CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 68433|Reply: 42

Kisah Benar dikejar Hantu Penanggal di Sabah!

[Copy link]
Post time 31-8-2013 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Di kawasan pedalaman Sabah, heboh dengan kisah misteri mengenai hantu penanggal atau juga dikenali sebagai balan-balan.


Hantu jenis ini dikatakan suka memakan uri ibu yang baru bersalin.

Benarkah hantu penanggal ini wujud?

Apa itu penanggal? Adakah ia sejenis hantu ataupun setan? Menurut kata orang-orang Sabah terutamanya dari Kota Belud, penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam. Di Sabah, Penanggal di panggil B Kuasa Dua.. Sebab kenapa? Sebab menggunakan perkataan BALAN BALAN akan mendorong ia datang!


Kisahnya begini >>>


Kisah ini terjadi pada 8 bulan lepas, Menurut saudara saya,  padam malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.. Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap.. Seperti pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peritiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.


Namun pada malam yang berikutnya.. Satu peristiwa yang agak seram dan menakutkan terjadi kepada 3 beranak ini.. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anak mereka terlihat satu bentuk seakan-akan penanggal berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka, sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu?!


Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan... ibunya yang dari tadi menyangka penganggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju!


Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang.. untuk menenangkan keluarganya, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat kursi sebagai pendinding.. Penanggal tersebut bertambah ganas! ia menghentak-hentakkan kepalanya ke arah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya!


Penanggal itu seperti tidak takut dengan ayat-ayat di bacanya..semakin dibaca.. semakin bertambah agresif penanggal itu! Penanggal itu terbang beriringan dengan keretanya dan memerhati mereka dari tepi tingkap.. oleh kerana takut sangat..rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut!


Nasib mereka agak baik.. tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut.. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon itu!


Menurut saudara saya,  selepas peristiwa itu... Rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangat nya!


Ishhhh isshhh ishhhh..... Kata orang-orang tua.. kalau nampak benda yang pelik.. jangan ditegur.. Hehehe


Lawak Web Ini Untuk Mengikuti Cerita Terkini:
http://www.blogbahni.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2013 01:03 PM | Show all posts
ada lagik hantu legend tu kat zaman2 moden skarang?!! kene kejar plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2013 01:36 PM | Show all posts
@ainiz81 ni thread balan2 ni kak. jom meriahkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 12:25 AM | Show all posts
Kesian org yg hon tu.. btw agak2 ada ke b kuasa dua ni yg dah berhijrah ke semenanjung dan masih jd b kuasa dua? Xpernah lg kan dengar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2013 11:47 AM | Show all posts
Kat Sabah Balan2 ni masih Wujud Hingga Sekarang.. Kalau tak Percaya.. korang Pergi LAwat Kat Daerah KOTA BELUD..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 01:20 AM | Show all posts
jepisbekri posted on 1-9-2013 11:47 AM
Kat Sabah Balan2 ni masih Wujud Hingga Sekarang.. Kalau tak Percaya.. korang Pergi LAwat Kat Daerah  ...

OMG!! xnak den jumpo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2013 09:39 AM | Show all posts
jepisbekri posted on 1-9-2013 11:47 AM
Kat Sabah Balan2 ni masih Wujud Hingga Sekarang.. Kalau tak Percaya.. korang Pergi LAwat Kat Daerah  ...

ada cerita lain lagi tak? biasa dgr mmg kb byk masih tu b2...

kuala penyu dulu sy pernah dgr juga org cerita kejar van ambulans
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:12 AM | Show all posts
kan dah kena.. tu la ada org kata.. penanggal/balan2 ni ada 2 kemungkinan jer kalo kita tunjuk @ tegur dia... satu dia akn jatuh @ dia akan dtg dkt kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 10:58 AM | Show all posts
menda ni mmg suke kejar org ke? dia tade keja ke ape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 11:33 AM | Show all posts
cagOO posted on 2-9-2013 10:58 AM
menda ni mmg suke kejar org ke? dia tade keja ke ape

Bende ni dia takkan ganggu kita kalau kita tak ganggu dia.. contoh, kita nampak dia syok2 terbang dengan matanya yang merah.. kita dah tunjuk dan tegur.. CONFIRM dikejar sampai jendela rumah..

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 12:07 PM | Show all posts
Takde keje nak hon2 lak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 01:18 PM | Show all posts
aku pecaya je benda nie ade..dia syok kejar sbb nak ajak main2 kot..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 03:17 PM | Show all posts
jepisbekri posted on 2-9-2013 11:33 AM
Bende ni dia takkan ganggu kita kalau kita tak ganggu dia.. contoh, kita nampak dia syok2 terbang  ...

ooo... kirenye wat xnampak jela ek even dia terbang sengih2 depan mate kite? takut nnti dia ckp sombong pulak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 01:59 PM | Show all posts
trus terigt cerita misteri balan-balan..yg pelakon lelaki aku igt, yg pelakon prmpuan julia hana..seram plk baca cerita kau ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 02:38 PM | Show all posts
jepisbekri posted on 1-9-2013 11:47 AM
Kat Sabah Balan2 ni masih Wujud Hingga Sekarang.. Kalau tak Percaya.. korang Pergi LAwat Kat Daerah  ...

boleh msokan dalam agenda cuti2 malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:14 PM | Show all posts
aku dok 7 taun kat sabah... semua pelusuk dah ku jelajahi kecuali lembah danum...
xpenah lagi aku jumpa yg pelik2.... wpon aku gerak tgh malam ke subuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 04:47 PM | Show all posts
pedalaman ranau takde kan? mintak2 takde. adoii, takutla aku kalau nampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
marah btol penaggal tu sebb kene hon yer. apela nasib yg kene kejor second round tu.  ade x yg kene kejor tu jd forumer kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 12:28 PM | Show all posts
sib baik mende tu tak cakap...apa hon2..hehehe tidak..mau pengsan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni kalau nmpak bende2 mcm ni xnak hon le.. Takut nanti kene follow plk.. Kalau bgi high beam die follow jgk ke??

I will follow u..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.378309 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list