CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16685|Reply: 65

EDISI PUAKA PANCING : Akibat buka tudung botol hanyut ...

[Copy link]
Post time 21-2-2013 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Seperti yang Lox janjikan ...

Tepat 10 malam, Lox dan 6 orang geng mancing yang selalu mengikut bontot Lox dalam ekspedisi memancing tiba di jeti bot yang akan membawa kami ke lubuk udang galah paling popular di Malaysia di sepanjang sebatang sungai di utara tanah air. Kalau sebelum ini Lox and the gang hanya mendengar dari mulut orang tua-tua tentang "bisanya" lubuk di sungai itu, hari ini niat Lox dan kawan-kawan untuk merasai sendiri "bisa" itu bakal menjadi kenyataan.

Di jeti, dua buat bot sedia menanti kami berenam. Abang Lah dan Abang Halim Koperal telah diamanahkan untuk membawa kami meneroka dan menawan makhluk sungai bermisai sehasta yang terkenal dengan sepit biru dan amat sinonim dengan sang bedal di mana saja kemunculannya.

Sebelum berlepas, Abang Lah, duda beranak lapan memberikan sedikit taklimat tentang "do & donts" yang perlu kami patuhi disepanjang ekspedisi kali ini. Di akhir taklimat, tangan di tadah dan doa dipohon supaya kami dilindungi Allah SWT dari dugaan yang tak mampu kami hadapi. Jiman, Razlan, Taufik, Zaini dan ustaz kami si Sulaiman masing-masing memuatkan kelengkapan dan persenjataan memancing kami ke dalam dua buah bot 20 kaki di bawah jeti. Lox bertenggek sekejap di atas kerusi batu berlogo dacing sambil melihat ke langit, mencari butir-butir bintang untuk dijadikan ilham sebelum memancing. Dalam keasyikan Lox memandang ke tengah sungai sambil  menyedut udara segar malam, tiba-tiba sesuatu terlintas di dalam kepala Lox .... Lox lupa nak bagi tau bini Lox yang Lox dh sampai ke jeti, lantas Lox mencapai smart phone dan menyelak-nyelak screen telephone apabila Lox nampak ada mesej baru di terima...

Lalu Lox membaca mesej yang datang dari wife Lox ..." Abg, abg tau x dah 44 kli abg jnji dgn Ayu abg xnak gi mncing dh smpi mati ..tpi ni dh msk 45 kli abg tpu Ayu ..abng ni mmg tk de ati prut..ske tipu Ayu..Ayu rsa abg dh kna smpuk hantu laut ... Ayu tau la abg bg srba srbi cukup .. tu Ayu tkasih la..tp Ayu nk abg ada dgn Ayu slalu .. drpd abg dok prabis ribu2 bli umpan la, bli rod la, bli benda pncing abg..lg baik abg sedekah kat msjid dpt gak phla..abg dh mlmpau la .. nanti abg blik abg tido ats buai je..Ayu tanak bka pintu umah .. klu abg buat umah rakit kat laut tu lg bgus ... Ayu tk ampun abg smpi bila bila... Bye..i love you so much!"

Hhmm ... sobo ajelah Lox, getus suara hati Lox. Lox terus gegas ke jeti tolong kawan-kawan kemas barang atas bot, Lox nak buat sejarah malam ni bawa balik bapak udang, dan selalunya kalau wife Lox bebal, Lox tau Lox akan dapat hasil lumayan .. selalunyalah..

Kita solat duluuu...


   
Last edited by Loxlaxman on 21-2-2013 02:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 02:23 PM | Show all posts
ni baru intro ker lox?
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 02:39 PM | Show all posts
Nak lagi sambung crte en Lox
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 02:46 PM | Show all posts
adehh kena tnggu smbungan..
seb baiklah laki aku dh x gila mancing lg..kalo idak hati risau ajer..x harap pun dia bwk balik ikan berkilo2..tp cukuplah balik dgn slamat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 02:46 PM | Show all posts
"Eh Jiman mana Jiman?" Zaini baru sedar Jiman tak ade dalam bot. Lox, Taufik dan Zaini naik satu bot, manakala Jiman, Razlan dan Ustaz naik bot satu lagi.

"Masyaallahhhh....aku ingat dia dah naik tadi" jerit Sulaiman dari bot yang bersaing di sebelah bot yang Lox naik. Siot betul la Jiman ni, ada-ada saja dia buat hal kalau nak mancing. Memang masa sampai tadi Jiman ada mengadu sakit perut, so dia mintak kami masa sekejap nak ke tandas. Tapi lama betul meneran isi perut si Jiman ni. Tanpa tunggu, bot Pak Lah kembali buat pusingan ke jeti untuk cari Jiman. Bot kami yang bertekong Halim Koperal terus meneran minyak ke tengah sungai memecah hening malam dengan deruman enjin sangkut Yamaha 40 kuasa kuda yang kelihatan agak lusuh di mamah air payau sungai.

Makin lama makin jauh kami tinggalkan jeti dan makin kelam juga lampu-lampu rumah orang kampung yang bermukim di sepanjang sungai berhampiran jeti. Jam di tangan sudah hampir 11 malam. Reba (sampah sungai) yang terapung semain laju di tolak arus naik ke hulu membawa maksud air sungai semakin pasang. Namun, lubuk yang kami tuju masih jauh kata tekong, mungkin sejam lagi kami akan sampai.

Sungai yang kami harung malam ini memang bawa banyak cerita dongang juga kisah benar suka duka dulu kala. Pada zaman penjajah yang datang menjarah pusaka tanah Melayu lama ini dulu, ramai manusia yang berkuburkan sungai ini. Askar Jepun paling ramai, tak kurang dua ribu orang kata Haji Ramli, Tok Siak kampung tempat kami singgah solat Isya' sebelum sambung perjalanan kami tadi. Ada juga orang kampung di hulu yang pernah nampak buaya putih sebesar Proton Saga berjemur di tebing, ada yang pernah nampak sawa batik sepemeluk sedang mengah lepas telan anak lembu..macam macam cerita Lox dengar dan pernah baca tentang kehebatan sungai ini, namun semangat nak menewaskan si sepit biru yang Lox tatang dalam kepala sejak cuti penggal sekolah lepas masih panas bernyala. Kali ni Lox tekad nak sangkut tengkorak si galah pada rod pancing Lox, masa tu nanti Zaini mesti tabik spring pada Lox sambil mata Lox jeling pada joran Zaini yang masih melekat padanya tengkorak udang galah 680 gram yang jadi mangsanya tak lama dulu..

Jap gi sambung ...


Last edited by Loxlaxman on 21-2-2013 02:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 03:01 PM | Show all posts
lox...ko bg climax dengan conclusion tak boleh ke lox.. ko cerita cm drama korea lah. banyak sgt episode
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2013 03:28 PM | Show all posts
ingatkan aku t'salah masuk thread masalah rumahtangga tadi.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2013 03:31 PM | Show all posts
ayat skema cam ayat novel.. hehe.. mukadimah dah panjang.. part seram lame lg tak? huu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 03:35 PM | Show all posts
gaya penceritaan yang realistik...teruskan bro..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 04:39 PM | Show all posts
Lox selak lengan baju mencari jarum jam. Dah hampir sejam rupanya kami menyusur naik ke hulu sungai dalam samar-samar malam Jumaat "Kliwon". Sekali sekala percikan air sungai yang bertembung dengan haluan bot menjamah muka Lox yang duduk paling depan yang turut mengembalikan ingatankan Lox kepada Hani, kerani Lox dulu. Indahnya zaman percintaan Lox dengan Hani ketika kami bercanda bersiar-siar dengan bot mengelilingi Pulau Pangkor hampir sepuluh tahun dulu, tapi Hani dah jadi milik orang lain hari ini kerana pada ketika Lox dan Hani sedang hangat bercinta Lox juga sebenarnya dah kahwin...tapi Hani langsung tak tau, sehinggalah pada hari itu ...hari yang paling malang dalam hidup Lox bila bini Lox jumpa Sony Handycam Lox...

"Ramai kita menyangka Malam Jumaat Kliwon tu adalah "Khamis Malam Jumaat" walhal ianya bukan. Kekeliruan ini berlaku mungkin disebabkan perbezaan penggunaan ayat di antara masyarakat Jawa dan Melayu", kata Haji Sapar Jawa yang membekal umpan pancing kami kali ini.

Senang cerita kata Pak Sapar, " Kalendar Melayu kita ada tujuh hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad dan ianya berulang. Rupanya kalendar Jawa pun sama, tetapi cuma lima hari diulang balik iaitu hari Paing, Legi, Wage, Pon dan yang terakhir Kliwon. Disebabkan kalendar Melayu ada tujuh hari manakala Jawa ada lima hari, susunan hari-hari tu akan berubah. Sebagai contohnya tatkala hari Jawa adalah Kliwon dan hari Melayu adalah Jumaat, maka ia dipanggil sebagai Jumaat Kliwon. Berasap otak juga Lox nak kira pada mulanya, tapi memandangkan Pak Sapar bersungguh sungguh bercerita asal usul Jumaat Kliwon...paham? ", Jenuh juga Lox nak angguk tapi Lox angguk jugak macam yang selalu Lox buat bila Lox kena "motivate" dengan bos kat tempat kerja, tapi mata Lox jeling juga beranda Pak Sapar bila aje Muna anak dara bongsu Pak Sapar keluar ambil angin sekejap-sekejap ... Muna baru abis STPM masa tu.

Lamunan Lox diganggu suara tekong yang meminta Lox melabuhkan sauh bot yang disimpan di haluan bot. Lox tanpa buang masa terus campak sauh ke tengah sungai, tiba-tiba perut Lox kecut..muka Lox terasa kembang sebesar talam .. Ya Allahhh!...jerit hati Lox..habis lah aku!

Jap lagi kontiniu...
Last edited by Loxlaxman on 21-2-2013 04:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 05:05 PM | Show all posts
"Woi Lox! Kalau hang nak baling sauh pun tengok-tengok la sama...!" jerit Sulaiman yang berada di bot sebelah dengan bot yang Lox naik.

Lox bukannya sengaja nak campak sauh dalam bot yang satu lagi. Alahai, kalau la Lox tau bot mereka ada kat sebelah sure la tak akan baling sauh masuk dalam bot depa...tapi salah Lox jugak tak tengok kiri kanan. "Nasib baik tak bocor bot Abang Lah, kalau tak habis lah kawan-kawan kesayangan Lox mati kena baham Piranha", gurau Lox dalam gelap tengah malam sejuk dingin yang menggigit ke tulang.

Lepas kedua-dua bot selamat melabuhkan sauh, kami mula menyediakan rod pancing dan umpan. Tak sampai lima minit JIman dah campak batang pancing ke dalam sungai. Jiman memang macam tu, selalunya dia yang lebih awal bersedia kalau nak dibanding kawan-kawan  lain.   Lox, ustaz, Razlan, Taufik, Zaini masing-masing masih bergelut memasang umpan umpun-umpun nipah yang setiap sekor boleh cecah panjang sedepa.... sambil gelagat kami diperhatikan oleh kedua-dua tekong sungai. "Udang galah sungai ini memang tak makan cacing tanah,kalau hangpa pakai cacing tanah alamatnya kita balik bot kosong la esok" celah Abang Halim tekong yang nak tergelak tengok gelagat Taufik yang geli geleman pegang umpan kemerah-merahan dalam bekas Tupperware yang kami bawa...

I'm kambing bag ..
Last edited by Loxlaxman on 21-2-2013 05:29 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2013 05:25 PM | Show all posts
Jam dah hampir pukul 1.30 pagi. Dekat sejam lebih kami tunggu si jeragau sepit biru menjamah umpan, tapi hampa. Tekong Abang Lah dgn Abg Halim pun hairan kali ini, selalunya tak sampai setengah jam dah setengah kilo udang naik ke perut bot, tapi kedua-dua telan suara masing-masing dalam perut, ujian kecik atau besar tak boleh dibuat main-main, Lox ingat lagi taklimat Abang Lah sebelum kami bertolak tadi.

Tiba-tiba, Razlan yang sejak tadi diam, kelam kabut menyambar joran pancingnya. "Nah..tengok tu dah naik sepit biru..dia tunggu sahur tu" Abang Lah buka suara membakar semangat dalam gurauan. Selepas itu, joran kami berenam tak henti-henti diragut si sepit biru yang galak menyambar umpan...sehinggalah Jiman membawa naik dengan pancingnya sesuatu yang jadi bahan jenaka kami awal pagi tu tanpa kami sedari jenaka itu akan bertukar jadi bahan lawak kawan sepejabat yang tak mempercayai pukulan "bisa" puaka sungai yang terperangkap di lubuk sepit biru...

Jiman naikkan botol kicap Cap Kipas Udang yang masih ada label pada badannya...cuma bezanya, botol Kicap Cap Kipas Udang ini lain dari yang lain ... penutupnya penutup kayu..dalamnya seperti ada duit siling bila digoncang!!
   
Be right back..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 01:12 AM | Show all posts
belah utara kat mana ni? kot boleh join sekali mancing udang galah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 01:15 AM | Show all posts
aku masa kecik dulu tak main la pancing, main tiruk ja, menyuluh pada waktu malam, kerana udang bergerak slow sikit waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 01:22 AM | Show all posts
ada sambumgan ke...part saspen la dia nk sambung.
cepatla smbung abe Lox..(mcm baca novel seram dan lawak..panjangnya..)
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 08:35 AM | Show all posts
cepatt lox...tak sabar nak baca seterusnyaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2013 09:03 AM | Show all posts
ghimau boto ekau ni lox (hehehe, im back with my loghat nogori ek lox), ekau ceghito tu buek eden berdobar2 jo ni, ish copeklah habih an citor ekau ni lox.. tak sabar hakak..

(akak copy paste lagi tau, ado org kek off akak ni pun minat baco cerpen ko tu lox)
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 11:21 AM | Show all posts
abe @Loxlaxman dah g bentang sejadah da nie...baru nak seram sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2013 09:00 PM | Show all posts
aku mmg selalu buang botol ke sungai je boh...kata guru..7 jambatan selamat la..

Last edited by mnSK on 19-3-2013 04:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 10:34 PM | Show all posts
dah lama tunggu ni @Loxlaxman
tanak sambung ke? nampak cite sangat promising...gaya penceritaan pun menarik...rugi la kalau tergantung gitu je...banyak peminat dok tunggu kesinambungan ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054510 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list