CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16196|Reply: 34

LELAKI :KAHWIN SATU ATAU LEBIH?

[Copy link]
Post time 26-2-2013 01:39 AM | Show all posts |Read mode
WANITA YANG MENJADI ISTERI MEMANG TIDAK MAHU SUAMINYA BERKAHWIN LAGI DENGAN WANITA LAIN...

NAMUN HAKIKATNYA LELAKI MEMANG MAHU BERKAHWIN LAGI....

WAHAI SUAMI,BERIKAN JAWAPAN SEIKHLASNYA..................
Multiple Polls: ( Max 4 choices ), Total 62 Users voted

Count down: 5706 Days9 Hours21 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2013 01:41 AM | Show all posts
Kenapa Saya Menyokong Poligami.

Wed, May 11, 2011 10:59:40 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat dan warga SIM,

Semoga semuanya berada di rahmat dan redha Allah s.w.t. Malam tadi saya banyak menerima email peribadi yang bertanya kenapa dan bagaimana Dr Fauziah sanggup menyokong poligami?

Kepada mereka yang mengenali saya sejak 2009 mereka mungkin faham kenapa saya menyokong poligami. Dan kepada mereka yang baru menyertai SIM saya sarankan melawati facebook saya dan membaca Notes yang bertajuk, "Keluarga Ustaz A". Tulisan ini pernah disiarkan di SIM dan boleh dibaca di Google. Sampai hari ni saya tak sempat menyempurnakan Blog saya.

Mungkin ramai yang terfikir, Dr fauziah tu nak cari publisiti atau glamour di kalangan ahli-ahli SIM yg lelaki. Saya tak perlu dan tak akan mencari publisiti murahan. Bukan dapat apa pun.Mungkin juga ada yg terfikir, Dr Fauziah ni tak sayang suami dia agaknya atau sebab ada problem dengan suami kut. jadi dia tak kisah dengan poligami.

Semuanya salah, demi ALLAH...satu2nya sebab kenapa saya menyokong poligami ialah kerana saya sayangkan ALLAH dan RASULULLAH. Saya bersabar menghadapi ujian ketika belajar utk dapatkan segulung ijazah bernama Phd juga kerana saya sayangkan Allah dan Rasul. Semua masalah saya hadapi dengan kesabaran kerana cinta dan kasih saya kepada Allah.

Kata Imam al-Ghazali, iman manusia itu ada 3 peringkat. Pertamanya ialah iman seorang hamba (slave). Seorang hamba yg berbuat sesuatu perkara semata-mata takutkan tuannya. Dia tidak berani tidur semasa buat kerja semata-mata takut dipukul oleh tuannya. pendekata semuanya dilakukan oleh faktor takut. takut kena marah, takut tak dapat makan, takut itu dan takut ini. itu iman seorang hamba.
Dalam konteks kita dengan Allah, kita buat baik sebab kita takaut Allah tak masukkan kita ke syurga.KIta tak buat jahat sebab kita takut Allah masukkan kita ke neraka. Kita jaga suami baik-baik sebab kita takut suami kita cari isteri lain atau perempuan lain. Kita berbaik dengan mak mertua kita sebab kita takut kita dikatakan menantu yg tidak baik.

Iman yang kedua ialah iman seorang saudagar (traders/merchants). Setiap yang dilakukan ialah kerana ingin mencari keuntungan. Apa yang diberikan sentiasa diharapkan balasan dan ganjaran. Mesti sentiasa ada give and take. Tidak ada istilah memberi tanpa mengharapkan balasan.
Begitu juga hubungan kita dengan Allah. kebanyakan kita berbuat baik sebab mahu masuk syurga, tidak mahu ke neraka. Kita berbuat baik kerana ingin mendapat pahala. Kita bersedekah kerana inginkan rezeki kita dimurahkan. Kita mengajar anak org dengan baik dengan niat org juga akan mengajar anak kita dengan baik. Kita sayangkan suami sebab suami bagi kita macam-macam. Kita berbuat baik dengan mertua kita supaya kita boleh pinjam duit daripada dia waktu kita susah dan sesak. Kita berbaik dengan orang lain supaya kita boleh jual produk kita. itu iman seorang saudagar.

Iman yang ketiga ialah iman seorang kekasih. Kalau kita ada kekasih, kita amat sayangkan kekasih kita. kita selalu rindukan dia. Apa saja yang dia suruh kita akan cuba buat. Apa saja yang dia larang kita akan cuba turut walaupun hati kita tak suka. Kalau kita ada duit perkara pertama kita nak buat ialah berikan hadiah kepada kekasih kita. Dan kalau kekasih kita tidak berikan apa-apa pun kita tak rasa kecil hati. Sebab dia kekasih kita. Kita tengah sesak pun kita sanggup belanja kekasih kita kerana kita sayangkan dia.

Dalam hubungan kita dengan Allah, bila kita anggap Allah itu kekasih kita, walaupun kita mungkin tidak layak, kita akan buat apa yg Allah suruh kerana kita kasih Allah dan Rasul. Kita akan tinggalkan semua larangannya kerana kita kasihkan Allah sebab kasih Allah ini tidak terhitung banyaknya. Bacalah surah al-rahman dan lihatlah tafsiran suran al-Rahman. Jangan hanya bermegah sebab dapat khatam al-Quran setahun 3 atau 4 kali.

Saya bukan wanita solehah, masih teramat banyak kelemahan saya. Solat pun kadang2 terlewat kerana keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya. Kadang-kadang kelas 3-5 ptg. kadang-kadang 4-6 petang. Saya kadang-kadang pakai stokin kadang2 tak pakai. kalau saya pakai kasut yg tutup kaki memang saya tak pakai stokin.tapi kalau saya pakai sandal, baru saya pakai stokin.

Back to poligami, saya cuma seorang hamba Allah. kenapa saya nak menentang poligami sedangkan kita selalu kata, Allah tahu apa yg baik utk kita. maksudnya poligami itu baik utk kita cuma kelemahannya kerana lelaki hari ni kebanyakannya tidak tahu dan tidak mahu belajar bagaimana cara Nabi Muhammad dan para sahabat berpoligami.

Demi Allah, saya bernikah pada usia 23 tahun dan suami saya 30 tahun. ketika itu masih di tahun 3 di Akademi Islam Universiti Malaya aliran Shariah, minor undang-undang dan Sains politik. Saya mendapat anak selepas tamat pengajian dan mengambil ijazah pertama saya dalam masa pantang 22 hari (berbengkung). ketika anak sulung saya berusia setahun, saya mendapat tawaran program Sarjana Undang-undang (LLM) di University of London, UK. Waktu itu usia saya 24 tahun. Sebulan sebelum berangkat ke UK, meninggalkan suami dan anak di Malaysia, saya meminta suami saya bernikah dengan kawan sepejabat dia, bernama Wan F. Wan F berusia 30an dan ada kawan suami beritahu saya, Wan F amat meminati suami saya. Hubungan saya dan Wan F baik2 saja. Saya memanggilnya kak wan. saya suka dengan budi bahasanya, kelembutannya.

tapi suami menolak dan suami bertanya saya, "awak ni tak sayang suami ke?" Suami saya seorang ustaz, patutnya dia tahu kenapa saya menyuruhnya bernikah lain.Bukan sebab tidak sayang suami, tetapi sebab saya tak mahu dia keseorangan pada malam hari. saya tak mahu saya mendapat dosa membiarkan suami tidur sorang-sorang tidak berteman. Pada waktu itu saya berumur 24 tahun dan suami saya 31 tahun. Saya tak mahu suami saya pagi petang siang malam minum di kedai mamak atau kedai masa macam bujang dulu. Tapi suami tetap menolak.

Selepas tamat sarjana undang-undang saya balik ke Malaysia memulakan tugas sebagai pensyarah di UIA Petaling jaya. Antara pelajar saya waktu itu ialah Dato' Noriah (mantan ketua Traffik Malaysia) dan ramai lagi pegawai2 polis yang jauh lebih tua daripada saya. Waktu itu saya berumur 25 tahun.

Tiba-tiba saya mendapat tahu sahabat baik saya S telah menjadi janda kerana ditipu dengan nikah mut'ah semasa dia di Sdney, Australia. Sayunya hati melihat surat cerai yang dikirmkan oleh bekas suaminya (org pakistan) dari Australia dan skeping nota yang ditulis, "I'm sorry. i married u just because to avoid zina." satu tamparan hebat bagi S, tapi saya terasa juga kesedihan dia sebab dia sahabat saya walaupun kami baru berkawan 3 tahun.

sekali lagi ketika berusia 25 tahun, saya meminta suami saya bernikah dengan S sahabt saya. Saya tidak kisah kalau kami ditakhdirkan tinggal serumah pun. sebab saya kenal hati budi S. Uniknya S ini tidak bertudung, tapi hatinya baik mengalahkan orang yang pakai tudung labuh. Pernah saya tanya dia semasa di UK. "S, aku nak beli tudung nak bawa balik ni, hang nak warna apa?"
dan s menjawab dgn selamaba, "Fauziah, hang tak payah gatal2 nak belikan aku tudung. esok kalau aku nak pakai tudung, aku beli sendirilah. hang beli hadiah utk anak haang dan laki hang cukuplah." Itu cara dia bercakap, tetapi saya tak pernah terasa hati sebab saya tahu hati budi dia. Tergelak saya waktu itu sebab ingatkan dia tak faham kenapa saya nak belikan hadiah tudung. cara saya bersahabat, saya akan baik dengan keluarga sahabat saya. sebab tu saya kenal ayah dan mak dia, saya kenal adik2 dia, saya kenal anak2 saudara dia dan saya kenal abang dan kakak tiri dia (anak bekas isteri pertama ayah dia).

suami saya juga kenal S. tapi dia tetap tak mahu bernikah lain. Anak2 saya semua rapat dengan S...dan memanggilnya makcik/auntie S. Sebab suami tidak mahu berpoligami, akhirnya saya memberitahu S, "kalau aku mati dulu daripada hang, aku minta hang jadi pengganti aku S. Hang yang akan jadi ibu anak-anak aku nanti. Bukan ibu tiri.tapi ibu." sebab anak-anak saya membesar dan mengenali S. S terkejut, tapi saya beritahu dia. "I'm serious." dan sejak itu juga saya terus memujuk suami, nikahlah dengan S. tapi suami tetap menolak. kata anak sulung saya, cuba ibu cari perempuan yang lebih cantik dari ibu. tentulah abah mahu.... dan saya beritahu anak saya, "auntie shila memang tak cantik tak comel, tapi hati budi dia baik, ibu dah kenal semua keluarga dia."
Kalau abah nak yang cantik suruh abah cari sendirilah, jawab saya.

Bila adik2 perempuan saya tahu semuanya cakap, "Kak jah..hang ni memang gilalah." Arwah emak saya pulak kata, "org duk minta dijauhkan, minta simpang malaikat 44, hang pulak suruh laki bernikah lain." Ayah saya cuma tersenyum sebab dia pun memang yang ada hati nak berploigami. Bila pelajar2 saya tahu cerita saya dan S, mereka jadi pelik. ada pelajar kata, "sebab madam nak payung emas ke?"

Saya tersenyum dan menjawab, "kalau Allah tak bagi payung emas pun tak apa, yang penting Allah tahu saya tidak pernah mempertikaikan hukum2 yang Allah berikan dalam Quran dan Sunnah Nabi" Saya cuma nak menjadi hamba yang meredhai dan diredhai (Rhodiyatan mardhiyyah). Tapi rupanya kalau kita redha dengan poligami, Allah tak akan uji dengan poligami. Allah akan uji dgn perkara-perkara lain. Orang yang anti poligami itulah yang akan diuji dengan ujian berpoligami.

itu saja yang dapat saya jelaskan. kenapa saya nak pertikaikan poligami. layakkah saya seorang hamba mempertikaikan apa yang Allah halalkan? Saya selalu sedih bila tengok isteri2 yang terlalu cepat minta cerai kerana suami ingin berpoligami.sedangkan suaminya mampu dari segi ekonomi dan lain2. Paling saya sedih bila melihat isteri2 pertama yng memaksa suami menceraikan isteri kedua walaupun dah ada anak. Paling hancur hati saya bila melihat isteri2 yang hidupnya sudah cukup mewah tapi masih takut suaminya bernikah lain. dan paling malang bila isteri yang tidak dapat melahirkan anak, isteri yang sudah tidak ada nafsu melayan suami di kamar tidur masih melarang suami berpoligami.

Bila tahu suami nak poligami kita marah, kita melenting.kita lari balik rumah mak ayah kita. mak ayah pula masuk campur sampai pukul2 suami pun ada. maki hamun suami jangan ceritalah.sampai lupa semua kebaikan menantu. Tapi bila anak lelaki mereka nak nikah lain, mereka tak maki pula. tak pukul pula anak mereka. Zalimnya kita....mengamalkan double standard utk anak dan menantu.

Bila suami nikah senyap2 dan hanya tahu bila dah ada anak kita marah jugak. patutnya bersyukurlah suami kita tak berzina. banyak kes yang nak jaga hati isteri tapi sanggup berzina. Bukan saya tak pernah jumpa kes-kes macam tu. Sudahnya kita menjadi hamba Allah yang menentang hukumnya tetapi kita setuju dengan syaitan yg suruh suami kita berzina. dosanya bukan hanya suami yg dapat, tapi kita adalah contributing factor kepada masalah perzinaan tu.

Entahlah...kadang2 saya menjadi serba salah. saya ni perempuan tetapi saya terpaksa mengatakan sesuatu yg perempuan tidak suka. Apa nak buat, ini benda yang benar. sebab tu kalau dipanggil ceramah pasal poligami org perempuan akan marah kat saya. lepas tu terus blacklistkan Dr fauziah. jgn bagi datang dah masjid ni sebab dia menyokong poligami. maaf ya, kalau nak jemput saya utk kutuk poligami minta maaflah, biarlah saya tak dijemput. kalau saya dijemput ceramah utk memuji sahaja, tak payahlah jemput.sebab tugas saya ialah mengatakan yg benar itu benar, yg salah itu salah.

Ada org tanya saya, "kalau ditakdirkan Dr fauziah jadi ibu tunggal sanggup tak berpoligami?"
jawapan saya, " sanggup dengan syarat isteri pertama atau pertama dan kedua itu yang meminang saya. isteri pertama/kedua itu sayangkan saya sebagai saudaranya sendiri. anak2 mereka menganggap anak2 saya sebagai kakak atau adik ibu mereka. emak ayah lelaki itu juga bersetuju menerima saya sebagai anak mereka. itu saja."

saya pinjam kata-kata seorang kawan"
"To love is nothing, to be loved is something, to love and to be loved is everything"

tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

wassalam
yang masih mencari cinta Allah dan Rasul

Dr Fauziah


http://cerana-kalam.blogspot.com


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 10:57 AM | Show all posts
kawin 1 je la yg mampu.. huu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:11 AM | Show all posts
subhanallah...
insya allah..mamajiah pun akan izinkan jika en. somi nak kawin lagi..
selalu kesian tgk dia..tapi setakat ni mamajiah tak bukak mulut sbb dia pun diam je..
tak taulah..kot2 dia tak berani..nnt kena tanya dia cam ustazah ni tye en. somi dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:27 AM | Show all posts
mamajiah posted on 26-2-2013 11:11 AM
subhanallah...
insya allah..mamajiah pun akan izinkan jika en. somi nak kawin lagi..
selalu kesian ...

subhanallah....tp mama sy blom mampu bila hb lebih tak pandai mengimbangi antara keje, tgjwb sbg suami, ayah dan juga hobi.....tp dia biasa je ckp tingin nak tambah bini......dr inai merah di jari lg....
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:41 AM | Show all posts
220796 posted on 26-2-2013 11:27 AM
subhanallah....tp mama sy blom mampu bila hb lebih tak pandai mengimbangi antara keje, tgjwb sbg s ...

dah namanya lelaki..mesti terselit dihati nak tmbh cawangan...
baru2 kawen mmg kita marah bila dia ckp camtu..tapi bila dah lama bersama..
bila pikirkan kekurangan diri kita..(jgn asik pikir kekurangan dia je..)..
mamajiah rela kalau dia minta nak tmbh cawangan..anak2 pun dah besar..
mgkn byk kekurangan kita di sana sini..yg selama ni dia diamkan je..
terasa berdosa bila kadangkala dia sebut kekurangan kita tu..walaupun hanya dgn gurauan..
melentinglah pulak kita sambil menyebut juga kekurangan dia dimana-mana..
saling salah menyalah pun tak bwk kemana..biar dia cari kelebihan yg diidamkan pd wanita lain..
secara halal dan dengan izin isteri pertama..
tapi make sure..cari yg lebih baik dari diriku ini.....kalau takat suh pinang..
budak2 muda yg tak tau tggjwb...nak kenalah tu....

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2013 11:46 AM | Show all posts
mamajiah posted on 26-2-2013 11:41 AM
dah namanya lelaki..mesti terselit dihati nak tmbh cawangan...
baru2 kawen mmg kita marah bila di ...

sy pulak mama mmg la ada kelemahan...but boleh diperbaiki dgn bantuan dia.....klu sakit pening sy & anak sy yg urus sndiri drive gi klinik smua....sy rase mmg tak patut dia nak tambah cawangan.....dr awal kwen dia ckp cmtu sy gelak je....dh 9taun kwen dia ckp cmtu sy tnye balik 'abg fikir dulu smua tgjwb abg sbg suami & ayah dh dilaksanakan dgn sempurna ke? klu belum ckup sempurna & byk sy yg ambik alih tugas dia selain dari wang ringgit...jgn le dok sebut pasal tu lg....andai abg menikah lg, senget bahu abg nnti...sy masih mmpu tunaikan permintaan abg 7hari smggu...abg yg tak dpt penuhi permintaan sy andai sy buat permintaan sebegitu sbb abg bz keje, lepak dgn kawan, memancing dan lain2......'
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 12:13 PM | Show all posts
220796 posted on 26-2-2013 11:46 AM
sy pulak mama mmg la ada kelemahan...but boleh diperbaiki dgn bantuan dia.....klu sakit pening sy  ...

...dolu2 mamajiah penah gaduh pasal ni....
tiap hari dia asik cerita pasal janda yg minat kat dia..mula2 mama diam..
bila tiap hari asak kita ngan citer tu..mamapun jwbla..smbl..
ok..kalau betul awak nak kawen ngan dia..bley..kita pisah dan jgn usik anak2 saya..
awak nak anak..awak suh dia beranak utk awak..buat keputusan sekarang..
sementara ada org nak kat saya..abis edah..saya pun akan kawen lain.....
en. somi melopong..lepas tu terus mengamok..aku dah duga dah..kau ni mesti ada org lain...
p'puan ni ada rupa sket..duduk kat kaunter..mesti ada skandel....entah apa2 dia merepek2..
sejak tu dia tak sebut lagi dah..smp sekarang..itulah mama kata..rasa berdosa plak..
kalau skang dia cakap lagi..mama akan izinkan..insya allah...moga allah tetapkan hati mama..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 12:15 PM | Show all posts
mamajiah posted on 26-2-2013 12:13 PM
...dolu2 mamajiah penah gaduh pasal ni....
tiap hari dia asik cerita pasal ja ...

lupa plak..walhalnya..mama kelentong je....
takkanlah mama nak main gila ngan jantan lain..
tak semudah itu hatiku tergoda...


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 02:45 PM | Show all posts
motip tt pulak tak nak kalah...haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 04:51 PM | Show all posts
Tabahnye hati memasing nak kasi laki kawen laen.. kagum betoi
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 05:23 PM | Show all posts
Nak kawin lain boleh je...janji ko mampu & bersikap adil...
MAMPU tu pun banyak cabang..sebelum korg kawin lain cer try korg list kan ape kemampuan korg yg korang rasa layak utk kawin lain..
1) DUIT -  pastikan duit korang tu berkepok2 dulu..kalau setakat kais pagi makan pagi x payah la..
2) BATIN - kalau performance tu mantap, ok (kalau x smpai 10 minit dh terp***cut, baik rentikanla niat nk kawin lain, pergi asah bakat)
3) TANGGUNGJAWAB - sakit pening, makan minum,pakai, pendidikan, tempat tinggal , simpanan, insuran anak bini amik tau tak??

kalau kat atas tu semua dah tip-top, silakan...ko memang layak utk berpoligami!!

Yang banyak skg ni tau kawin je, tanggungjawab ntah ke mana..
dah tabur anak merata pastu buat x tau.. Hutang ngan bini no.1 pun blom lunas nak tambah cwgan lagi..cane tu???
Sebagai isteri menipu la kalau kita ckp yg kita serela-relanya utk dimadukan...
dari nothing sampai la dh jadi something, susah senang bersama tup tup bile dh senang sikit je nk kawin lain..
patah seribuuu hati isteri tu..memang tahap laki x sedar diri la cmtu
Kalau boleh dielakkan,elakkanlah...dlm islam pun bukan ada cakap POLIGAMI ITU WAJIB..melainkan isteri ko tu mandul, x mampu nk layan nafsu serakah ko tu, so itu boleh la dijadikan ALASAN utk berpoligami..
Ingat la jasa2 bini kat umah tu wahai para suami...yg dah melahirkan zuriat utk korang, yang dh jaga mkn minum pakai korang, yg susah payah buat overtime mlm2 melayan korang..takkan la sikit pun x rasa kesian kat dorg


p/s: kalau TT dh gian nk kawin lain pi tanya bini sendirik...x payah nk sebok berpoll bagai
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 07:09 PM | Show all posts
kalau laki ai nak kawin lg... kawin jer... ai redho dari dia wat maksiat kat luar... ngan ai nti terpalit sama... xkoser ai nak tanggung dosa laki... dosa ai pun xtertanggung!

tp bila dah tmbah cawangan ... jgn xbalik2 umah sudah... harus ler jiwa ai memberontak!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 07:38 PM | Show all posts
kalau mampu zahir dan batin...
ape salahnye kawin 4...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:30 AM | Show all posts
dah tanya....tapi setakat ni jawapan yg diberi...."buat masa ni, abg blom terasa nak kawen lain lagi"

huhuhu....tak tau ler di masa2 hadapan.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 11:46 AM | Show all posts
belita posted on 27-2-2013 09:30 AM
dah tanya....tapi setakat ni jawapan yg diberi...."buat masa ni, abg blom terasa nak kawen lain lagi ...

blom terasa lg eh? nnti klu dah terasa cmne pulak....hadui!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 12:31 PM | Show all posts
220796 posted on 27-2-2013 11:46 AM
blom terasa lg eh? nnti klu dah terasa cmne pulak....hadui!

kalau terasa, bagi jer lah.....

kalau dia mampoo.......huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 01:35 PM | Show all posts
belita posted on 27-2-2013 12:31 PM
kalau terasa, bagi jer lah.....

kalau dia mampoo.......huhuhu....

hb sy dh terasa dh tu sis....ajenye gatai tp mampu tu blom....sbb bz sagt dgn keje & hobi byk urusan yg sy kene buat sndiri....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 04:50 PM | Show all posts
Aku rasa ni terpulang pada individu laaa....
Buat masa skang aku sebagai seorg suami punyai 2 anak yg comel dan isteri yg baik tak terfikir langsung nak tambah cawangan...hehehhe. Bab nafkah2 dah cukup nie selalu saja diutarakan. Tapi paling penting aku ialah soal hati. Mcm mana agaknya nak menyayangi dua atau tiga sekaligus dengan secara adil dan saksama. Nak menjaga perasan mereka dan keluarga mereka. Blom tambah lagi tanggungjawab kat anak2. Kalau aku ......mmg tak mampulah
Bagi aku mereka yg kawen lebih dari satu ni kira mcm geniuslaaa. Mmg aku respek !!! Agak2 bertambah bahgia tak (tambah umat mmg kire confirmlaaa )
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 12:54 PM | Show all posts
kalau ikut nafsu...
memeng nak kawin 4....
tapi....
mampu ker.....
adil ker.....



so pilih satu jer.....
donia akhirat....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.604627 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list