View: 2411|Reply: 4
|
Anak sedara aku boleh 'nampak'...
[Copy link]
|
|
2-3 hari aku jadi SR je. Harini baru tergerak nak register and share cerita kat korang.
Aku pernah dengar and aku rasa mmg betul la kot orang cakap budak2 ni boleh 'nampak' benda halus ni. Tapi xtau sejauh mana kebenaran dia. Nak dijadikan kisah, aku ade sorang anak sedara umur 3 tahun (dia ni anak sepupu aku, skrg ni dia dah 5 thun). Dia ni boleh nampak benda yg tak sepatutnyaaa. Tp yg peliknya, dia tak takut pun.
Parents dia mula perasan masa dia nampak D (kita panggil D je la, dia ni budak lelaki) ni kalau kat rumah, suka main sorang2 kat satu sudut. Dia anak ke 3 dari 4 beradik. Bila dia main tu, dia mcm 'xde' kat dunia kita ni. Sangatla kusyuk bermain. Pastu kadang2 gelak sorang, then bercakap sorang2.
Mak dia tanya, "D ckp ngan sape?"
Dia boleh pulak jawab, "Ni kawan D ni. Heheheh", sambil tunjuk depan dia.
Mak dia ckp bukan kali pertama, dah banyak kali dah kalau mak dia tanya mesti dia ckp main dengan kawan.
Dia siap bgtau lagi nama kawan dia tu. Tapi tak ingatla pulak nama apa. Heeee
Bila mak dia saja tanya, "Cmner rupa kawan D tu?"
Dia ckp, "Muka dia buruk. Hitam. Tapi dia baikkk"
Ah sudahhhhh. Mmg ade sesuatu si D ni mak dia ckp.
Ni baru intro ye. Kisah2 dia, aku share kat bawah ni.
Kisah 1 (Malam)
Masa ni dalam kereta. Ayah dia tgh drive, mak dia co-driver. D pulak ddk kat belakang. Tiba2 dengar si D ni gelak. Ayah dia tanya, "Naper D? Ape yg lawak??". D ni ckp, "Ayah, bawak laju2 cepat. Kita berlumba dengan tuuu", sambil tangan dia tunjuk kat luar.
Pastu dia ckp lagi, "Wahhh lajunya dia. Kita dah kalah. Mcm superman"
Ayah dia dah x tentu arah dah drive masa ni. Mak dia senyappp je. Hahahah
Kisah 2 (Malam)
Masa ni cousin aku (auntie kpd D la) bawak D ni pergi kedai. Dari rumah dia nak ke kedai tu, kena lalu kat satu lorong. Pastu D bgtau cousin aku, "Auntie, tgk. Ramainya hantu kat situuuu". Terus cousin aku ni tak jadi pergi kedai. Patah balik pergi rumah. Hahahah
Kisah 3 (Malam)
Masa ni ktorang bercuti kat PD. Auntie aku ade belikan studio apartment kat PD ni. Mmg singgah untuk bercuti je la. Laki aku ni suka sangat dengan si D ni. Suka layan si D ni. Malam tu, laki aku dukung la D ni letak kat bahu, then D ni bgtau kat laki aku, "Uncle, ada benda hitam terbang kat pokok tu". Haha terus laki aku ajak masuk rumah.
Setakat ni je yg aku ingat. Nanti kalau ade yg aku ingat, aku tambah lagi kat sini. Takde la best sangat cerita aku tapi kalau aku ade ingat lagi pasal citer D ni aku update lagi. But now D ni aku rasa dah 'okay'. Dah xde pelik2 dah. Cuma macam aku ckp, dia masih kusyuk kalau bermain. Suka main sorang2 dalam dunia dia sendiri. Imaginasi tinggi aku rasa budak ni. Hehehe
Ade sape2 yg ade pengalaman mcm ni? Anak korang ke? Anak sedara ke? Anak kawan ke?
Meh share kat sini..
=)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
serem gak kalo dok berdua ngan budak gini.. iols ni da ler penakut
|
|
|
|
|
|
|
|
nice story....berani si D ni yer...
kawan dia muka buruk hitam pun dia masih nak berkawan dgn 'org tu' |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 mmg la nampak benda2 tu..cuma klu yg dah teruk sangat tu elok dibawak berubat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg pun. Aku ni kalau malam2 mmg xberani berdua ngan D ni.
Kang ade jugak dia ternampak pelik2. Aku ni dahla pengecut.
But Alhamdulillah, dia macam dah 'pulih' je skrg.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|