Salam,
Bagi yang sukar memahami dalam BI , saya sedaya upaya telah translate ke dalam BM setakat yang mampu. Saya dah delete yang google translate tu . Maaf kalau ada salah.. Translation ada kat bawah
The perfectly preserved mummy known as the Sleeping Beauty of Loulan is one of 200 mummies found in the Western Deserts of Xinjiang, in China. Though they eternally sleep, their startling looks are a source of mystery and controversy. These mummies show the diversity of ethnicity in the area, where the Uyghur people of the region still dispute ancient ownership with the ruling Chinese.
Death on the Silk Road
The Loulan Beauty died on the Silk Road, at a time when it was firmly believed no Caucasians had ever ventured that far. But she is clearly Caucasian, with her high cheekbones, high bridged nose and blonde hair. She died sometime in her 40s, and is still dressed in her red robes, her hair crisply braided in what was probably a very fashionable ’do 3800 years ago. In fact, for 3800 years old, she is remarkably well preserved. She was and is indeed a beauty, tall and stately, with finely carved features.
Neither is she alone. She has for company another unearthed mummy called the Cherchen Man, a six foot redhead whose DNA has revealed he was a Celt. How these two came to be buried by the Silk Road, along with two other women and a baby, and surrounded by hundreds of other mummies of European origin found in the same area, is a tantalizing mystery, but it does show in the incredible diversity of travelers on the Silk Road, far further back than was imagined before this discovery.
The Loulan Beauty was discovered in 1980, when a film was being made about the Silk Road. Even though they were buried in relatively shallow graves, and with no elaborate embalming rituals, the mummies are in far better condition than mummies found in the Valley of the Kings in Egypt. The dry soil of the salt lake in which they lay acted as the perfect preservative.
Today the Loulan Beauty lies in a glass case in the Xinjiang Uyghur Autonomous Region Museum, specially climatized to prevent any deterioration. She is more like Snow White than the Sleeping Beauty, although she will not awaken with a Prince’s kiss, and her life was certainly no fairy tale. She died from the hard life she lived, traveling the Silk Road to an unknown destination, breathing in a toxic mix of dust, sand and smoke from open fires that eventually destroyed her lungs.
Unexplained Mystery
Who was she, and why did she die so far from her ancestral homeland? It is not possible to tell, but the company with which she lay was a very mixed one. Among them were warriors, kings, farmers and artisans, all taking their last rest at least a 1000 years before Caucasians were believed to have ventured this far into Asia. The Uyghur people, who themselves look more European than Asian (see the gallery below for incredible images), immediately claimed the Loulan Beauty as their ancestor, and insist that this is proof they inhabited the region before the Chinese. This proved a sticking point in the study of these mummies, since the Chinese discouraged foreign scientists from investigating the remains.
However, in 1993, Professor Victor H. Mair of the University of Pennsylvania, and Italian geneticist Paolo Francalacci, obtained and were able to study samples of the remains. From these samples, the pair was able to confirm that the mummies were European in origin, and not related to the Uyghur. They possibly crossed into China from Siberia, into an area that once was green and hospitable, where people from many cultures came together, from Han Chinese to Northern Celts. The oldest corpse is an old man who died 1500 years ago, the youngest a tiny baby in a bonnet, with blue stones covering its eyes. With their European origins, there were very likely many blue-eyed people among the travelers.
Ancient Melting Pot
The implications of this discovery are far reaching. Clearly the ancient world of 3000-4000 years ago was more of a melting pot than has previously been believed, and cultures from Northern Europe and Asia were well known to each other. It paints a picture of a more cosmopolitan ancient world, and makes it easier to understand why some myths, stories and art are common to so many cultures. For example, the ‘endless knot’ of the Celts is a familiar motif in Chinese art as well. Did the red-haired warrior and the Sleeping Beauty of Loulan help to bring them into Asia – or did others of their culture take them back instead?
Only the Beauty of Loulan knows for sure, and she will never tell.
Credits : Gail Kavanagh (listverse.com)
Translation
The Sleeping Beauty of Loulan.
Mumia yang sempurna dipelihara yang dikenali sebagai Loulan adalah salah satu daripada 200 mumia yang ditemui di Gurun Barat Xinjiang, China. Walaupun mumia-mumia ini seakan-akan tidur, kecantikan mereka adalah sumber misteri dan kontroversi. Mumia-mumia ini menunjukkan kepelbagaian etnik di kawasan itu, di mana orang-orang Uyghur di rantau ini masih mempertikaian hak milik tersebut dengan pemerintah Cina.
Loulan yang jelita itu meninggal dunia di Jalan Sutera, di mana pada waktu itu diperpercayai tidak ada bangsa kulit putih yang pernah meneroka kawasan sejauh itu. Loulan jelasnya ialah seorang bangsa kulit putih dengan tulang pipi yang tinggi, hidung tinggi dan berambut perang. Beliau meninggal dunia pada umur 40-an, dan masih berpakaian jubah merah. Rambutnya yang didandan rapi merupakan fesyen yang sangat bergaya 3800 tahun yang lalu. Malah selama 3800 tahun, mayat Loulan masih dalam keadaan yang baik. Tidak dinafikan beliau memang cantik, tinggi dan bergaya, dengan muka yang sempuna.
Loulan tidak bersendirian. Beliau mempunyai seorang teman lain iaitu mumia seorang lelaki Cherchen yang berambut perang dan tinggi enam kaki. DNA telah mendedahkan beliau sebagai bangsa Celt (masyarakat zaman besi dan zaman pertengahan Eropah). Bagaimana kedua-dua mereka dikebumikan di Jalan Sutera bersama-sama dengan 2 wanita lain dan seorang bayi dan dikelilingi oleh ratusan mumia-mumia lain yang berasal Eropah masih menjadi satu misteri. Ini menunjukkan terdapat pelbagai pengembara yang menggunakan Jalan Sutera lebih awal daripada yang di laporkan.
Mayat Loulan yang jelita itu telah dijumpai pada tahun 1980, semasa pengambaran filem mengenai Jalan Sutera. Walaupun mereka telah dikebumikan di kubur yang agak cetek, tanpa upacara pengawetan yang rumit, mumia-mumia ini berada dalam keadaan yang jauh lebih baik daripada mumia yang ditemui di Lembah Raja-Raja di Mesir. Tanah kering tasik garam di mana mereka dikebumikan bertindak sebagai pengawet yang sempurna.
Hari ini Loulan yang jelita itu bersemadi di dalam kotak kaca di Muzium Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang yang dibina khas untuk mengelakkan pereputan. Beliau meninggal dunia akibat kehidupan yang perit semasa perjalanan di Jalan Sutera ke destinasi yang tidak diketahui, bernafas dalam campuran toksik habuk, pasir dan asap daripada pembakaran terbuka yang akhirnya memusnahkan paru-parunya.
Siapakah Loulan, dan mengapakah dia mati begitu jauh dari tanah airnya? Sukar untuk mendapat jawapan nya tetapi mayat-mayat lain yang dikebumi berdekatannya adalah daripada pelbagai lapisan. Antaranya ialah pahlawan, raja-raja, petani dan tukang-tukang yang mahir. Kesemua mereka dikebumi sekurang-kurangnya 1000 tahun sebelum orang kulit putih dipercayai menerokai kawasan Asia ini.
Orang-orang Uyghur yang lebih mirip orang Eropah daripada Asia dengan serta-merta mendakwa Loulan sebagai moyang mereka, dan menegaskan bahawa ini adalah bukti mereka telah mendiami rantau ini sebelum orang Cina. Halangan timbul dalam kajian mumia ini, kerana Kerajaan China tidak menggalakkan saintis asing untuk mengkaji mayat-mayat tersebut.
Walau bagaimanapun, pada tahun 1993, Profesor Victor H. Mair dari Universiti Pennsylvania, dan ahli genetik berbangsa Itali Paolo Francalacci, berjaya memperolehi dan mengkaji sampel mayat tersebut. Daripada sampel ini, pasangan itu mengesahkan bahawa mumia-mumia tersebut berasal dari Eropah, dan tidak ada hubungan dengan orang Uyghur. Kemungkinan besar mereka menyeberang ke China dari Siberia, ke kawasan yang dahulunya subur dan mesra, di mana orang-orang dari pelbagai budaya seperti bangsa China Han dan Orang Utara Celt datang berkumpul.
Mayat yang tertua adalah seorang lelaki tua yang meninggal dunia 1500 tahun yang lalu, dan yang paling muda ialah bayi kecil yang memakai topi dengan batu biru menutupi matanya. Dengan asal-usul mereka dari Eropah, kemungkinan besar terdapat banyak bangsa kulit putih bermata biru di kalangan pengembara-pengembara tersebut.
Penemuan ini menpunyai implikasi yang besar. Jelasnya dunia purba 3000-4000 tahun yang lalu merupakan tempat tumpuan pelbagai bangsa dan budaya. Budaya dari Utara Eropah dan Asia saling mengenali antara satu sama lain. Ia memberi gambaran dunia purba yang lebih kosmopolitan. Ia memudahkan kita untuk memahami mengapa pelbagai budaya menpunyai beberapa mitos, cerita dan seni yang serupa. Sebagai contoh, 'the endless knot'( hiasan grafik bebentuk simpulan bersudut) orang-orang Celt adalah serupa dengan design dalam seni Cina. Adakah pahlawan yang berambut merah dan Loulan membantu untuk membawa budaya ini ke Asia - ataupun bangsa lain?
Hanya Loulan sendiri tahu dengan pasti, dan tentu dia tidak akan "memberitahu".
Dia tetap bersemadi dalam 'tidurnya' bersama lipatan sejarah