CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27303|Reply: 0

Lelaki Angin Pasang

[Copy link]
Post time 21-4-2013 03:19 PM | Show all posts |Read mode
ANGIN pasang juga dikenali sebagai inguinal hernia. Ini adalah  keadaan di mana berlakunya bengkak pada bahagian ingunal, iaitu kawasan  sebelah ari-ari dan pada setengah lelaki, bengkak ini boleh berterusan  hingga ke dalam kerandut zakar.

Keadaan ini terjadi akibat kelemahan di sepanjang saluran inguinal.  Keadaan ini juga kerap melanda lelaki berbanding wanita. Ini kerana  ketika tumbesaran bayi lelaki di dalam rahim, pada mulanya, buah zakar  berada dalam rongga abdomen.


Di peringkat akhir tumbesaran, kedua dua buah zakar akan turun melalui  saluran inguinal ke dalam kerandut zakar. Sebaik saja lahir, saluran  inguinal akan mengecil dan hanya mengandungi saluran air mani dan  pembuluh darah saja.


Bagaimanapun, ada berlaku keadaan di mana penutupan ini tidak terjadi.  Akibatnya, omentum atau sebahagian dari usus kecil boleh masuk ke dalam  saluran ini dan kadang kala boleh masuk hingga ke dalam kerandut zakar.



Inilah yang dapat dilihat sebagai bengkak. Kebengkakan ini selalunya  boleh ditolak masuk balik oleh pesakit ke dalam rongga abdomen. Pada  bayi, ia menjadi lebih jelas apabila bayi menangis. Pada orang dewasa,  ia kelihatan lebih jelas ketika seseorang itu batuk, meneran atau  berdiri.


Pada peringkat umur dewasa pula, kelemahan saluran inguinal boleh  berlaku kesan dari peningkatan tekanan di dalam rongga abdomen yang  berulang-ulang dan berterusan. Ini boleh terjadi dalam keadaan seperti  berikut:


   * Batuk yang kronik dan berpanjangan
   * Selalu meneran ketika membuang air kecil atau air besar
   * Selalu mengangkat barang-barang yang berat
   * Berat badan yang meningkat


Ada lelaki yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalah  inguinal hernia. Mereka adalah:
   * Individu yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi masalah  inguinal hernia
   * Mempunyai masalah batuk berpanjangan
   * Mempunyai masalah sembelit
   * Mempunyai masalah pembesaran kelenjar prostat
   * Mempunyai pekerjaan yang membabitkan aktiviti barang-barang berat  atau berdiri untuk jangka masa lama


Jika saudara mengalami masalah hernia yang kecil dan tidak menimbulkan  kesakitan serta boleh ditolak masuk tanpa rasa sakit, tiada rawatan  perlu dilakukan. Cara merawat hernia adalah melalui pembedahan .Teknik  pembedahan terbaru adalah menggunakkan teknik laparosopik. Untuk  makluman saudara, hernia tidak dapat disembuhkan dengan teknik urutan.


Selalunya, doktor menyarankan pesakit menjalani pembedahan jika hernia  menimbulkan ketidak selesaan; kesakitan atau apabila ia tidak boleh  ditolak masuk balik ke dalam rongga abdomen.


Jika hernia tidak dibedah, ada kemungkinan akan terjadi keadaan di mana  secara tiba-tiba hernia tidak dapat ditolak masuk dan seseorang pesakit  akan merasa sakit pada bahagian yang bengkak. Ini disertai dengan rasa  loya, muntah dan perut yang kembung serta membesar.


Jika berlaku masalah seperti ini, seseorang pesakit harus dibawa ke  hospital serta-merta. Ini kerana kemungkinan terjadi masalah usus  berpintal dan tersumbat pengaliran darahnya. Ini memerlukan pembedahan  dengan segera.


Oleh itu sesiapa yang mengalami angin pasang disarankan  berjumpa dengan  doktor untuk berbincang cara terbaik merawat hernia.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.055890 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list