Mengenang 10 Tahun Tragedi Kapal Angkasa Columbia
Krew Columbia yang terkorban (sumber; wikipedia)
1 Februari setiap tahun dikenang sebagai hari tragedi bersejarah dalam sejarah penerbangan kapalangkasa ulang-alik Columbia. Tahun 2013 adalah hari ulangtahun ke-10 kecelakaan tersebut berlaku.
Columbia ditimpa kecelakaan dalam misinya yang ke-28 setelah 16 hari menamatkan misinya di Stesen Ruang Angkasa Antarabangsa (ISS). Pesawat tersebut hancur berkecai ketika mula memasuki ruang atmosfera bumi.
Tragedi tersebut mengorbankan 7 angkasawan. Mereka ialah David Brown, Rick Husband, Laurel Clark, Kalpana Chawla, Michael Anderson, William McCool dan Ilan Ramon. Ramon merupakan angkasawan pertama yang berasal dari Israel.
Hasil penyiasatan NASA mendapati bahawa, punca utama kecelakaan tersebut disebabkan insulator yang jatuh dari tangki bahan api, 81 saat selepas Columbia berlepas meninggalkan stesen ISS. Kepingan insulator tersebut mengenai komposit karbon di panel sayap kapalangkasa tersebut dan menyebabkan ia mengalami kegagalan seterusnya meletup dan terbakar.
Sebanyak 84,000 kepingan Columbia yang hancur berjaya dikumpul kembali dan masih tersimpan di Vehicle Assembly Building yang bertempat di Kennedy Space Centre. Pihak NASA menggunakan sampel kepingan kapalangkasa tersebut bagi menganalisis kecelakaan pesawat tersebut.
Gambar ilustrasi menunjukkan keadaan kapal angkasa yang meletup
Menurut Michael Ciannilli dari Columbia Research and Preservation Office, NASA, antara perkara yang paling penting yang boleh dipelajari dari tragedi tersebut ialah “keperluan untuk memahami bahan dan perkakasan dalam pembuatan kapalangkasa. Pemahaman tersebut sangat penting seolah-olah ia boleh berkata-kata kepada jurutera dan pakar yang sedang membinanya”.
Sedutan gambar yang diambil CNN sewaktu serpihan letupan kapal angkasa yang mendarat ke bumi
Ciannilli menyatakan, ruang simpanan sisa Columbia sangat bermakna kepada dirinya. Mudah baginya untuk membicarakan tentang isu-isu keselamatan penerbangan ke angkasalepas, namun sukar baginya apabila ia memasuki ruang tersebut. (Reuters 31/01/2013)
Sumber : Reuters
Dipetik dr majalah sains.com
Last edited by dauswq on 4-4-2013 12:30 PM
|