CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11025|Reply: 53

Koleksi Kisah Mistik Aku

[Copy link]
Post time 29-4-2013 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua.
Semacam sudah lama aku tak karang cerita kat MPS ni. Hari ini aku keluarkan cerita-cerita dari buku lima lima lima aku.
Aku santapkan kalian semua sedikit pengalaman dan cerita mistik tentang aku, keluarga, kawan-kawan dan orang di sekeliling aku. Mungkin sesetengah nya aku pernah ceritakan di beberapa selitan benang tuan tanah yang lain. Tapi oleh kerana aku ni pelupa yang amat, jadi minta maaf sekiranya terdapat ulang tayang di benang ini.

Hidup aku tak la mistik sangat. Tapi aku ada la jugak exposed dengan benda ala-ala mistik, separa mistik, seram dan menyakitkan hati sejak kecil sehingga sekarang.  Bezanya sekarang aku jarang dah terlibat dengan dunia mistik ni (kehkeh) sebab mungkin dah semakin banyak dosa menimbun.
Minta maaf kalau cerita-cerita ni tak best, tak mengalirkan air mata, tak buat bulu roma merinting, mahupun sound efek seram yang tidak berapa menjadi. Sebab aku bukan penulis hebat. Picisan je. Eceh. Sekadar ingin berkongsi cerita pada sesiapa yang sudi membaca dikala bosan menjelma. Selamat menjamu cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2013 09:30 PM | Show all posts
Aku delete. Maaf. Last edited by aerolz on 21-5-2013 09:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:32 PM | Show all posts
Ular Sawa dalam Rumah

Dalam banyak-banyak peristiwa masa aku masih sangat kecik, aku ingat kejadian masa aku berumur 5 tahun. Masa ni aku dah duduk dengan parent aku semula. Selepas 4 tahun dijaga oleh nenek dan atok aku. Sebabnya, aku mesti masuk tadika.

Satu malam tu, aku demam panas. Aku tidur dalam bilik ditemani ayah dan adik lelaki aku yang berumur 3tahun. Tengah malam tu, tiba-tiba aku terbangun dan menjerit-jerit macam orang kena sampuk. Masa tu, aku ingat lagi, aku masih boleh melihat apa yang terjadi. Aku nampak ayah dan mak aku panik dan menenangkan aku.  Dan dorang kecoh sangat-sangat sebab aku asyik menjerit “ular..ular..ular sawa..” perkataan tu je aku asyik sebut. Dan jari aku menunjuk di satu arah je.

Sebab tu dorang kecoh. Sebab diorang fikirkan memang betul ular sawa masuk rumah. Takut jugak sebab time tu duduk rumah kampung pusaka atok sebelah ayah. Tapi sebenarnya takde pape pun. Tak de ular pun..

Tapi kan.. masa tu, aku nampak semua kejadian tu, tapi aku rasa macam mulut aku dan setiap tindak tanduk aku dikawal oleh orang lain. Hati aku je menjerit cakap mana ada ular. Tak de pape pun. Tapi masa tu, aku rasa seperti dirasuk. Dikawal oleh orang lain. Umpama roh aku melihat dari dalam jasad aku sendiri tapi bukan dibawah kawalan aku sendiri.  Itu merupakan keadaan yang paling pelik pernah aku alami. Keadaan tu berlanjutan sampai seminggu. Setiap malam aku meracau macam tu.

Sampai la mak ayah aku risau dan tak tahan tengok anak perempuan dorang yang satu-satunya itu, asyik meracau menjerit tiap malam sampai ke subuh, dorang bawak la aku pergi berubat. And aku rasa dulu-dulu mak ayah aku ni kurang pengetahuan sikit pasal ilmu-ilmu agama ni. Dan juga ilmu-ilmu mistik ni. Dorang bawak la aku berubat dengan bomoh. Entah bomoh asal mana, aku pun tak Tanya.

Selepas berubat tu, aku dah tak meracau tak jerit-jerit dah. Tapi mak aku cakap lepas tu, aku suka main sorang-sorang, cakap sorang-sorang, duduk sorang-sorang. And obviously, aku jadi budak mistik sikit. Sikit je laaa.. Dan aku rasa, di sini lah bermulanya kisah dan sebab aku menjadi semakin pelik dan mistik sepanjang aku membesar.. huhuu..
Tapi masa kecik dulu, aku tak rasa pun aku pelik, aku just ingat aku sebagai kanak-kanak ribena dan membesar dengan komik penyiasatan. Hikhik. Cumanya, mak aku kata, masa baby, aku suka sangat menangis, bila start umur 5tahun aku kuat cemburu dengan abang aku sendiri. Sepanjang menjadi kanak-kanak, aku tak pernah menangis bila dipukul, tapi aku hanya ketawa. Dan  aku seorang budak yang sangat pemalu dan menyendiri.

Pendamping atau saka. Aku pun tak tau.
End.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 09:34 PM | Show all posts
Sorry kalau cerita aku tak best. Aku tak pandai mengarang untuk buat korang imagine ape yang aku ceritakan.

Kalau ada respons dan orang nak baca, aku akan teruskan. Kalau korang rasa macam tak best, takpe. Hamba menghargai perkongsian setakat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2013 10:16 PM | Show all posts
Aku delete. Maaf. Last edited by aerolz on 21-5-2013 09:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 08:24 AM | Show all posts
teruskan bercerita....makin menarik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2013 11:39 AM | Show all posts
TT, ko lahir awal 90an kan?
Abang ko lahir tahun berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 11:50 AM | Show all posts
bedahs posted on 30-4-2013 08:24 AM
teruskan bercerita....makin menarik...

hee.. thank you sudi baca. aku memang banyak citer. tapi banyak citer pendek. dan aku tak reti nak karang bagi orang faham. insyaallah aku cerita lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2013 11:51 AM | Show all posts
Aku 90. Abang aku 88. Kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 12:02 PM | Show all posts


layannnn.. heehhe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 12:09 PM | Show all posts
skeezotone posted on 30-4-2013 12:02 PM
layannnn.. heehhe

bro skeez, haha thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 12:12 PM | Show all posts
aerolz posted on 30-4-2013 12:09 PM
bro skeez, haha thanks..

aku SR jer kat sini arini.. ahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2013 12:21 PM | Show all posts
skeezotone posted on 30-4-2013 12:12 PM
aku SR jer kat sini arini.. ahahaha

haha. tadek hal bro . aku pun tengah sr rumah orang nihh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 12:25 PM | Show all posts
aerolz posted on 30-4-2013 12:21 PM
haha. tadek hal bro . aku pun tengah sr rumah orang nihh..

neway.. nice story
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 03:42 PM | Show all posts
aerolz posted on 30-4-2013 12:21 PM
haha. tadek hal bro . aku pun tengah sr rumah orang nihh..

wahai adikku aerolz.. sila sambungkan lagi penceritaan mu ini...
hamba sedang seronok menikmati ceritamu...
chaiyok...chaiyok...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 04:19 PM | Show all posts
best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2013 10:43 AM | Show all posts
jefrilza posted on 30-4-2013 03:42 PM
wahai adikku aerolz.. sila sambungkan lagi penceritaan mu ini...
hamba sedang seronok meni ...

bro jefrilza thank you la sudi membaca kisah yang tak seberapa ni.

tak pe tak pe, tuan hamba nikmati la dulu ya.

ni baru nak warming up, nanti-nanti ada lagi kisah menyusul. depend tahap rajin malas je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 10:44 AM | Show all posts
mummyn80 posted on 30-4-2013 04:19 PM
best

thanks mummyn

nanti nanti kite sambung okay.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:54 PM | Show all posts
ala...baru jew nak layan......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2013 02:50 PM | Show all posts
aqissa posted on 1-5-2013 01:54 PM
ala...baru jew nak layan......

salam aqissa.

jap lagi kite post kisah pendek baru ok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.076612 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list