saya pernah mengalami adengan seperti dalam video ini. dah lama... tahun 80an... masa tu masih kecil lagi seperti budak2 dalam video tu.
masa tu kat rumah nenek saya biasa di adakan latihan silat yang baru dikenalkan oleh seorang guru yang dinamakan silat kalimah. ada satu malam tu saya ikut hadir melihat mereka berlatih dan mungkin kebetulan malam tu sang guru mengajarkan teknik mendinding orang lain atau melawan orang menggunakan perantara.
saya dijadikan demo malam itu dimana pelatih akan menyerang saya dengan sebilah parang. saya pun duduklah kat tengah-tengah dengan sang guru berada tidak jauh dari saya. serangan dimulakan, pelatih terhenti sekitar 1~2 meter dari saya dengan keadaan badannya yang bergoncang hendak menetak tapi seolah-olah ada yang menghalangnya. saya pun memang panik lah. kemudian saya mendengar arahan untuk membuat isyarat tepisan dengan tangan. selepas saya buat, pelatih tersebut terus rebah ke belakang seolah-olah ada kuasa yang menolaknya.
saya tak pernah belajar silat tersebut hinggalah sekarang, dan, umur persilatan tu pun tak panjang kerana diarahkan untuk bubar oleh pihak kerajaan.
Acong posted on 27-3-2013 12:08 AM
kenapa kerajaan arahkan pembubarannya? bukankah silat ini baik utk perlindungan org awam? tak rasa ...
Tak pastilah Acong.
Ianya ada kena-mengena dengan Jabatan Agama dan KDN Brunei masa tu. Sampai sekarang pun silat begini tak ada di Brunei, kalau mungkin ada pun, mereka tak berdaftar sebagai satu petubuhan yang sah.
ell768 posted on 27-3-2013 11:43 AM
owh..ni kira betul laa..bukan berlakon2 ekkk??aku igt berlakon jer buat2 attack bebudak tu..
yg si penyerang pun bukan leh suka2 nk serang...kalau suka2 tak jadinye.....
si penyerang kena ada sifat marah...atau dlm permainan kebatinan nie...dipanggil "gerak" marah..nie dlm latihan je..
kalau di luar apabila seseorg yg yg ingin berniat jahat, cuba menyerang si polan yg ade pendinding/ilmu nie td..secara otomatik akan terpelanting..
(...test pakai pistol tak pernah lak aku tgk...heheheheehhee)
budakgraphic posted on 27-3-2013 04:27 PM
Kalau yg tu, so far aku tak pernah tersua lagi ar... tapi teringin gak nak tgk...
banyak...tp, dorg nie bukan persatuan persilatan ke apa...lebih kepada persatuan2 rawatan islam/pernafasan
insyaALLAH..ada masa aku bawa tunjukkan...(nie kena tanya member aku..pasal dia punya pagaran/pendinding belum pernah ada org pecahkan..)nnt kita jumpa sembang2..