Pantun pembukaan dari Hang Tuah Biji nangka tepi permatang
buah berangan rasanya lazat
dari Melaka hamba datang
datang dengan seribu hajat Dijawab Tuan Puteri Gunung Ledang Dari Paguh ke kota Melaka
bawa pandan bersama lokan
jika sungguh bagai dikata
nyawa dan badan hamba serah kan Pantun Hang Tuah mula mengatal Bawa pandan bersama lokan
serta pulut bersama halua
jika badan dinda serahkan
tidakkah takut berbadan dua
Pantun Tuan Puteri Gunung Ledang turut miang Berisi pulut berserta halua
bekal untuk kawan bersenam
jika dinda berbadan dua
pandai sungguh tuan menanam Jawapan Hang Tuah Bekal untuk teman bersenam
buat sarapan suami isteri
bukan tak padai bercucuk tanam
tapi tentu sultan murkai
kredit : http://sejarahhangtuah.wordpress.com
![](http://sejarahhangtuah.files.wordpress.com/2012/08/pantun-asmara-hang-tuah.jpg)
|