CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 57390|Reply: 38

12 Sebab Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita Lebih Tua

[Copy link]
Post time 12-9-2013 08:36 AM | Show all posts |Read mode


Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua?


Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.

1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.
   
2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya ‘clingy’ dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.

3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.

7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih ‘adventurous’ dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama ‘taboo’ dan ada lelaki yang merasakan ‘taboo’ atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Walaubagaimanapun,jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 08:44 AM | Show all posts
Sume salah... sebabnya... berpengalaman & gersang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:58 AM | Show all posts
xpyh nk ber12 sgt, aku suka pmpn lbih tua sbb muka dorg cm ade daya tarikan yg sukar diungkapkan, nk kate matang, perangai lgi mngada2 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 02:59 AM | Show all posts
bagi aku laa, pompuan yg lg berusia nie ade aura laa..
lain cikit dari pmpuan yg sebaye ngn aku..

kat office aku ade sorang manager pompuan nie, single...
perghh, tiap kali lalu mst aku curik tgok..
ari tue berdua jea ngn die dlm lift..
nk tegur segan..
hahahahaha..


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 07:19 AM | Show all posts
nak kata perempuan berusia nie matang, x jugak.....bagi aku aura dieorang nie yg menjadikan dieorang nie menarik pandangan orang lelaki yg lebih muda. lagi satu sifat keibuan tu memang terserlah la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 07:20 AM | Show all posts
Wanita berumur biasanya kuat seks.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2013 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pmpuan brumur lbh mtang dan snang nk dhandle...lbih realistik trhdp ssuatu prkara...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2013 08:35 PM | Show all posts
projek dengan rosmah boleh ...
gambar kat behor goncar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 07:19 PM | Show all posts
tapi awas, kalau dpt bini yg lebih berumur, dia akan kurang respect skit ngan somi...si bini akan rasa dia lebih bagus
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 08:55 AM | Show all posts
Bagi free pun aku tanak kawin dengan pempuan lanjut usia ......
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 09:17 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 17-9-2013 08:55 AM
Bagi free pun aku tanak kawin dengan pempuan lanjut usia ......

kesian andartu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 07:59 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 17-9-2013 08:55 AM
Bagi free pun aku tanak kawin dengan pempuan lanjut usia ......

Jgn ckp sombong abg lox
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 08:52 AM | Show all posts
garnet posted on 20-9-2013 07:59 AM
Jgn ckp sombong abg lox

Garnet gadisku, sebenornye Garner ...isteri abe Lox lapan tahun lanjut usia dari abe Lox ... so abe Lox lebih mengerti hiba perasaan dan penderitaan batin yang terpaksa dilalui oleh lelaki-lelaki kurang matang apabila mereka membuat keputusan terburu-buru untuk mengahwini wanita yang dah lanjut usia.

Garnet yang abe kasihi, ketika abe Lox berkawin, abe Lox masih muda remaja dan oleh kerana dianugerahkan wajah yang hensem abe Lox digilai ramai gadis-gadis muda remaja, malah ketika abe Lox baru je abis bersunat, ibu abe Lox pernah menerima sepucuk surat permohonan dari jiran abe Lox mohon supaya abe Lox bila dewasa kelak, dia mohon supaya abe Lox di"reserve"kan untuk anak perempuan mereka yang pada ketika itu hanya berusia 3 tahun setengah.

Namun Garnet, ... segala-galanya itu hanya menjadi kenangan, abe Lox tewas dan delusionized oleh permainan ayat cinta wanita yang jauh lebih dewasa dari abe Lox sendiri sehinga abe Lox mengambil keputusan untuk menikah pada ketika usia abe Lox 26 tahun sedangkan isteri abe Lox dah pun 34 tahun pada ketika kami diijabkabulkan...maka segala-galanyanya bermula dari situ, hinggalah ke hari ini...selepas 20 tahun bersama.

Ikutilah kisah hidup abe Lox seterusnya .... selepas ini.


Last edited by Loxlaxman on 20-9-2013 08:53 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:18 AM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-9-2013 08:52 AM
Garnet gadisku, sebenornye Garner ...isteri abe Lox lapan tahun lanjut usia dari abe Lox ... so ab ...

ish ish ish...kesian abe Lox
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:35 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 15-9-2013 07:20 AM
Wanita berumur biasanya kuat seks.

itu wanita berumur yang gersang.....
mmglah kuat seks...
lepas setahun dua ko kahwin dgn dia cer tengok......
mesti dah x kuat dah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 10:56 AM | Show all posts
redd_07 posted on 20-9-2013 10:18 AM
ish ish ish...kesian abe Lox

Aikkk redd .... lamanya tak muncul ...  sihat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2013 12:51 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-9-2013 08:52 AM
Garnet gadisku, sebenornye Garner ...isteri abe Lox lapan tahun lanjut usia dari abe Lox ... so ab ...

ohhhh....begitu rupanya alkisah abe lox


p/s - indah sungguh bahasa yg digunapakai oleh abe lox dalam bercerita kisah abe lox ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 12:57 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-9-2013 08:52 AM
Garnet gadisku, sebenornye Garner ...isteri abe Lox lapan tahun lanjut usia dari abe Lox ... so ab ...

Dear abe lox...

i ketawa tersipu2 bila baca luahan hati abe lox...
adakah dgn wife abe, sense of humour abe begini jua?
ke kaku diam seribu bahasa?

bak kata marilyn monroe :“If you can make a woman laugh, you can make her do anything.”

mesti wife abe lox blh buat apa je kalau abe buat dia ketawa selalu..

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:30 PM | Show all posts
clivia posted on 20-9-2013 12:57 PM
Dear abe lox...

i ketawa tersipu2 bila baca luahan hati abe lox...

cik clivia...kalau ade button like...i hit like 1000 times!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2013 03:31 PM | Show all posts
Loxlaxman posted on 20-9-2013 10:56 AM
Aikkk redd .... lamanya tak muncul ...  sihat?

sihat ajerrr..........
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.074780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list