CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4640|Reply: 13

Rahsia Disebalik Pergerakan Orang Lelaki

[Copy link]
Post time 27-3-2013 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkah lakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.


Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.


Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


Sensitif pada jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2013 03:57 PM | Show all posts
tak leh pakai laaa....
1. maknanya lelaki tu maleh nak layan....tu yg main angguk2,geleng2....
2. tu nama nyer nak mengatal....
3. lagi la nampak sgt mengatal....
4. kompom lelaki tu tgh boring....

5 - 8 jarang aku buat....
percaya la


hahahahahahahah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 04:01 PM | Show all posts
ini semua tak betul hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2013 07:52 PM | Show all posts
apa kena mengena dengan gambar yg last tu?
Mamat tu tak puas hati apa pasal?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 07:09 AM | Show all posts
tahpape mamat dlm gamba tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 01:32 PM | Show all posts


lelaki keparat mana kah iney?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2013 04:02 PM | Show all posts
tq for the info...try kt budak2 ofis ..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2013 04:12 PM | Show all posts
langsung x btol..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2013 08:49 AM | Show all posts
No comment! Mungkin ada betulnya... n tk juga!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 11:47 AM | Show all posts
hmmm. tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 09:09 PM | Show all posts
Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Ni mcm pakwe masam ai... Yg len nan hado~
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 11:00 AM | Show all posts
semua x betul ke????
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 02:54 PM | Show all posts
amukgemuk posted on 27-3-2013 07:52 PM
apa kena mengena dengan gambar yg last tu?
Mamat tu tak puas hati apa pasal?

kui kui kui....ada gambar baru boleh up kat page depan forum nih....
tak caya kau cuba cerita cara cara menangkap tikus...lepas tu letak gambar tikus...try le..ada harapan kot.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2013 03:29 PM | Show all posts
hahaha... macham2... bende ni guna common sense jer.. kalau yg angguk2 tu tp dlm kepala pikir bende lain... kelaut juga perginya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052712 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list