CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4721|Reply: 2

Misteri Artifak Purba Yang Tidak Dapat dirungkai

[Copy link]
Post time 15-2-2013 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Saya translate dari BI Selamat membaca!

1. Logam Dalam Batu



Bagaimanakah kita dapat menjelaskan tentang batang logam misteri yang disaluti dengan batu?

Batu itu ditemui oleh Zhilin Wang, seorang pengumpul batu  di Pergunungan Mazong China. Batang logam itu tidak diketahui asal usul dan kegunaannya..Batang logam yang mempunyai benang yang menyerupai skru itu menunjukkan bahawa ia adalah bahan buatan manusia. Hakikat bahawa ia berada cukup lama di tanah untuk batu menyalutinya menunjukkan bahawa ia mestilah berusia berjuta-juta tahun.

Ada yang menyatakan bahawa batu itu adalah meteorit yang jatuh ke Bumi daripada angkasa. Kemungkinan besar artifak ini berasal dari angkasa lepas.

Akan tetapi ini bukanlah kes terpencil kerana terdapat beberapa logam berbentuk skru yang pernah dijumpai.

Pada awal tahun 2000, satu batu ganjil telah ditemui di pinggir bandar Moscow, Rusia dan di dalamnya terdapat dua objek seperti skru.

Satu lagi batu ditemui di Rusia dan apabila di X-ray, kelihatan 8 skru di dalamnya!


1. Batu Ica



Pada tahun 1930-an, Dr Javier Cabrera, seorang doktor perubatan, menerima hadiah berupa sebiji batu ganjil dari seorang petani tempatan. Dr Cabrera begitu tertarik dengan batu tersebut lalu dia mengumpul lebih daripada 1,100 batu-batu ini  yang dianggarkan berusia antara 500 dan 1,500 tahun.Batu-batu ini kemudian dikenali sebagai Batu Ica. Batu-batu ini mempunyai ukiran yang kebanyakannya berbentuk seksual ( ini adalah kebiasaan bagi budaya pada waktu itu); beberapa gambar berhala dan lain-lain ukiran  yang menggambarkan amalan seperti pembedahan jantung dan pemindahan otak. Ukiran yang paling menakjubkan ialah dinosaur seperti  brontosaurs, Triceratops, Stegosaurus dan pterosaurs. Walaupun ramai menganggap Batu Ica ini satu penipuan, tetapi kesahihan batu-batu ini tidak dapat dibuktikan atau disangkal.

3. Model Pesawat Purba






Terdapat artifak yang dimiliki oleh budaya purba Mesir dan Amerika Tengah yang kelihatan seperti pesawat moden. Artifak Mesir yang ditemui dalam kubur di Saqquara, Mesir pada tahun 1898, adalah objek bersaiz enam inci dan diperbuat daripada kayu. Ia dianggarkan bertarikh 200 tahun sebelum masehi. Objek ini yang sangat menyerupai model kapal terbang, dengan badan, sayap dan ekor. Pakar-pakar mempercayai bahawa objek itu begitu aerodinamik dan berupaya untuk terbang. Objek kecil yang ditemui di Amerika Tengah (gambar kedua) pula dianggarkan bertarikh 1,000 tahun, diperbuat daripada emas dan menyerupai model pesawat Delta-Wing. Ia juga mempunyai apa yang kelihatan seperti tempat duduk juruterbang.

4. Bateri Baghdad



Hari ini bateri boleh didapati di mana-mana. Akan tetapi terdapat satu bateri yang berusia 2,000 tahun! Dikenali sebagai Bateri Baghdad, bateri ini telah ditemui dalam runtuhan sebuah kampung Parthia yang dipercayai bertarikh antara 248 sebelum masehi dan 226 Masihi. Objek ini terdiri daripada sebuah bekas tanah liat berukuran 5-1/2-inch tinggi. Di dalamnya terdapat  silinder tembaga dan didalam silinder tersebut terdapat sebatang besi yang teroksida. Pakar-pakar membuat kesimpulan bahawa objek itu hanya perlu diisi dengan cecair asid atau alkali untuk menghasilkan cas elektrik. Adalah dipercayai bahawa bateri purba ini mungkin telah digunakan untuk penyaduran objek dengan emas. Jika ia benar, bagaimanakah teknologi ini boleh hilang? Dan bateri tidak dihasilkan semula sehingga 1800 tahun kemudian!

5. Mekanisme Antikythera



Sebuah artifak yang menakjubkan telah dijumpai oleh penyelam dalam kapal karam pada tahun 1900 di luar pantai Antikythera, sebuah pulau kecil yang terletak di barat laut Crete. Selain daripada patung-patung gangsa dan marmar yang besar yang dijumpai dalam kapal tersebut, juga ditemui satu bongkah gangsa berkarat yang mengandungi sejenis mekanisme yang terdiri daripada banyak gear dan roda.Dipercayai bahawa mekanisme ini dihasilkan pada tahun 80 Sebelum Masehi. Ramai pakar pada awalnya menyangka ia sebuah astrolabe, iaitu sejenis alat astronomi. Namun, hasil x-ray mendedahkan mekanisme ini jauh lebih kompleks, dengan sistem gear yang berbeza yang canggih. Gear  yang begitu rumit ini tidak wujud sehingga tahun 1575! Masih tidak diketahui siapa yang membina alat yang menakjubkan 2,000 tahun dahulu dan  bagaimana teknologi ini hilang.








Last edited by nafizzz on 15-2-2013 05:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 10:35 AM | Show all posts
manusia zaman dulu lagi canggih dari kita..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:30 PM | Show all posts
mungkin selepas satu satu bangsa atau tamadun itu runtuh or musnah atau sebilangan rakyat yang terselamat daripada kemusnahan itu meninggalkan kawasan tersebut, secara automatik teknologi itu sama sama terkubur...i rasa lah heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.053441 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list