View: 9641|Reply: 16
|
10 Sifat Pemalas Lelaki
[Copy link]
|
|
Sifat semula jadi atau enggan berubah sekalipun tahu amalan negatif
RUMAH bersepah, malas membasuh pakaian dan penampilan selekeh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan lelaki. Tabiat ini walaupun tidak semua lelaki menggemarinya, secara tidak langsungnya mencerminkan lelaki adalah insan pemalas berbanding wanita.
Sikap pemalas lelaki ini boleh dikatakan bertitik tolak dari sifat semula jadi lelaki yang sentiasa mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak suka melakukan perkara yang remeh dan bersikap kewanitaan.
Namun tidak semua lelaki digambarkan sebagai pemalas kerana ada juga lelaki yang mementingkan semua ini dan teliti dalam banyak perkara. Minggu ini kita akan mengintai 10 habit lelaki pemalas secara am berdasarkan pemerhatian dan pengamatan sisipan XY – Ikon Lelaki.
1. TIDAK MENCUCI PAKAIAN
Rata-rata lelaki zaman sekarang lebih senang menghantar pakaian kotor ke dobi. Tidak kurang juga yang membasuh pakaian sendiri tetapi hanya selepas persalinan bersih dalam almari berkurangan.
Seeloknya pakaian perlu dicuci setiap tiga hari bagi mengelak bau yang kurang menyenangkan dan kemungkinan menjadi sarang bakteria atau kuman.
2. MENGEMAS RUMAH
Percaya atau tidak, hampir kebanyakan lelaki bujang tidak mengemas rumah selama berbulan-bulan lamanya. Ini kerana mereka tidak mengambil kira mengenai kebersihan rumah kerana bagi mereka rumah hanya sebagai tempat untuk melelapkan mata.
3. TIDAK MENCUCI PINGGAN
Sampai berulat dan berbau busuk barulah jejaka mencuci pinggan mangkuk yang bertimbu dalam sink rumah. Tidak cukup dengan itu, kadang kala sampah juga tidak dibuang.
Bagi lelaki sebegini adalah elok jika makan di luar atau menggunakan pinggan mangkuk pakai buang saja. Lebih ekstrem, ada lelaki membuang pinggan kotor semata-mata malas menyentalnya dan esok beli pinggan mangkuk lain pula.
4. MENGGOSOK BAJU
Pasti semua pernah melakukan habit ini, pakai saja baju tanpa digosok! Mungkin kerana tidak cukup waktu kerana sudah terlambat atau memang lelaki malas untuk menggosok baju.
Seharusnya, lelaki mengambil sedikit ruang pada waktu malam atau lapang untuk menggosok semua baju yang perlu dipakai terutamanya untuk ke pejabat. Sesekali, apa salahnya melakukan ‘senaman’ dan mengeluarkan peluh sambil menggosok baju.
5. BERCUKUR
Bukan menjadi masalah untuk tidak bercukur kerana ada yang beranggapan lelaki berjambang dan bermisai lebih menarik perhatian. Cuma perlulah dijaga kebersihan diri dan jika ingin menyimpan jambang atau misai sekalipun, kemaskan lah sedikit.
6. RAMBUT KUSUT
Jika suatu masa dulu penjagaan rambut amat dititik beratkan dan rambut harus disisip rapi dan kemas. Namun kini rambut kusut adalah satu trend. Perlulah sesuai dengan diri dan jangan terlalu kusut hingga merimaskan mata memandang.
7. TIDAK DATANG KE PEJABAT @ KULIAH
Sikap sebegini paling banyak dikesan di kalangan lelaki. Kadang kala tiada sebab tertentu, lelaki cukup malas untuk bergerak dan melakukan kerja di pejabat atau kuliah. Ini perlu diatasi kerana setiap manusia perlu bekerja dan belajar.
Tanamkan sikap dan perasaan untuk mempelajari ilmu baru atau meningkatkan prestasi kerjaya.
8. MENCUCI KENDERAAN
Bagi lelaki yang ada bajet, mereka boleh mencuci kenderaan mereka di pusat mencuci kereta jika malas melakukannya sendiri. Jika tidak alamatnya, air hujan sajalah yang dapat membersihkan kekotoran pada kenderaan mereka.
BANGUN AWAL PAGI
Lelaki jika sudah tidur, seolah-olah tidak mahu bangun selama-lamanya. Apatah lagi jika perlu bangkit untuk bekerja atau menghadiri kuliah pagi. Apa yang dibayangkan mereka hanyalah soal kesesakan lalu lintas pada pagi hari selain malas bersiap-siap untuk keluar rumah.
9. MENJAGA PENAMPILAN DIRI
Walaupun kelihatan seperti suatu rutin, namun ada perkara yang sering lelaki terlepas pandang. Dari segi penjagaan muka hingga seluruh badan, ia seharusnya diambil kira lelaki.
Jangan malas untuk mencuci muka, memotong kuku dan memakai wangian. Walaupun nampak remeh dan sedikit kewanitaan, mereka perlu tahu wanita sukakan lelaki yang bersih.
10. MEMBACA
Jika mengikut perangkaan, wanita adalah golongan yang paling banyak membaca walaupun corak pembacaan mereka agak berbeza dengan lelaki. Namun dari kecil hingga dewasa lelaki adalah insan yang paling malas untuk membaca – apatah lagi membeli bahan bacaan.
Perlu diingatkan, jika ingin berjaya dalam kehidupan kita perlu banyak membaca. Jika boleh, corak atau genre pembacaan lelaki biarlah pelbagai.
Keluar dari zon selesa
BAGI jejaka ini yang cukup dikenali sebagai jutawan internet dan pakar motivasi, Irfan Khairi, sifat malas ada dalam diri setiap lelaki dan hanya diri sendiri dapat menolong mengatasi sikap negatif itu.
Irfan berkata, bagi membanteras sikap malas, perkara utama yang perlu dilakukan lelaki adalah memahami diri sendiri dan bertanya dari mana datangnya sifat malas itu,
“Malas berpunca dari kita terlalu selesa dengan keadaan semasa kita (comfort zone). Untuk keluar dari zon selesa kita, kita akan rasa berat dan susah. Ini adalah normal bagi semua orang.
“Setiap kali kita nak keluar dari zon selesa kita, secara psikologinya akan menarikkan kita kembali ke zon selesa. Ini berlaku terutamanya dalam kalangan lelaki yang mempunyai ego yang kuat dan jika tidak bersungguh-sungguh, pasti tidak akan berjaya,” katanya.
Irfan berkata, dalam pada itu, ada berita baik dalam sikap malas kerana zon selesa manusia berubah-ubah
“Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah keluar dari zon selesa sedikit demi sedikit. Pegang pada keadaan semasa yang baru. Lama kelamaan, zon selesa anda akan mengubah mengikut keadaan semasa anda. Sebagai contoh, anda membaca buku selama 30 minit setiap hari.
“Lebih dari waktu kebiasaan itu, terus terasa malas (luar dari zon selesa anda). Anda perlu paksa diri anda keluar dari zon selesa itu secara perlahan, mungkin berganjak membaca selama 45 minit,” katanya.
Irfan berkata, sehingga suatu peringkat, zon selesa akan mencapai tahap 45 minit dan jika ingin membaca lebih, latih diri untuk mengulangi proses sama hingga mencipta zon selesa baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
tak jugak..
ayah kroit berdisplin, tegas,
so kami adik-beradik memang kemas dan teratur walaupun lelaki.
kroit sendiri iron baju sampai ada side tajam, baju sentiasa basuh, bilik bersih, rambut pendek, kemas bersikat,
sampai ade kawan cop tak normal, perangai gay katanya
bergantung jugak pada cara seseorang tu membesar, macam kawan kroit yang mengata ni,
diorang tak ada kut ayah yang garang, tegas, berdisplin |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ada lelaki yang ada gabungan ciri2 kat atas...taktau lah nk cakap camane |
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 29-4-2013 12:43 PM
tak jugak..
ayah kroit berdisplin, tegas,
ni mesti ayah dulu keje tentera ni. btol ke x?
|
|
|
|
|
|
|
|
philemonique posted on 1-5-2013 12:01 AM
ni mesti ayah dulu keje tentera ni. btol ke x?
tak, ayah keje gomen biasa je,
memang sikap dia, berdisplin, kemas, teratur, pembersih.
|
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah aku tak macam ni.. tapi yang perempuan pun ada jugak yang dalam kategori kat atas tu. sama je. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan mmg betul...tp dunia skrg mgkin ada satu dua point tu blh disanggah... |
|
|
|
|
|
|
|
tp majoritynye mmg sifatnye spt di atas... |
|
|
|
|
|
|
|
hampir semua ciri2 ini takda pada tunang aku (kecuali mencuci kenderaan-sebab yang tu betul, dan cuci pinggan - sebab tak penah tinggal serumah lagi so tatau rajin ke tak cuci pinggan).
aku patut bersyukur nampaknya. Last edited by chazey on 9-5-2013 09:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah my hubby tak macam ney..
sentiasa rajin membantu saya di mana sahaja.. |
|
|
|
|
|
|
|
sapeka posted on 10-5-2013 08:21 AM
alhamdulillah my hubby tak macam ney..
sentiasa rajin membantu saya di mana sahaja..
Betol2.. tak sume lelaki lh perangai mcm ni..fakta mcm ni menakutkan wanita...husband i xdew pon wat peel seperti dlm artikel tersebut...okay ajo
|
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma yg no.9 je kurang buat....sbb aku simple. yg lain aku selalu buat . Adakah aku bukan lelaki? check jap... |
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 29-4-2013 12:43 PM
tak jugak..
ayah kroit berdisplin, tegas,
sepatutnye..tajuk artikel ni berbunyi...seperti:...
"Ciri-ciri Lelaki yg Malas"...ehehehe..baru la tepat..
baru la..kroit x terasa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Amin2.inci laki.x cam gitu.yahooo |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka ngan lelaki pemalas |
|
|
|
|
|
|
|
No. 1, 2, 3, 4, 10....
enough said |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 08:09 PM
..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|