|
Baru-baru ini rakyat Jepun gempar dengan kewujudan "Ningen" yang dikatakan makhluk berupa manusia telah dijumpai menghuni perairan ais Antartika. Ianya dilaporkan beberapa kali oleh anggota dan kelasi kapal yang melakukan “penyelidikan ikan paus” di sana.
Menurut saksi badan Ningen keseluruhannya berwarna putih dengan panjang sekitar 20 hingga 30 meter. Ia dikatakan memiliki bentuk fizikal seakan-akan manusia. Itu disebabkan Ningen dilihat mempunyai kaki, lengan, malah ada lima jari di tangan. Sesetengah pihak pula mendakwa melihat Ningen mempunyai sirip seperti ekor ikan duyung dan tidak mempuyai kaki. Selain itu Ningen juga mempunyai pancaindera di wajah seperti mata dan mulut.
Menurut sumber, anggota kapal melihat objek dari jauh seakan-akan kapal selam. Ketika mereka menghampiri objek tersebut ia bukannya kapal selam tetapi makhluk seakan-akan menusia lalu ia menyelam ke dalam air dengan cepat.
Secara ringkasnya misteri Ningen masih baru diketengahkan dan ianya menjadi keraguan mana-mana pihak. Ada yang beranggapan kewujudan Ningen ini sebagai lagenda. Tiada sebarang maklumat mengenai Ningen dibincangkan selepas pendedahan para saksi malah tiada juga langkah-langkah pengawasan dari pihak kerajaan dengan kewujudan Ningen. Sama ada pihak kerajaan tidak berminat mengenai isu Ningen ataupun terdapat rahsia mengenai Ningen yang kerajaan tidak ingin dedahkan kepada umum. Ini kerana semua pihak masih berdiam diri mengenai isu Ningen.
Tetapi yang pasti misteri Ningen masih belum terungkai walaupun sesetengah pihak menganggap Ningen itu tidak wujud malah sehingga kini tiada bukti kukuh yang mengesahkan kewujudan Ningen. Kita harapkan isu sebenar Ningen akan diketengahkan oleh pihak tertentu pada masa akan datang demi menjawab persoalan sama ada makhluk misteri bernama Ningen ini benar-benar wujud atau hanya rekaan semata-mata.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dulu tengok Kamen Rider Black(ksatria baja hitam) dan Kamen Rider pertama dalam bahasa Jepun selalu dengar mereka cakap pasal Kaizo ningen.
Kaizo=Diubahsuai
Ningen=Manusia.
Sekarang baru tahu Ningen perkataan ialah perkataan yang juga boleh digunakan untuk menggambarkan makhluk yang bukan manusia
Last edited by Lobos on 9-4-2013 07:12 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
baru la info menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
info yang menarik. baru 1st time dengar pasal ni. |
|
|
|
|
|
|
|
akan2 cam lagenda kat loch ness tu jer kan... |
|
|
|
|
|
|
|
rupa dia mcm BEN 10 kartun aje kan |
|
|
|
|
|
|
|
gambar tu sekadar cadangan hiasan ke apa? so scary |
|
|
|
|
|
|
|
mesti skeri kalau tetiba jumpa spesis ni time memancing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam citer Loch Ness kat negeri orang puteh tu ker? |
|
|
|
|
|
|
|
real ke ni? mcm fake jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
mungkinkah ningen ni lahir dari eksperimen2 clone manusia yang dirahsiakan? tu pasal pihak berkuasa senyapkan cerita ni.. mungkin spesimen yang x menjadi di buang ke laut.. mungkin ke? adeh.. dah mcm2 lam fikiran skg ni.. byk kemungkinan.. boleh jadi betul, boleh jadi fake .. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri... |
|
|
|
|
|
|
|
sulur bidar?
ni kut antara sebab ikan-ikan lari naik darat, takut
else, it's just another high tech spying machines or submarines.. |
|
|
|
|
|
|
|
tupaiterbang posted on 9-4-2013 06:39 PM
macam statik jew benda 2... x bergerak pun...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|