalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Seri duduk dalam bilik ni ya, memang akak tak guna. Seri jangan malu. Anggap je akak ni macam kakak Seri.  Dalam tu hanya ada tilam toto dengan bantal, maaf lah ye, nanti kita beli tilam yang tebal sikit”
“tak pe kak Melor, itu pun dah patut Seri bersyukur.  Seri minta maaf, buat kak Melor pula yang kesusahan,  Seri tak sangka semua jadi macam ni. melor pelik kak.. arwah hairi kata seri tak kan mengandung.. tapi macam mana seri boleh mengandung?”
“kenapa arwah kata macam tu?”
“huh..! seri yang bodoh, percaya sangat.. dia kata kalau tak lepas kat dalam, tak mengandung.. tapi mengandung jugak” seri menitiskn air mata
“maaf akak tanya ni, lepas dia selesaikan tu, ada ke dia sambung balik?”
Seri  mengangguk.
“hurm, mungkin saki baki sperma yang tak habis keluar masih ada pada dia tu yang bersenyawa bila dia masuk kali ke-2. Silap langkah, ini padahnya.  Sebab tu, Rasulallah pesan, jangan dekati zina.. jangan dekat.. kalau dekat, ini lah jadinya..”
“hina kan Seri kak?”
“ish, jangan kata macam tu dik.. Allah maha pengampun, bertaubatlah dik.. Allah sayangkan kamu lagi..”
“tapi along Seri macam dah buang seri…” teresak….
“Yelah, kita tak tahu pun hati orang ni dik, memang tak boleh jangka pun. Dah  Seri rehat dulu, mandi, solat.. minta Allah permudahkan segalanya. Nanti lepas akak masak nanti, akak panggil Seri ya”
“terima kasih kak, Seri rasa, tak de selera nak makan. Akak tak payah la masak untuk Seri”
“Eh tak boleh macam tu, kena makan sikit. Esok, kita kena pegi klinik kesihatan dekat sini.  Seri kena pergi jumpa diorang untuk check darah, keadaan baby semua. Akak temankan esok. Jangan risau, akak dah minta izin bos untuk cuti esok, jadi boleh teman Seri keklinik.” Melor senyum sambil berlalu meninggalkan Seri berehat didalam biliknya.

“Ya Allah, kau berkatilah Kak Melor. Limpahkan rezki Mu kepadanya, ringankanlah bebannya menjaga aku yang hina ini yaAllah.. Perliharalah kedua ibubapaku, jauhkanlah mereka dari kehinaan manusia, kuatkanlah mereka dalam menempuh dugaan ini.  Ampunilah dosa mereka yaAllah, terutama dosa yang telah aku lakukan, ibu bapaku tidak bersalah yaAllah, mereka telah memberiku didikan agama yang mencukupi, tetapi aku yang tunduk pada nafsu dan godaan syaitan, ampunilah mereka ya Allah…” airmatanya berlinangan di tikar sejadah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“tengok, Seri dapat nombor berapa?”
Seri menghulurkan kertas itu.
“0627, tak jauh lah lagi tu, sekarang 0620”
Seri senyum..”kak, kalau dia Tanya nak jawab apa?”
“jawab je Seri, bagi tahu je kisah betul, nanti kalau tipu, dibuat dia minta maklumat suami, mana pula kita nak cari.  Mana tahu yang sebenarnya, dalam kes macam ni ada prosedur yang lainkan?”
Seri hanya mengangguk.

TING..! 0627

“Seri, nombor Seri tu”
Seri  bangun ke arah sister yang berada di meja hujung. Dadanya berdebar.

“Seri Muliati binti Said?”
“ya puan”
“pertama kali ya datang klinik ni?”
“ya puan”
“berapa bulan ni?”
“erm tak pasti puan, ni baru datang check”
“ok kejap saya checkkan, nanti kita boleh buat pengiraan”
“ok, awak isi dulu butir-butir ni, no yang nak dihubungi ni semua ya”
“baik puan”
“dah berapa bulan tak datang haid?”
“2 bulan puan” jawab seri sambil menulis butiran-butiran yang di kehendaki.
“ok, ni bekas ni, hurm.. masuk kan urine, kalau nak buat urine ni dulu pun boleh, yang tu tinggalkan dulu”
Seri mengangguk lalu meninggalkan dulu borang butiran tu.  Kebetulan memang dia nak membuang, terus dia mengambil urine. Setelah kembali, dia memasukkan urine di tempat yang di sediakan, dan kembali menyambung menulis butiran dalam borang.
“puan, dah siap”
“ok sekejap saya semak”
“eh, ni butir bapa ni?”
Seri hanya membatukan diri.
“tak kan budak ni tak de bapak?”
Seri hanya diam.
Melor sedari tadi hanya memerhati.
Seri perlahan menggelengkan kepala.
“laaa anak haram ke ni?” agak kuat suara sister tu. Sehingga keseluruhan pesakit diklinik berpaling ke arahnya. Seri menundukkan kepala, airmatanya sudah berlinangan.
“bagus la tu anak melayu sekarang, suka-suka kau jelah nak mengangkang.. buat malu mak bapak je. Dah tu tak malu pula tu datang klinik kerajaan nak buat check up. Mana otak kau masa buat, ha? Dah sedap-sedap, kau termengandung baru tahu nak malu?”
Seri terus bangun berlari keluar, tak sanggup dia nak mendengar bebelan sister tersebut. Pedih hatinya. “aku tak layak hidup lagi.. aku tak layak hidup lagi..” bisik hatinya

PANG!

Meja sister diketuk kuat.

“kau dah kenapa?” Tanya sister kepada perempuan didepannya.
“kau siapa? Sisterkan dekat sini? Kerana kerajaan ada pekerja macam kau ni la, yang buatkan kadar bunuh diri meningkat, pengguguran haram meningkat, pembuangan bayi  meningkat. Umur dah tua, otak tak tahu fikir ke? Kalau itu anak kau, apa kau akan buat? benam dia dalam kolam sampai mati? Tak boleh ke kau bagi sikit dia sokongan moral, at least sekarang dia dijalan yang betul datang sini minta  bantuan. Kenapa nak kena hina dia? Dah tu kau tak tahu nak cakap perlahan-perlahan? Kenapa nak kena sampai 1 klinik ni dengar? Kenapa?  Aku tak kan biarkan  benda ni berterusan. Kau dan ketua jabatan kau akan aku bawak ke aduan pengguna kementerian!” melor meninggalkan klinik dengan muka yang merah menahan marah dan kebiadaban sister berkenaan.

Seri..seri.. mana seri?
Seri dah terjelepok ditepi tayar kereta melor sambil menangis tak ingat dunia. Melor lari dapatkan Seri, dia memeluk. “sabar dik..sabar”
“kak..Seri tak nak hidup lagi kak, kalau seri pun dah dihina, apa lagi anak seri ni nanti kak?”
“shhhhh tak nak cakap macam tu dik, dah .. kita masuk kereta ya” Melor memapah Seri kedalam kereta.

Sunyi.

Sesampai dirumah, Seri terus masuk kedalam bilik. Melor hanya memandang sayu. Kesian. Itu yang dirasainya, tak dapat dia bayangkan apa yang ditanggung Seri.

DANG !

Melor berlari kearah bilik Seri.
“seri..seri.. kenapa tu?”
Tiada jawapan.  Melor mengetuk pintu dengan kuat lagi.
“Seri..! Seri..! bukak pintu Seri..! SERI..!”
Melor berlari mendapatkan kunci pendua, tangan dia bergetar nak membuka pintu, DAAAAANNG..! pintu di tolak kuat
“SEEERRRIIII…!!!!” melor melaung kuat seraya memeluk kaki Seri. Seri meronta. Melor mengapai kerusi yang terjatuh menggunakan kakinya, lalu menegakkan kerusi itu dikaki Seri. Dengan tidak semena, tali yang menjerut leher Seri terlucut dari lehernya, dia jatuh terjelepok kebelakang.

PAAAAANNGG…! Melor menyepak pipi Seri tanpa ehsan. Seri terjelepok kembali kelantai.

“KENAPA?? KENAPA INI YANG KAU NAK BUAT HA?? KENAPAAAA??” melor menggoyangkan badan Seri.
“CUKUPLAH DOSA YANG KAU DAH BUAT SERI..! JANGAN KAU NAK BUNUH DIRI..! ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN, KALAU BUNUH DIRI, KAU MATI DALAM MURTAD..! ALLAH TAKKAN AMPUNKAN DOSA KAU SAMPAI BILA-BILA..!  KAU TAK FIKIR KE HA?? KAU NAK SELAMANYA DUDUK DALAM NERAKA? KAU TAKNAK JADI UMMAT NABI? KAU CAKAP DENGAN AKU SERRRII??!!” melor melepaskan pegangannya dari bahu seri. Tak di sangka dia seri sanggup untuk membuat cubaan membunuh diri.  Tak di sangka seri pendek akal seperti itu. Tak disangka seri tega melakukannya. Kenapa seri?

“kak melor.. maafkan seri”
“bukan dengan aku kau patut minta maaf seri, tapi dengan Allah”
“maafkan Seri kak…maafkan seri..” berlinang air mata seri seraya memeluk melor.
“Seri malu kak.. seri tak tahu macam mana nak hadapi hidup ni kak, seri buntu”
“kau malu pada siapa? Manusia? Manusia tak kan pernah berhenti dari mengata..tak kan pernah berhenti dari mencaci..tak kan pernah berhenti dari menghina.. kenapa kau perlu malu pada mereka? Tapi kenapa kau tak malu pada Allah? Sanggup kau nak menentang kuasa Allah? Sanggup kau melawan takdir Allah, Seri?”
“tak kak.. tak.. seri tak berniat macam tu..”
“habis? Apa yang kau buat ni seri? Allah menduga kau dengan jalan ini.. bukan Allah nak menyiksa kau seri, tapi Allah tahu kau mampu hadapinya, kesakitan bersalin adalah kifarah pada dosa-dosa kau seri.Allah sayang kau seri. Dia memberi kau peluang untuk membetulkan kesilapan. Tapi kenapa engkau memungkiri kehendak Allah? Kenapa seri? Anak dalam kandungan kau tak berdosa seri. Kenapa dia juga perlu kau bunuh? Kenapa? Sekali kau dah hancurkan hati mak dan ayah kau.. kenapa perlu ulang kesalahan ini yang bakal memusnahkan terus hati mereka? Kenapa seri? Kenapa?
“kak……”
“seri, manusia sekeliling akan berhenti bercakap bila penat mulut mereka. Jangan kau musnahkan hidup kau dengan telunjuk syaitan, jangan seri..”
“kak..”
“Seri… tidakkah kau rasa denyut jantung dia dalam nadi kau? Tak kah kau rasa hangat sayang sikecil dalah hati kau? Tak kah kau rasa dia meyalurkan kekuatan dalam badan kau? Sanggup kau nak biarkan dia mati? Dan bangkit di hari pembalasan dengan penuh amarah kerana kau membunuh dia?”
“tak kak.. seri tak sanggup.. seri tak berniat nak membunuh dia kak,, seri tak tahan..tak tahan dengan apa yang diperkata orang sekeliling..”
Melor memeluk seri..
“dik, selagi akak ada, akak akan jaga kamu.  Selagi kita berdua bernyawa, kita akan jaga jantung hati kamu bersama-sama..kamu tak kesorangan, akak ada dengan kamu. Percayalah dik, akak akan bantu sedaya mampu.”
“akak.. maafkan seri sebab hancurkan kepercayaan akak pada seri, seri minta maaf, menyusahkan akak, seri minta maaf kak..”
“sudahlah, tak de apa yang nak di maafkan, lepas ni jangan lupa solat sunat taubat, minta Allah ampunkan kamu, minta Allah permudahkan urusan kamu..”
Seri menangis teresak-esak, tak disangka masih ada manusia semulia kak Melor, sanggup bersusah demi bukan darah daging sendiri.  Seri memegang perutnya..
“sayang.. maafkan ibu, ibu tak  berniat nak bunuh kamu nak, ibu tak berniat untuk bunuh diri, maafkan ibu sayang.. ibu tekad untuk  melahirkan kamu, ibu bertekad untuk menjaga kamu, berikan ibu kekuatan untuk kita berdua sayang… beri ibu kekuatan, kita akan hadapi semua rintangan bersama.. bersama umi melor.. ibu sayangkan kamu.. maafkan ibu…..” Seri mengusap perutnya dengan penuh kasih sayang dan linangan air mata. Melor memandang dengan senyuman..

“kak Melor!”
“kenapa seri?” melor panik.
“kak, baby bergerak..seri rasa dia berdenyut, seri..seri..rasa kak.. hahahaha..seri rasa dia ada dalam ni.. seri rasa dia macam jalan-jalan dalam perut seri.. hahahaha…dia paham seri cakap dengan dia kak.. ” seri kegembiraan. Melor tersenyum. Seri masih lagi mengusap2 perutnya dengan air mata berjujuran dan bibir terukir senyum ketabahan.

“Alhamdulillah… yaAllah permudahkanlah urusan kami, kuatkanlah semangat Seri, berikan aku jua kekuatan untuk menjaganya…padaMu kami memohon yaAllah..” berlinang airmata Melor, sambil tersenyum melihat seri yang kegembiraan dengan kehadiran bayinya.


- TAMMAT -






MORAL OF THE STORY


Buat gadis-gadis diluar sana... sayang.. jangan mudah terpedaya dengan janji manis lelaki.. jangan mudah hanyut dengan nikmat syaitan, jangan mudah leka dengan layanan diberi.. ingatlah sayang, kesannya, hanya kamu yang alami, sengsaranya, kamu yang tanggung, peritnya hanya kamu yang pikul.. ingat Allah, ingat ibu bapa kita sayang... pada yang telah terlanjur, marilah sama-sama kita kembali kejalan Allah.. elak kan dari maksiat, jauhi lelaki. jangan dibiarkan diri kita diperguna seperti alat dagangan.


Buat lelaki-lelaki diluar sana... awak... kami wanita yang lemah. menghulur tangan untuk bimbingan, jangan di apa-apakan kami, jangan jadikan kami bahan pemuas nafsu, nikahilah kami secara sah sekiranya kami yang awak nak.. peliharalah kami seperti nilai ahli keluarga perempuan awak. jangan pandang kami dengan hasutan syaitan.  hormatilah kami, awak... hormatilah kami sebagai kaum yang lemah.


buat ibu-bapa dan keluarga diluar sana... Pedih.. ya itu yang akan dirasa, terhina, itu yang akan kita rasa. tapi jangan diabaikan anak gadis mu.. jangan diabaikan adik/kakak mu.. terus diburu dosa. terus diburu rasa hina. terus diburu rasa tak berguna, sehingga dia melakukan dosa besar yang lain. bantulah mereka, terimalah mereka dengan tangan terbuka, ya.. terima bukan bermakna menggalakkan, tetapi menarik mereka dari terus terpesong.. berat? ya.. memang berat untuk kita terima dan buat.. tapi dia bukan orang lain, darah daging kita juga.. kalau bukan kita yang melindungi dia.. siapa pula yang akan menghulurkan lindungan?


buat masyarakat diluar sana... janganlah kita terus prejudis dengan mereka. sekali mereka melakukan kesilapan, tidak bererti mereka akan melakukan seterusnya, kalau mereka kembali dengan keinsafan, tunjuk lah mereka jalan yang benar, berilah kata-kata semangan, jangan di caci, jangan di hina. kerana dengan kata-kata kita itu, mungkin akan menjadikan dia nekad untuk terus terpesong.. ya, memang benar, dia melakukan kesalahan, tapi bukan kita yang meletakkan hukum pada dia, Allah itu yang berhak... marilah kita bantu ibu bapa mereka untuk memberi sokongan moral supaya mereka berubah dan tidak melakukan kesalahan lagi. dan menjadi iktibar pada anak gadis dan jejaka yang lain.. insyaAllah... Allah akan melindungi kita semua.








Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 10:10 AM | Show all posts
Cerita penuh pengajaran....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 10:19 AM | Show all posts
Cik_Andak posted on 6-12-2012 10:10 AM
Cerita penuh pengajaran....

terim akasih cik andak.. memang itu niat dia.. terutama pandangan masyarakat terhadap remaja atau anak2 terlanjur ni..
kalau boleh nak la ramai yang macam si melor.. dan berpikiran macam pak imam...

bukan dengan niat menggalak kan pelaku sumbang.. tapi mengelak kan mereka dari terus berbuat dosa dan bertindak zalim pada bayi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:00 AM | Show all posts
sayu hati akak membacanya hest
x sangka hest jua punya bakat menulis
akak cuba meletakkan diri akak di tempat seri, mengalir air mata pabila ujian mendatangi diri, nasib seri baik sbbd ia ada melor
good and nice story
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2012 11:04 AM | Show all posts
fatehana posted on 6-12-2012 11:00 AM
sayu hati akak membacanya hest
x sangka hest jua punya bakat menulis
akak cuba meletakkan diri ak ...

nangis ke?   time kasih kak.. menghayati betul2 .. hest rasa het tak habes garap cerita ni... garapan tak cantik....tapi ada juga yang tersentuh.. terima kasih banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:47 PM | Show all posts
dah komen kt blog.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 03:48 PM | Show all posts
dah komen kt blog.. haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2012 04:42 PM | Show all posts
biozipstar posted on 7-12-2012 03:48 PM
dah komen kt blog.. haha

oit..oit... ada plak kat sini... asal tak pm? hewhewhew
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2012 04:22 PM | Show all posts
hest posted on 7-12-2012 04:42 PM
oit..oit... ada plak kat sini... asal tak pm? hewhewhew

hhahaha.. ok nt aku reply... aku lately bizi bizi... cite laen pls...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 03:24 PM | Show all posts
kisah yang benar2 terjadi.. teringat seorang teman saya.. kisahnya sama seperti seri.. cuma, pasangannya tak accident.. masih hidup.. dan kawin... beberapa tahun kemudian.. bercerai.. alasan, tidak serasi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 03:28 PM | Show all posts
wasap posted on 14-12-2012 03:24 PM
kisah yang benar2 terjadi.. teringat seorang teman saya.. kisahnya sama seperti seri.. cuma, pasanga ...

astaghfirulallahalzim, yeke wasap? moga Allah memberkati diorang.. dah kawen alhamdulillah. bercerai nak buat macam mana.. huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2012 04:42 PM | Show all posts
hest posted on 14-12-2012 03:28 PM
astaghfirulallahalzim, yeke wasap?  moga Allah memberkati diorang.. dah kawen alhamdulillah. ber ...

masing2 terlalu muda.. iman tak kuat, maka tergoda dengan hasutan syaitan... dengar nya teman I tu dah kembali mencari kebahagiaan.. yang lelaki, terus hanyut.. dengan godaan donia....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2012 04:54 PM | Show all posts
wasap posted on 14-12-2012 04:42 PM
masing2 terlalu muda.. iman tak kuat, maka tergoda dengan hasutan syaitan... dengar nya teman I tu ...

yeke? minta2 lah yang perempuan tu dapat pelindung. amin. anak dia sihat? 5 tahun kawen ada bertambah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051972 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list