Saya seorang silent reader yg selalu lepak di forum CARI. Cuma baru sekarang terbuka hati utk meluahkn masalah yg ingin dikongsi. Saya berumur dalam 20++ dari KL dan merupakn seorang lelaki. Masalah utama saya adalah seorang PEMALU. Mmg saya agak pemalu utk berborak walaupun dengan lelaki. Saya mengambil masa yg agak lama utk masuk dgn someone. Saya byk meluangkn masa dgn rakan rapat dan mmg saya tidak pandai utk memulakan perbualan dgn orang yg baru kenal.
Saya seorang lulusan Universiti tempatan dan ketika di zaman Uni mmg saya agak pendiam dan hanya bercakap apabila perlu. Apa yg merisaukn saya sekarang adalah saya baharu memasuki alam pekerjaan. Saya tidak mempunyai sebarang kenalan di tempat kerja dan memang agak kekok bersama rakan2 baharu. Saya tidak tahu cara utk memulakn perkenalan dan agak kekok apabila berbual. Tempat kerja saya adalah sebuah syarikat yg besar dan interpersonal skills adalah amat penting. Saya risau jika sifat malu ini akan memberi impak negatif terhadap karier yg baharu saja bermula.
Saya dulu mempunyai teman wanita tetapi sekarang sudah hampir 3 tahun single. Saya tidak bercadang mempunyai teman wanita dalam waktu terdekat tapi cukuplh mempunyai kenalan utk brkawan. Saya ingin cuba bersosial dan mempunyai kenalan baharu. Saya mohon pendapat dari rakan2 forum utk membantu saya agar dapat kurangkn sifat pemalu dan beri tips utk lebih confident apabila brhadapan dgn masyarakat. Terima kasih.
![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|