CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4273|Reply: 8

Muka bengkak dan busuk seperti bangkai selepas bunuh 3 ekor ular warna hitam

[Copy link]
Post time 3-4-2013 07:55 PM | Show all posts |Read mode
                                                                                                                                                                                                              March 22, 2013 8:00 am

                                           



Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.
Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.
Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi ‘Kobra’.Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.
Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.
Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.
Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.”Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan,” kata temannya.Adi menjawab, “Ahh… saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.
Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.
Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya.
Sumber – Blogbahni.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 08:05 PM | Show all posts
ni berlaku kat indonesia kan?? dah lama dah ni..tak silap tahun 2012. dibangkitkan semula cite ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:06 PM | Show all posts
aku selalu berpesan kat adik beradik, anak buah semua, kalau jumpa ular jangan dibunuh....sbb tak tahu samada ia ular betul atau jelmaan jin.....paling2 pun halau je.

baru2 ni ada ular melintas kat jalan kecik berdekatan dgn rumah jiran aku....kalernya seakan2 kaler emas, panjang sedepa tangan aku. Aku masa tu dalam kereta nak kerumah jiran, dari jauh dah nampak dia melintas memancar2 badan dia.....terjerit2 aku sensorang dalm kereta, sempat  lagi reverse bagi jauh dari dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:50 AM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 3-4-2013 11:06 PM
aku selalu berpesan kat adik beradik, anak buah semua, kalau jumpa ular jangan dibunuh....sbb tak ta ...

ular emas??hehehehhe...  pemili aku ada byk cerita ttg ular emas ni.. tapi sampai sekarang xtau kenapa ular emas n betul ke ular tu?

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:58 AM | Show all posts
pic tak best...blur pula...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 02:04 PM | Show all posts
cmf_Kimmy posted on 3-4-2013 11:06 PM
aku selalu berpesan kat adik beradik, anak buah semua, kalau jumpa ular jangan dibunuh....sbb tak ta ...

Betol..ari tu ade tengok dalam youtube,ustaz tu cakap sebelom bunuh kite kene halau dulu ular tu..
Beri amaran 3kali,kalu tak keluar gak,baru bunuh..sebab kadang2 jin,kalu bunuh tanpe amaran takut
terbunuh saudare islam sendiri..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2013 03:39 PM | Show all posts
haritu ayah aku ade bunuh ular hitam ni.. aku terdengar kot suara dia..

ular tu menjerit macam "hooooooooooooooooo" seram giler suara dia.. suara dia macam menangis, menjerit lagi nyaring sangat.. telinga aku berdesing kuat sangat. bila ular tu dah berhenti menjerit telinga aku pulih seperti asal.
aku tanya mak aku, kenapa ular tu menjerit sampai macamtu sekali.
mak aku balas aku

"bila pulak ular tu menjerit??? biasa je"

aku kat situ kaku je.. aku dengar kot. jeritan tu kuat sampai ke gegendang telinga ni. ular tu dekat toilet, aku kat dalam bilik. mendayu dan nyaring lagi suara dia. huhuhu.. sampai sekarang tak boleh lupa hal ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2013 12:40 AM | Show all posts
Siti_ViPs posted on 4-4-2013 03:39 PM
haritu ayah aku ade bunuh ular hitam ni.. aku terdengar kot suara dia..

ular tu menjerit macam " ...

jin kan boleh menjelma seperti ular, anjing dan macam2 rupa lagi
yg ko dgr tu suara jin yg jadi ular lah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2013 12:04 PM | Show all posts
wakmuz posted on 5-4-2013 12:40 AM
jin kan boleh menjelma seperti ular, anjing dan macam2 rupa lagi
yg ko dgr tu suara jin yg jadi u ...

yup mungkin.. sebab masa tu telinga aku berdengung kuat sangat..
errr. seram suara tu. sampai sekarang ingat. tak boleh nak lupa kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.280030 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list