View: 9192|Reply: 12
|
Jangkitan Kutu Kelamin
[Copy link]
|
|
KEPADA GOLONGAN LELAKI ,fungsi rambut kemaluan memang tidak sepenting bulu mata,hidung dan telinga.Namun ini bukan beerti ia harus dipandang ringan,ini kerana ia merupakan sumber penularan penyakit,antaranya Kutu Kelamin.
Kutu Kelamin adalah serangga parasit penghisap darah yang hidup disekitar kemaluan manusia.Manusia merupakan satu-satunya tuan rumah parasit ini.Kutu amat menyukai bahagian tubuh yang hangat dan lembap menjadikan sesetengah bahagian tubuh kerap didatangi kutu.Ia amat sukar dilihat dengan mata kasar melainkan melalui bgejala yang dialami dan bekas gigitan.
Wujudnya kutu kelamin ini apabila bahagian sulit jarang dibersihkan sehingga mudah dihinggapi kutu.Kutu yang dewasa akan bertelur di bahagian akar rambut dan menetas dalam tempoh tujuh hingga 10 hari.Kutu ini dapat bertahan diluar tubuh manusia selama 24 hingga 48jam.
Penularan kutu juga boleh berlaku melalui hubngan seks dengan pasangan yang menderita Phthirus pubis.Selain daripada itu,berkongsi pakaian dalam dan selimut dengan mereka yang turut menghadapi masalah kutu di alat sulit juga factor penyebaran.
Ciri-ciri mereka yang mengalami Phthirus pubis ialah kegatalan berterusan dibahagian kulit kemaluan walaupun sudah digaru.Ia hasil sentuhan kutu dengan kulit manusia dan ia menjadi semakin gatal sekitar dua minggu atau lebih.Biasanya ketika menggaru,kutu melekat ditangan.
HUBUNGAN SEKSUAL PERLU DIHINDARI
Penghidap juga mendapati serbuk-serbuk hitam iaitu najis kutu atau serbuk putih yang merupakan telur kutu dibahagian kemaluan atau seluar dalam.Jika tidak diubati ,lama kelamaan ia akan meninggalkan bekas yang kemudiannya berdarah dan mengakibatkan kemunculan nanah seterusnya berlakunya jangkitan.
Selain itu ,wujud kemungkinan pesakit Phthirus pubis menderita Folikelitis iaitu radang dipangkal rambut .Kutu kelamin bertindak dengan cara melekatkan kepalanya kepangkal bulu kemaluan.kemudian ,ia akan menyedut darah dari pembuluh darah yang kecil.Ini berbeza dengan Herpes yang menyerang bahagian selaput lender(mukosa) dan kulit zakar.
Jika telah mengalami Folikelitis ,pesakit harus diberi ubat anti radang atau antibiotic.Dalam pada sama ,penggunaan ubat pembasmi kutu seperti syampu khas atau krim juga perlu bagi membunuh kutundan telur –telur kutu namun ramai yang mengelak dari menggunakannya kerana bimbang membahayakan zakar.Kutu yang tidak dibuang segera adalah lebih bahaya kerana akan menular kepada pasangan melalui sentuhan.
Seharusnya ,pasangan penghidap kutu kelamin itu juga harus diberi rawatan yang sama mengelak jangkitan.Hubungan seksual juga perlu dihindari sehingga penghidapnya sembuh.Begitu juga setelah dipastikan bahawa pasangannya tidak dijangkiti kutu kelamin.
JAGA KEBERSIHAN
Disarankan golongan lelaki menjaga kebersihan alat sulit biarpun tidak ada pemeliharaan khusus,memadai dengan penggunaan sabun biasa,ia menjamin kebersihan pada bahagian tersebut.Selain itu rambut dibahagian tersebut perlu dirapikan samada dicukur atau digunting.
Pakar perubatan mengatakan bahagian kemaluan tidak perlu dicukur hingga bersih Ini kerana ada kalanya perkara tersebut akan mengganggu keselesaan ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
erghhh....tq btw.. |
|
|
|
|
|
|
|
yek |
|
|
|
|
|
|
|
tq for sharing.. gud info |
|
|
|
|
|
|
|
ada gambar kutu tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau pun ade kutu jenis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis yang tak reti nak tebas... jangan kata kutu, harimau pun bleh duduk dalam rimbunan hutan belantara tu... |
|
|
|
|
|
|
|
misspique posted on 8-4-2013 10:29 PM
jenis yang tak reti nak tebas... jangan kata kutu, harimau pun bleh duduk dalam rimbunan hutan belan ...
mcm ada pengalaman TERjumpa situasi seperti ni.......
|
|
|
|
|
|
|
|
yarid posted on 10-4-2013 01:05 PM
mcm ada pengalaman TERjumpa situasi seperti ni.......
merujuk kepada perkara di atas...
|
|
|
|
|
|
|
|
slalu org mls mndi n pengotor la cmni..cm kokesens..contoh je.. |
|
|
|
|
|
|
|
good info for the man.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|