View: 25867|Reply: 29
|
Mengapa Cinta Hilang Selepas Kahwin
[Copy link]
|
|
Ramai yang salah anggap tentang cinta. Bila kita ‘sukakan’ seseorang berlainan jantina cinta ke tu? Bila kita anggap dia seseorang yang special lebih dari orang lain cinta ke tu? Bila selalu angaukan dia cinta ke tu? Bila selalu buka profile dia, komen status dia, like gambar dia cinta ke tu? Bila kita ada perasaan ingin menjaga dia, ingin melindungi dia cinta ke tu?
Bukan. Tidak. No. Nehi. itu bukannya cinta. Cinta bukan sejenis emosi. Cinta bukan sejenis perasaan. Menerusi lagu, filem, drama, cerita dongeng zaman dulu kita selalu di’konspirasi’kan bahawa cinta adalah sejenis perasaan. Kononnya timbul dari dalam hati. Dari mata jatuh ke hati
Cinta sebenarnya adalah perbuatan
Dengan erti kata lain cinta adalah sama seperti berjalan, berlari, memasak, melompat
Ok.
Semua tahu. Semua baca surat khabar. Semua baca internet, bahawa kadar penceraian di Malaysia adalah tinggi. Semua juga tahu yang kadar penceraian tersebut di’sumbang’kan oleh pasangan muda yang berkahwin tak melebihi 5 tahun. Mengikut kajian juga (betul-betul kajian atau memandai2 je pihak tertentu, ntahla..haha), tempoh getir sesebuah perkahwinan adalah tempoh 5 tahun selepas mula berkahwin dan seandainya pasangan dapat melepasi 5 tahun tersebut, kemungkinan untuk mereka hidup bahagia kemudian hari adalah tinggi
Ok.
Ada orang hidup bercinta bertahun-tahun, tapi hidup berkahwin hanya sebulan dua kemudian bercerai. Pernah dengar?
Ada orang bercinta pakai panggilan ‘bi’ ‘sayang’ ‘ling’, tapi sesudah beberapa tahun kahwin hilang panggilan tu. Pernah dengar?
Ada orang bercinta sanggup telefon bermesej hari-hari tapi sesudah beberapa tahun kahwin sama-sama duduk meja makan pun diam
tak cakap apa-apa. Pernah dengar?
Agak-agak kenapa semua tu boleh berlaku?
Apa punca?
Apa punca hidup bercouple tak sama dengan hidup laki bini?
Apa punca kemanisan ketika becouple hilang ketika hidup sebagai suami isteri?
Kerana kita salah anggap tentang cinta. Kita anggap ketika bercouple ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah itu lah ‘cinta’. Maka, setelah berkahwin ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah tersebut terhakis secara perlahan-lahan dan kita beranggapan cinta dan kemanisan turut hilang secara perlahan-lahan sekaligus hilang panggilan ‘bi’, ‘sayang’ dan sebagainya hal-hal lain.
Macammana tak terhakis kalau benda yang remeh seperti kedudukan almari pun boleh jadi gaduh?
Macammana tak terhakis kalau baby tiap-tiap malam nangis?
Macammana tak terhakis kalau tiap-tiap hari bincang pasal masalah kewangan keluarga?
Hidup bercouple tak sama hidup berkeluarga. Hidup berkeluarga banyak cabaran. Anak, rumah, kereta, pinjaman bank, nafkah anak bini, barang dapur. Benda ni semua adalah cabaran dan masalah. Mana mungkin kita ni kuat sangat (kecuali segelintir kot) masih nak ber’perasaan’ mesra, seronok, selesa, atau indah semasa nak settle kan semua benda-benda tersebut?
Ok.
Kalau time couple ‘perasaan’ mesra, seronok, selesa, best dan sayang si dia tu bukannya cinta..abis tu apa benda tu?
Sebenarnya itu bukannya cinta. Itu hanyalah perasaan excited atau teruja semata-mata. Perasaan teruja apabila kita menerima sesuatu benda yang ‘baru dan berlainan’ dalam hidup kita. Atau perasaan teruja apabila mendapat apa yang kita ‘ingin’kan. Atau perasaan teruja apabila mendapat apa yang ‘ditunggu-tunggu’. Perasaan yang hanya ada dalam hati kita. Dalam hati kita semata-mata untuk kita, bukan untuk si dia. Perasaan tersebut lah yang disalah anggap sebagai cinta.
Cinta sebenarnya perbuatan. Perbuatan di mana kita ‘mendahulukan’ diri dia daripada diri kita sendiri. Perbuatan di mana kita ‘mengorbankan’ keinginan kita untuk keinginan dia. Perbuatan di mana kita ‘memberi’.
Ketika dia sakit, kita sanggup berkorban masa untuk menjaga dia. Itulah cinta
Ketika dia dalam masalah, kita orang pertama membantu dia. Itulah cinta
Ketika dia inginkan sesuatu, kita sanggup mencari untuk dia. Itulah cinta
Ketika dia dalam kejahilan, kita membantu membimbing dia. Itulah cinta
Dan lain-lain……..
Disebabkan inilah orang dulu-dulu walaupun kahwin dengan seseorang yang tidak mereka kenal, mereka masih boleh bersama sehingga tua dan bercerai mati. Mereka bercinta melalui perbuatan. Mereka bercinta secara matang. Mereka saling ‘mengorbankan’ keinginan mereka untuk memenuhi keinginan pasangan mereka. Mereka tak perlukan ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat jiwang yang geli-geli untuk mendapat kebahagiaan.
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita.
Tulisan ini adalah subjektif maksudnya tulisan ni mungkin ada yang setuju, ada yang tak setuju. Bahkan semua tulisan dalam dunia ni subjektif kecuali 2 tulisan iaitu Al-Quran dan Hadis.
*update tukar tajuk (saje2)
Last edited by anwarnuwa on 3-10-2013 12:30 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita. ooo...patutla ramai lelaki yg tangan2 mereka jd tangan 'sotong' ms bercinta...
tu blom kira depa ajak ppuan bersenggama utk buktikan samada cinta atau idak..
|
|
|
|
|
|
|
|
TT ni MN mamat tunjuk ketiak tu ke? ooyeah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita
betul la tu..
'saya cinta isteri/suami saya ..sebab itu saya sepak , tumbuk , belasah isteri / suami saya' |
|
|
|
|
|
|
|
Celik hati dulu tentanh cinta apa yang pertama dalam carta ..baru la bole berani untuk memberi cinta pada manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Celik hati dulu tentanh cinta apa yang pertama dalam carta ..baru la bole berani untuk memberi cinta pada manusia |
|
|
|
|
|
|
|
CINTA...adalah saling memberi dan memberi.....bukan saling menerima dan menerima....bukan saling memberi dan menerima..amat mudah....tp mende yg mudah nie...manusia susah mempercayai dan tak mampu melaksanakan....yg susah2 jugak dicari dan diusahakan... |
|
|
|
|
|
|
|
ana_una posted on 24-9-2013 02:11 PM
ooo...patutla ramai lelaki yg tangan2 mereka jd tangan 'sotong' ms bercinta...
tu blom kira depa ...
laju tol pikiran ko ke arah tu hahaha
tapi
'bertangan kerana cinta' tak sama 'bertangan kerana nafsu'. nafsu dan cinta tu lain
|
|
|
|
|
|
|
|
what i'm sure now,i just love my family...especially my parents and my only sister ..
ow..just knew..i never fall in love with any guys..even to my boyfriends ...hukhukkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
cinta adalah apabila kita membawa orang yang kita cinta menuju jalan kesyurga. |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta adalah kejujuran.. kesetiaan..pengorbanan..
it takes two to tango.. |
|
|
|
|
|
|
|
OOOWH..BARU AKU FAHAM..... |
|
|
|
|
|
|
|
Observantt posted on 30-9-2013 07:40 PM
what i'm sure now,i just love my family...especially my parents and my only sister ..
ow.. ...
u r lesbo maybe ??? hahaa..
|
|
|
|
|
|
|
|
awanjingga posted on 24-9-2013 03:42 PM
Sebab cinta itu bukan pada mulut atau hati, tapi cinta tu ada pada tangan kita
betul la tu..
part ni ai agree...
sanggup dijual pula tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tak hilang lagi cinta tu. |
|
|
|
|
|
|
|
SIGNATURE .........................................................................................................................................................
Last edited by tokmanting on 6-10-2013 01:44 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu org kata masa bercinta jgn bagi semua, reserve certain percentage utk diri sendiri, tak kira perempuan atau lelaki. Berkahwin itu satu step utk manusia menaikkan graf kehidupan, menghalalkan yg haram. Banyak fasa dlm perkahwinan, fasa baru nikah, fasa di mana kita baru nak mengenal individu yg bernama lelaki dgn lebih mendalam. Bayangkan dalam kita berkawan sesama lelaki atau wanitapun kita berselisih faham inikan pula berlainan jantina.
Fizikal dah lain, emosi juga lain, itu belum lagi masuk hal-hal sekufuran, latar belakang dll. Jika anda menerima kelebihan pasangan anda maka terimalah segala kekurangannya kerana kita sendiri sebenarnya tak sempurna mana.
Sebelum kahwin iolls dgn hubby panggil nama, selepas kahwin panggil nama, dapat anak panggil mummy daddy...anak dah besar panggil darling / sayang......ahhhhhhhhhhh I love him.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|