|
Amber Room merupakan salah satu harta karun dunia yang hilang dan terkenal.Amber Room yang terletak di Istana Catherine Tsarskoye berhampiran Saint Petersburg,Rusia adalah sebuah ruang yang dibina dengan disertai lapisan emas, daun emas dan cermin.
Oleh kerana kecantikan dan kemewahan, Amber Room kadang-kadang digelar sebagai "Eighth Wonder of the World".Bangunan yang dibina pada tahun 1709 itu merupakan tempat tinggal Raja Prussia pada asalnya.Raja Prussia telah menghadiahkan bangunan ini kepada Tsar Peter yang merupakan Pemerintah Agung Empayar Rusia pada 1716.
Bangunan ini bertahan sehingga lebih dua ratus tahun dan kemudiannya hilang.Pada tahun 1941, tentera Nazi telah menyerbu Saint Petersburg.Hal ini menyebabkan Soviet berusaha untuk menyembunyikan harta karun terkenal mereka.Walau bagaimanapun,tentera Nazi tidak mudah untuk ditipu.Tentera Nazi berjaya membuka Amber Room dalam tempoh 36 jam dengan bantuan 2 orang pakar.
Tentera Nazi telah mengambil semua isi Amber Room dan menyimpan ke dalam peti lalu dibawa ke Konigsberg,Jerman menggunakan kereta.Pada tahun 1945,pihak Soviet mencuba untuk merampas semula Amber Room.Tetapi "Eighth Wonder of the World" dilaporkan hilang begitu sahaja.Lebih dari 60 tahun sudah berakhir, banyak kisah mengenai Amber Room telah digembar-gemburkan.
Segenlintir mengatakan bahawa ia hancur ketika peristiwa pengeboman Konigsberg dan ada juga yang mengatakan bahawa ia tertanam di suatu pergunungan bijih atau tertanam bersama-sama sebuah kapal selam yang tenggelam di Laut Baltik.Pada tahun 1979, satu usaha telah dijalankan bagi membina semula Amber Room di Tsarskoye.Setelah berusaha selama berdekad-dekad,akhirnya pada tahun 2003, Amber Room siap dibina dan telah dirasmikan di Istana Catherine,Saint Petersburg, Rusia.
Usaha membina semula Amber Room telah dibiayai oleh pihak Jerman.Kini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa pemburu harta karun Jerman telah menemui sebuah gua bawah tanah yang mengandungi emas tinggalan Nazi.Mereka yakin bahawa Amber Room juga tersembunyi di dalam. |
|
|
|
|
|
|
|
berpinar bijik mata sape2 yang duduk lelama dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
info menarik.... |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 aku ingt amber court hotel berhantu kat genting tu. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh...best pula pikir kalau jadi treasure hunter |
|
|
|
|
|
|
|
serabut haih dok dlm tu... mmg la segala mas.... tp sakit mata.... sikit2 ok la... utk hiasan... thanks tt share... |
|
|
|
|
|
|
|
semua emas..kalah kedai mas..kekekekek silau mata aku.. |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g posted on 13-4-2013 11:55 PM
mula2 aku ingt amber court hotel berhantu kat genting tu. hehe
Tu la...aku pon...serius aku membcanye
|
|
|
|
|
|
|
|
akupun sama ingat amber court nun sana |
|
|
|
|
|
|
|
ini amber room bina semula sudah x ori |
|
|
|
|
|
|
|
aku pula ingat misteri kota ilang mcm dlm citer city of amber. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat citer kartun anastasia
|
|
|
|
|
|
|
|
otai_g posted on 13-4-2013 11:55 PM
mula2 aku ingt amber court hotel berhantu kat genting tu. hehe
aku pun...beriye click rupenye amber kat russia |
|
|
|
|
|
|
|
begitu teliti n cantik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|