CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7032|Reply: 9

Penemuan Terowong Rahsia Bawah Tanah Sepanjang 100KM

[Copy link]
Post time 19-2-2013 10:49 AM | Show all posts |Read mode
BACA DAHULU: Segala maklumat yang dipaparkan di dalam maklumat ini adalah ambilan rawak di internet sahaja yang kemudiannya diletakkan di dalam satu post... Jika ia menimbulkan sedikit kekeliruan dalam membaca dan memahaminya maka segala kesulitan amat dikesali hehe..
-----------------------------------------------------------




Penemuan Terowong Rahsia Bawah Tanah Yang Dikatakan Sepanjang 100KM di Palekbang, Tumpat Kelantan

Hangat diperkatakan mengenai lubang rahsia yang dikatakan sebagai terowong purba yang pernah digunakan olen Jepun sepanjang hampir 100km bawah tanah di Palekbang, Kelantan ketika ini..Penemuan terowong purba bawah tanah di Palekbang, Tumpat, Kelantan ini mengejutkan kerana ia mungkin merungkai landskap sejarah baru yang tidak diketahui diketahui sebelum ini..Apa sebenarnya rahsia disebalik penemuan terowong Palekbang, Tumpat, Kelantan ini ?

Melalui perkhabaran yang diterima, terowong ini pada mulanya dijumpai oleh beberapa pekerja kontraktor ketika kerja-kerja pembinaan dijalankan disana..Dikatakan terowong Palekbang Tumpat yang dijumpai ini mungkin mengubah landskap sejarah yang tidak pernah terungkai selama ini dan masih menjadi misteri..

Masyarakat sekitar kawasan Palekbang Tumpat dan Kelantan khususnya yang mengetahui tentang terowong bawah tanah ini dikatakan mula menjenguk tempat penemuan terowong yang mungkin dibina telah lama dahulu tapi tidak diketahui sebelum ini..

Pihak berkuasa tempatan, polis, tentera mula mengawal rapi tempat penemuan terowong purba misteri yang ditemui di sana buat masa ini..

Melalui info yang diterima terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini dikatakan:

Merentasi Sungai Kelantan (panjangnya dikatakan hampir 100km)
Sebagai kubu bawah tanah yang pernah digunakan oleh tentera Jepun dahulu
Kota purba Raja Siam yang mengandungi harta karun
Tempat simpanan emas yang digunakan oleh kerajaan melayu purba

Dikatakan pihak bomba Malaysia masih lagi menjalankan kerja-kerja menyedut air untuk dikeluarkan dari terowong tersebut bagi memudahkan kerja-kerja dijalankan oleh pihak bertanggungjawab ketika ini..

Pihak dari Jabatan Arkeologi hanya dapat memasuki sebahagian sahaja dalam terowong tersebut kerana laluan terowong ini di penuhi air..

Dijangkakan juga kepanjangan terowong ini boleh mencecah hingga ke Tak Bai, Siam..


Sumber daripada :

FB Kelab Pencinta Sejarah Kelantan

1. Terowong Bawah Tanah yang dipercaya dijumpai oleh kontraktor ini adalah kawasan "pat dahat"..dimana terowong ini digunakan oleh sebilangan tentera jepun untuk menyerang tanah melayu kelantan..melalui bawah terowong ini juga, tentera jepun membawa segala peralatan perang dan radar serta harta untuk ke sesebuah markas. Tetapi tentera jepun bukan keseluruhan melalui kawasan "pat dahat" itu..pada masa ini kawasan dan persekitaran terowong seluas "pintu rumah" dan keadaan geografi pada tahun 1930-1945 tidak seperti hari ini. KPSK menggambarkan "pat dahat" daripada sumber yang pernah bekerja di lapangan terbang Lalang Luas, Machang dan Gong Kedak. Jadi apa yang kita lihat hari ini mungkin bukan pintu utama nak masuk ke dalam terowong. Sebab ada yang pernah masuk dalam terowong seperti ini di Gong Kedak pada tahun 1970an akhirnya keluar dalam keadaan mendukacitakan.

2. sebab ambo pernah kato di KPSK bahawa suatu ketika dahulu Kelantan ni pernah berlaku satu peristiwa di mana "ghaibnya" kerajaan Chermin, "ghaibya" kerajaan Cik Siti Wan Kembang, "ghaibnya" kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar ( sejajar dengan Palekbang hari ini, lokasi sudah jadi Sungai Kelantan separuhnya ) adalah kesinambungan gapo berlaku hari ini..Palekbang hari ini adalah asalnya separuh Kerajaan Kelantan Purba..Kerajaan Raja Kumar di Pulau Sabar dan segala harta jepun di bawa dari markas utama dan sementara Siam ke Tanah Melayu xkan bawok naik kapal laut..mesti melalui darat..ko guana..??? tepuk amai amai belalang kupu kupu..tepuk ramai ramai nanti antara kita dapat tahu.

3. Jadi xhairanlah kalu Palekbang ni ada kontraktor napok lubang dale air..dan dalam lubang tuh penuh dengan air..dan bomba pun sedup nak suruh kering air, nak masuk dale lubang nak cari "pade bola", logik ko akal dale terowong ada pade bola..semuanya bare mistik belako..lagumana kalu lube ni ada arus sapa ko Kuala Takbai..????xkan nak suruh kering air dale tuh, amik masa belako tuh..kemungkinan kebangkitan kerajaan 2 raja bersaudara akan timbul dale masa terdekat..


Sumber daripada: FB This is Kota Bharu

Kawasan larangan di Palekbang dimana tempat dikatakan terdapat penemuan sesuatu yang misteri di tapak bersejarah bekas pelabuhan Palekbang. Kelihatan kerja-kerja membersih giat dijalankan oleh beberapa orang petugas . Sementara di kawasan lapang berhampiran pam pasir Hj. Manaf kelihatan lebih sepuluh orang berkhemah dan mungkin sedang merancang sesuatu.

terdapat sebuah lubang yang kelihatan agak dalam seperti sebuah telaga lama atau terowong yang sebelum ini mungkin tertimbus .

Apapun tempat tu dapat dilihat dengan mata sendiri petang ni. Yang perlu dikorek bukan sekadar terowong tetapi juga sejarah masa silam Palekbang yang suatu ketika dulu dikhabarkan pernah menjadi sebuah bandar pelabuhan.

UPDATE DARI PAGE KELAB PECINTA SEJARAH KELATE

Baru sahaja pergi melawat lokasi penemuan terowong/bunker tinggalan Jepun, memang sah bentuknya adalah bunker yang diperbuat drpd konkrit, btul2 berdekatan dgn jambatan besi keretapi menghala ke tumpat, tdapat juga sbuah terowong seakan2 telagayg bkemungkinan jalan msuk ke dlm bunker, sempt berbual dgn seorang penduduk temptn,

Pok Man yg tinggal di Kok Majid, salah seorang anggota polis di balai polis Palekbang yang datang ke Kok Majid memberitahu beliau terdapat sebuah bunker yg mengandungi bom di palekbang, dianggarkn sekiranya bom tsebut meletup, bkemungkinan keluasan kawasan terjejas adalah 5km persegi di skeliling pusat letupan... tdi pegi pun penuh org dtg nok tengok, ada 2 kereta cas dok gali bunker tu, 2 anggota polis bermotor dok jago kwsn tu..

PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 1

Bermula dengan aduan oleh kontraktor yang membina jambatan baru di depan Tesco KB.

“Kenapa tak siap2 jambatan ini?

Ada tiang yang ‘bermasalah’…..

Tidak jauh dari situ ada kapal korek yang menyedut pasir di Sungai Kelantan. … mereka menemui sesuatu.

Sesuatu yang pernah diceritakan oleh orang tua tetapi tidak dipedulikan hinggalah 3 hari lalu, tiba2 kawasan itu dikepung oleh tentera. …..

Ada 2 bahagian:
- zaman purba
- zaman moden

telah banyak kali berlaku kejadian di mana mangsa lemas di sungai seoleh2 ghaib dan mayatnya timbul di tempat lain. Jika anda tanya orang Kelantan, mereka mesti pernah mendengar. seolah-oleh ada terowong dalam sungai tersebut. Tetapi orang kampung cuma cakap: antu air kot atau penunggu. Ini bukan jawapan yang kita nak dengar.

PENEMUAN TEROWONG PALEKBANG: EPISOD 2

1) Palekbang merupakan suatu lokasi di Tumpat tetapi bertentangan dengan Bandar Kota Bharu. Dipisahkan oleh Sungai Kelantan. Di sinilah terletaknya Kg Laut, famous dengan Masjid Kg Laut yang dibina oleh Wali Songo (Wali 9).

2) Telah dijumpai pintu masuk ke ‘ruang bawah tanah’yang luas. Lokasi di belakang Balai Polis Palekbang.

3) Cerita orang tua-tua ada menyatakan terowong ini amat panjang. Pihak penjajah British tahu mengenai terowong ini namun tiada apa2 tindakan.

4) Tentera Jepun yang datang sebagai spy telah mendapat tahu mengenai terowong ini. Mereka menggunakannnya sebelum Perang Dunia II.

5) Orang Jepun pada masa itu agak ramai di Tumpat kerana orang Jepun mengusahakan lombong bijih besi di TEMANGAN. Bijih ini dieksport ke JEPUN melalui pelabuhan di PANTAI SRI 7. Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada pengintipan Jepun sebelum Perang Dunia II.

6) Kita dikhabarkan bahawa EMAS dan PERALATAN PERANG telah dijumpai di lokasi tersebut.

7) Apa yang manarik berkenaan EMAS tersebut, ada pihak syak bahawa askar Jepun telah menemui kota purba di hulu Kelantan. Mungkin emas itu merupakan harta karun yang cuba diseludup pulang ke Jepun tetapi gagal.

8) Terdapat lombong emas di anak sungai Kelantan di hulu Kelantan sejak zaman British lagi.

9) Kawasan ini dikenali dengan nama Tanah Merah sejak zaman purba lagi, kerana kaya dengan emas.

Mungkin jawapan tepat boleh diberikan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut atau tunggu sehingga penemuan terowong Palekbang Tumpat, Kelantan ini diumumkan secara rasmi oleh pihak bertanggungjawab..Apapun kita tunggu dan lihat..

Sumber : Google melalui blog2 di bawah:

1) http://azizulhakim91.blogspot.com/2012/11/penemuan-bom-di-terowong-rahsia.html

2) http://citerlama.blogspot.com/2012/11/penemuan-terowong-rahsia-bawah-tanah.html#

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2013 10:51 AM | Show all posts
tred ni dh ade kt bod isu semasa ngan lagenda mitos & sejarah....


http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=686789

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=686988
Last edited by edoraixora on 19-2-2013 11:02 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2013 11:42 AM | Show all posts
Mod, tadi search takde, tolong merge, tentiu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:26 PM | Show all posts
kutip tace +10.98735462219
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 12:58 PM | Show all posts
dah lama snyap kes terowong ni, takde latest news ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 09:25 PM | Show all posts
tacang oo tacang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2013 09:24 AM | Show all posts
Ni dah macam rancangan kat Astro Ria, pi ulang kat Astro Prima.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 11:41 AM | Show all posts
alphawolf posted on 20-2-2013 09:24 AM
Ni dah macam rancangan kat Astro Ria, pi ulang kat Astro Prima.....

macam citer adam & hawa kat mustika hd..dah abis ulang kat astrok ria plak.. pastu in future ulang lagi kat tv3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2013 12:01 PM | Show all posts
igt ade updated info.. rerasanya cam sama je ngn dok ade kt tenet jah..... ? payah ngat nak tau ape ade dlm tu kan?....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 12:12 PM | Show all posts
tu yg bawah jambatan tu pintu masuk dia ke?
kalau ye takkan baru tau kot?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057331 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list