CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7681|Reply: 20

(UFO) Menurut Al-Quran

[Copy link]
Post time 2-4-2013 12:30 AM | Show all posts |Read mode
Kewujudan Makhluk Asing (UFO) Menurut Al-Quran


Soalan:
Ramai yang mendakwa makhluk asing dari angkasa lepas (UFO) wujud. Benarkah dakwaan itu. AID, Johor.

Jawapan:
Allah SWT berfirman dalam surah asy-Syura ayat 29 bermaksud:
Dan antara tanda kekuasaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi serta segala yang ia biakkan pada keduanya daripada Daabbah (makhluk yang melata). Dia berkuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Ia kehendaki (melakukannya).

Ayat ini adalah umum mengenai makhluk Allah SWT yang bertebaran di langit dan bumi. Dari segi bahasa, kalimah Daabbah (makhluk yang melata) diambil daripada kata akar yang bererti berjalan dengan sangat halus. Secara pastinya, perkataan Daabbah tidak digunakan dalam erti malaikat.


Menurut pakar bahasa al-Quran, ar-Raghib al-Ashfahani, perkataan itu digunakan bagi haiwan yang berjalan, tetapi banyak digunakan untuk serangga.<


Ada juga ulama tafsir yang memahami kata langit pada ayat terbabit dengan awan dan Daabbah ialah burung seperti dikemukakan Muhammad Thahir dalam kitab tafsirnya, at-Tahrir.



Pada pandangan saya, pendapat itu tidak didukung ayat ini dan ayat al-Quran lain. Ayat ini menggunakan bentuk jamak bagi langit, ia bukan semata-mata langit yang kita lihat. Di samping itu, pada ayat 38 surah al-An'am, Allah SWT membezakan antara Daabbah dengan burung seperti dalam firman-Nya:
Tiada satu Daabbah di bumi dan tidak pula burung yang terbang dengan kedua-dua sayapnya melainkan umat juga seperti kamu.
Apa yang dimaksudkan dengan Daabah? al-Quran menyatakan kalimah Daabah bermakna umum, tidak diertikan dengan sesuatu. Justeru, sukar kita menentukannya. Ada baiknya kita renung sikap ditunjukkan Khalifah Umar ketika membaca surah Abasa ayat 25 hingga 32 iaitu:
Sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar mencurahkan air dari langit, kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun yang lebat dan buah-buahan serta Abba sebagai kesenangan untuk kamu dan binatang ternakmu.
Menurut riwayat ini ada tongkat di hadapannya lalu beliau patahkan tongkat itu kerana kesal tidak faham makna perkataan abba. Tetapi, beliau sedar dan berkata kepada dirinya:



Demi Allah, ini (mencari sesuatu di luar jangkauan akal) adalah bersikap berlebih-lebihan. Padahal tidak rugi andai tidak mengetahui makna abba.

Menurut Muhammad Abduh, Saidina Umar tidak melarang kajian makna kalimah al-Quran atau membincangkan permasalahan berkaitan dengannya.



Beliau ingin mengajar mengimani kandungan al-Quran sekalipun tidak mampu memahami secara terperinci. Banyak ayat al-Quran tidak jelas bagi generasi terdahulu, tetapi kini jelas maknanya kerana perkembangan ilmu.

Mungkin ia tidak jelas, tetapi akan jelas pada masa akan datang dengan penemuan baru. Siapa tahu penjelajahan manusia ke angkasa dapat memberikan maklumat yang lebih tepat dan memuaskan.

p/s:  dan boleh jadi, jawapan yang tepat buat kita sekarang adalah firman Allah SWT yang menjadi pengajaran bagi manusia iaitu:
Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang ada di semua langit - al-Israk ayat 55.

Waallahu'alam


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 09:28 AM | Show all posts
tanda2 akhir zaman bukan wujudnya haiwan melata ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:40 PM | Show all posts
putri_amra posted on 3-4-2013 09:28 AM
tanda2 akhir zaman bukan wujudnya haiwan melata ni kan?

makhluk..asing..still remains a mystery...
org asing..kat mana2 pun bleh jumpe dh skrg..eheheh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 12:22 AM | Show all posts
big foot tu pun mahkluk asing jugak.
dari mana dia datang MISTERI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2013 12:35 PM | Show all posts
sekarang ni macam macam binatang ganjil dah mula keluar dari persembunyian tapi selalunya dah mati...misteri..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 03:04 PM | Show all posts
sipolan posted on 4-4-2013 12:35 PM
sekarang ni macam macam binatang ganjil dah mula keluar dari persembunyian tapi selalunya dah mati.. ...

contohnye?...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2013 05:53 PM | Show all posts
ko tinggal kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:08 AM | Show all posts
Jika nak tahu dah berapa belion mahkluk yg tuhan cipta, masuk syurga dulu. Tapi sblm itu kena beriman dan beramal soleh lah. Insallah jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2013 09:19 AM | Show all posts
sktg posted on 5-4-2013 12:08 AM
Jika nak tahu dah berapa belion mahkluk yg tuhan cipta, masuk syurga dulu. Tapi sblm itu kena berima ...

Masuk syurga dulu????
Ko dah tahu ke ko masuk syurga? ko jaga syurga ke???
Insaflah sdr...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 11:36 AM | Show all posts
Masuk syurga dulu????
Ko dah tahu ke ko masuk syurga? ko jaga syurga ke???
Insaflah sdr...


aku rasa kau ni byk bongok je....  kau ni tak faham maksud dia tapi nak hurai? haha
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:45 PM | Show all posts
sipolan posted on 5-4-2013 09:19 AM
Masuk syurga dulu????
Ko dah tahu ke ko masuk syurga? ko jaga syurga ke???
Insaflah sdr...

douche bag detected !! LOl.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 07:11 PM | Show all posts
aku kenal alien workshop saja
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 07:12 PM | Show all posts
sipolan posted on 5-4-2013 09:19 AM
Masuk syurga dulu????
Ko dah tahu ke ko masuk syurga? ko jaga syurga ke???
Insaflah sdr...

Hanya disana lah segala rahsia baru kita blh tahu, kenapa kita wuduk, kenapa .....

sebab tu aku kata nak masuk kena beriman. Dan beramal soleh spt tuhan kehendaki. Insallah kita perolehi.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 01:07 PM | Show all posts
let's think simple.

alam semesta ni luas. sangat luas. so seluas-luas alam semesta ni takkan bumi ni je yang ada hidupan?

Antara sifat Allah dlm asmaa ul husna : al-jabbar(maha perkasa), al-mutakabbir( maha megah) al-khaliq (maha pencipta).

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 08:36 PM | Show all posts
Zaman nabi s.a.w. UFO ni umat dok panggil ape ek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 09:33 PM | Show all posts
Jin setan punya kerja ni.. takde nya makhluk dari berbillion tahun cahaya nak datang sini makan angin..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2013 12:55 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 7-4-2013 08:36 PM
Zaman nabi s.a.w. UFO ni umat dok panggil ape ek?

apa ek????
orang JB ke? tapi betul juga masa zaman nabi tu tak ada pun pasal ufo...kalau ada tentu nabi dah bagitahu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 11:38 PM | Show all posts
tue semua kerja jinn....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 11:55 AM | Show all posts
Dlm satu  hadis , baginda Rasulullah saw bersabda :

Maksudnya : “ Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari ( di udara ), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
( Riwayat al-Hakim di  dalam al-Mustadrak)

UFO tu boleh jadi jin terbang yg di katakan dlm hadits ini. Wallahualam. Last edited by kertasputih on 11-4-2013 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 12:03 PM | Show all posts
KISAH PENCULIKAN MANUSIA OLEH JIN (ALIENS ABDUCTION?)  PADA ZAMAN KHALIFAH UMAR.



Benarkah Manusia Boleh Memasuki Alam Jin?

Soalan:

Banyak perkara ganjil berlaku. Salah satu yang ganjil adalah cerita mengenai manusia yang dilarikan jin masuk ke alamnya dan hilang dari alam manusia. Beberapa ketika kemudian orang berkenaan muncul balik dan memberitahu dilarikan jin. Ada orang kampung saya yang hilang, selepas tujuh hari mencarinya, tiba-tiba dia ditemui di belakang rumahnya. Betulkah cerita-cerita sebegini. Harap Dato’ dapat jelaskan.

SUBHAN JAMAL, Kuala Langat

Jawapan:

Saya pun banyak mendengar cerita seperti yang saudara sebutkan itu. Boleh dipercayai atau tidak, jawapan saya boleh.

Cerita sebegitu boleh dipercayai. Tetapi ingin saya berpesan, jangan sesekali kita mempercayainya bulat-bulat tanpa diselidiki sehalus-halusnya.

Dunia kita ini didiami oleh banyak makhluk. Manusia, jin, haiwan, unggas-unggas, ikan dan sebagainya. Apabila kita berkongsi tempat tinggal di dunia ini, maka dengan sendirinya kita akan berinteraksi dengan semua makhluk ini.

Kita akan berjumpa, berkawan, bersapa, bermusuh dan sebagainya.



Syaitan (makhluk halus) wujud. Mereka pada umumnya adalah musuh manusia. Makhluk halus boleh menyerupai manusia dengan pelbagai rupa.

Salah satunya mereka boleh menyerupai manusia seperti yang disabitkan dalam Firman Allah SWT dalam al-Quran (mafhumnya): “Dan (ingatlah) ketika syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka, serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku (syaitan) adalah pelindung dan penolong kamu……..(hingga akhir ayat).” (Surah al-Anfaal, ayat 48)

Kesimpulan daripada ayat ini menurut ahli tafsir, adalah peristiwa dalam Perang Badar, apabila syaitan yang zahir dalam bentuk manusia, dikenali menyerupai Suraqah bin Malik bin Jukshum.

Suraqah (syaitan tadi) bersama dengan bala tenteranya, kononnya mahu menolong kuffar Makkah ketika itu untuk mengalahlan umat Islam.

Akhirnya apabila bertemu kedua-dua pasukan, Suraqah bersama bala tenteranya, lintang pukang cabut lari dari medan peperangan. Rupa-rupanya Suraqah dan tenteranya, bukan Suraqah sebenar yang dikenali oleh puak Musyrikin, ia adalah jelmaan syaitan.

Jelas daripada ayat ini, menunjukkan syaitan (makhluk halus) boleh berubah menjadi makhluk kasar, dan atas perkara yang sama, makhluk kasar (seperti manusia) boleh berubah menjadi makhluk halus. Manusia boleh hilang pada pandangan mata kasar dan berada dalam alam makhluk halus.

Dalam Kitab Gharaib Wa’ajaaibul Jinn karangan Al-Muhadith al-Qadi Badruddin as-Syubli, di halaman 99 ditulis suatu tajuk ‘Hukum ke atas isteri yang suaminya dilarikan jin’.

Diceritakan di dalam bab tersebut, bahawa pada zaman Umar al-Khattab (r.a.) menjadi khalifah, seorang perempuan mengadu kepada Umar tentang kehilangan suaminya (dilarikan jin). Umar bertanyakan wanita tersebut dan membenarkan dakwaannya.

Umar memberi hukum, perempuan itu terpisah dengan suaminya dan hendaklah ber’idah selama 4 tahun. Sesudah genap ber’idah, dia mendatangi Umar sekali lagi untuk meminta kebenaran berkahwin.

Setelah berkahwin dengan suami yang kedua, suami pertama yang hilang dahulu muncul semula dan mereka bersengketa kerana perempuan itu ada dua orang suami.

Mereka mendatangi Umar semula kerana dialah yang membenarkan perempuan itu berkahwin.

Umar berkata kepada suami pertamanya mengapa kamu menghilang diri begitu lama. Lalu lelaki itu menjawab dengan mengatakan beliau mempunyai alasan yang kuat kerana, dia ditawan oleh jin sepanjang masa dia hilang tersebut. Dia akhirnya dibebaskan.

Umar memberikan pilihan kepada suami yang pertama itu iaitu, sama ada hendak bersama dengan isterinya, dia akan memfasahkan perkahwinan kedua, atau dia menceraikan isterinya kerana ada suami yang kedua dan dia berhak mendapat kembali mahar yang dibayarnya semasa berkahwin dahulu.


Kisah ini dengan sendirinya membenarkan cerita bahawa terdapat manusia yang hilang kerana disembunyikan makhluk halus dan boleh kembali semula.

Namun demikian tidak semua cerita seperti ini benar. Kadang-kadang ada orang yang mengambil kesempatan, dia menghilang diri, bukan disorok jin, tetiba muncul semula dengan dakwaan sedemikian.

Tidak mustahil, orang yang mempunyai masalah dirinya, menghilangkan diri daripada orang ramai dengan pergi ke tempat yang jauh, akhirnya pulang dengan masalah-masalah yang tertentu.

Hal sebegini, kes-kes manusia dihilangkan jin jarang berlaku. Ianya kes terpencil, kita patut berhati-hati.

Wallahua’lam.

(Petikan dari Ruangan bersama Ustaz Dr. Haron Din: Harakah Bil.1340)

http://tanya-ustaz.com/benarkah-manusia-boleh-memasuki-alam-jin/ Last edited by kertasputih on 11-4-2013 12:11 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.203872 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list