CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10381|Reply: 0

Tali Leher Pelengkap Gaya Maskulin

[Copy link]
Post time 7-4-2013 06:08 PM | Show all posts |Read mode
  Tidak lengkap gaya seseorang eksekutif muda tanpa mengenakan tali  leher. Bagaimanapun, masih ada segelintir darinya yang kurang berminat  untuk memakainya biarpun ketika menghadiri majlis formal seperti  mesyuarat atau bertemu klien. Mungkin disebabkan malas atau tidak mahir  mengikat, masalah memilih warna, corak dan sebagainya. Bagi merungkai  masalah yang membelenggu diri, MW menampilkan pelbagai info untuk  diikuti berkenaan tali leher.\




Pemakaian tali leher yang betul.


· Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai.  Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama  pakaian yang sama tekstur dengannya.


· Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.


· Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju.  Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak  terlalu kecil.


· Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat  semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.


· Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda.


· Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yanag berwarna  terang.


· Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam  keadaan betul-betul perlu sahaja.


· Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya  sama dengan sut yang anda pakai.




Kenali aksesori tali leher.


1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara  horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat  pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna  dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya  agar kena dengan cita rasa.




2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori  jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang  kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher  berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di  bahagian hadapan.




3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia  direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin  diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya, tanggalkan pin  dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar  dengna pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034295 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list