CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53411|Reply: 112

Detox Terapi Ion Kaki: Benar Atau Penipuan

[Copy link]
Post time 26-3-2013 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Benarkah terapi ion kaki dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik dapat mengeluarkan toksik di dalam badan kita? Sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik dari tubuh anda.

Apa yang kita dengar dari testimoni pesakit adalah berbentuk hipotesis di mana perbezaan yang dirasai setelah menjalani terapi ion mungkin dalam bentuk psikologi sahaja, tidak lebih dari itu.

Sambil mendakwa kaedah seperti ini adalah semulajadi tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan, ia sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap tubuh anda sama ada tambah memburukkan atau memperbaiki tahap kesihatan tubuh anda.  

Sebenarnya larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki anda di dalamnya. Ini dianggap sebagai 'bukti' kehadiran 'toksin' dari kaki anda. Sebenarnya saya telah mencuba sendiri eksperimen ini di rumah dengan menggunakan bateri kereta - terbukti 'kehadiran' toksin pelbagai warna seperti disebut di atas dalam larutan garam - tetapi tanpa perlu saya merendamkan kaki ke dalam larutan itu. Perubahan warna larutan adalah disebabkan proses pengoksidaan besi (karat) iaitu proses yang disebut elektrolisis. Bagaimana mereka boleh mendakwa itu semua datang dari kaki anda?

Jika anda masih belum yakin, boleh cuba sendiri dengan pergi ke pusat terapi ion tetapi jangan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Pemilik pusat terapi pasti akan 'memaksa' anda meletakkan kaki anda ke dalamnya.

Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan.

Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh anda kecuali 'mencuci' poket anda. Jika benar, mengapa pad kaki tidak memerlukan caj elektrik untuk membuang toksin dari kaki anda?

Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup anda selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman.

Single Polls, Total 145 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 01:38 PM | Show all posts
mestilah tipu...

Rakyat Malaysia senang ditipu dgn produk yg takde bukti keberkesanannya,

Rakyat Malaysia mudah percaya pada benda2 yg karut marut yg tiada bukti sains yg nyata.

Rakyat Malaysia bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:39 PM | Show all posts
kat area umah aku je ade 3 pusat rawatan cmni
x terpanggil lak nak pegi situ
mcm x brape nk konfiden kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:39 PM | Show all posts
baru tau ada kaedah nie.. selalunya tampal koyok kt kaki jer... utk buang toksin
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:45 PM | Show all posts
aku kagum dengan manusia2 yang senang percaya dengan semua benda benda ni
moga mereka semua mendapat maghrifah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 01:46 PM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 26-3-2013 01:39 PM
kat area umah aku je ade 3 pusat rawatan cmni
x terpanggil lak nak pegi situ
mcm x brape nk konfid ...

area umah aku pn ade gak....  sekali rendam rm10...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2013 01:47 PM | Show all posts
huuhuhu dah terjebak dulu.. seb baik sekali je... erm.. terasa betapa diri ini kebodohan yang terserlah
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:48 PM | Show all posts
Tak pernah jumpa lagi kaedah ini but yang tampal di tapak kaki pernah cuba, macam tipu juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 01:49 PM | Show all posts
selagi ada org bodo, selagi itu kita boleh buat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:53 PM | Show all posts
mirage_46 posted on 26-3-2013 01:46 PM
area umah aku pn ade gak....  sekali rendam rm10...

yup
sekali rendam RM10
masalahnye 1-2 x  berkesan
kene kerap
klu 7 kali dh RM70
kak ipar aku hari2 pi rendam
katenye warna coklat tu makin kurang
maknenye toksin dlm badan dh kurang katenye
pastu dh x sakit2 badan katenye...
aku dengo je le...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 01:59 PM | Show all posts
buang toksik dalam badan paling berkesan sejak zaman azali ialah dengan masuk ke tandas sila buang najis dengan molek dan sila jaga kebersihan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:05 PM | Show all posts
cutebaby5907 posted on 26-3-2013 01:53 PM
yup
sekali rendam RM10
masalahnye 1-2 x  berkesan

Iols pergi cuba, memang penipuan
Macam eksperimen kimia masa kat sekolah dulu, elektrolisis ke apa namanyer
Kakak yang buat kat sebelah ai, keluar banyak warna coklat(yang mana sebenarnyer karat dari plat besi), diclaimnyer darah kotor,
Siap ade wat jadual warna, kalau warna merah, untuk penyakit tertentu, ade warna hijau and lain2,
Sekali rendam setengah jam RM 10,
Google google, kuar video kat utube citer pasal penipuan rendam kaki nie


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:08 PM | Show all posts
aku kena tipu ?????

chisssss
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:12 PM | Show all posts
tak pernah mencuba lagi........
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:23 PM | Show all posts
shamsadis posted on 26-3-2013 01:59 PM
buang toksik dalam badan paling berkesan sejak zaman azali ialah dengan masuk ke tandas sila buang n ...

yea..betull..kencing, berak, peluh...peluh celah ketiak, celah kangkang...itu lah cara detox yg sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:24 PM | Show all posts
ni kisah benar.. tp maybe kebetulan je kot..

arwah kakak kpd suami makcik aku wat rawatan rendaman kaki ni... tup tup balik wat rawatan terus meninggal... arwah tu mmg ade masalah kesihatan macam2... kencing manis darah tinggi la.. ala penyakit org tua la.. aku terfikir gak mayb dah mmg ajal la kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2013 02:24 PM | Show all posts
area umah wa pun ada...rm 10 , cuma wa was-was pasal dah la pakai arus elektrik dn dikendalikan oleh mereka2 yg tidak bertauliah atau tidak diiktiraf..mesin pun dari china, ntah ada sirim ke tidak....

tidak sanggup utk mempertaruhkan nyawa utk detox...mana la tau kena electric shock ke, electromagnetic pulse ke...naya je....
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:29 PM | Show all posts
sarah_ary2 posted on 26-3-2013 02:05 PM
Iols pergi cuba, memang penipuan
Macam eksperimen kimia masa kat sekolah dulu, elektrolisis ke a ...

yup..yg kuar tu cuma karat dr besi je..sbb ad bubuh garam lg.kalo x masa kan plat besi tu kena tukar..sbb mghakis,mkin lama pendek..n air tu cium lah.bau karat.aku antara org tbodo jap cuba.aku ada baca kesan kimia dr proses tindak bls tu(air,garam,arus eletrik,besi)..kuarkn gas.xbaik utk ksihatan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:46 PM | Show all posts
pernah cuba..penat badan jalan seharian ilang walaupun kaler air tu jadi kuning cair je (tak sama dgn orang laen) ..tatau la kesan penat ilang sbb duk atas kerusi plestik sambil direndam kaki ke apa

tapi mmg seriau nengok wayar letak kat eloktrod mcm tu je Last edited by tebuanharimau on 26-3-2013 02:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 02:46 PM | Show all posts
fire_place posted on 26-3-2013 02:29 PM
yup..yg kuar tu cuma karat dr besi je..sbb ad bubuh garam lg.kalo x masa kan plat besi tu kena tuk ...

Huhu, tulah , iols terpikir plak kalau orang ade diabetes pastue kaki die ade luke kene karat dari plat besi tue, x bahaya ker?
Ayah iols paralysed sebelah kanan badan, so masa die try wat terapi nie kene wat dalam keta and kenelah bukak tingkap sume,
Untuk mengelakkan gas x pasti gas apa terperap,
Memang rasa bodoh giler , sebenanrnye kalau tak letak kaki dalam air tue pun karat tue tetap akan keluar..hehehe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051362 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list