CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5297|Reply: 6

derita seorang genius

 Close [Copy link]
Post time 8-4-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda terfikir, seseorang menjadi genius akibat penderitaan? Ya, seseorang boleh menjadi genius akibat menderita. Seperti nasri, ketika di zaman sekolah, dia tidak pernah alami kebahagiaan. Dia seorang yg nakal malah jahat juga. Tetapi malang baginya apabila keburukan2 yg dilakukan nasri mendapat balasan. Dia difitnah, malah pernah dibelasah oleh seluruh budak2 lelaki sekolah yg sama tingkatan dengannya akibat fitnah. Dia juga dibenci oleh guru2nya dan ditindas. Akibat trauma yg melampau2 dan dia hampir membunuh diri, akhirnya nasri berhenti sekolah.

3 tahun dia berkurung di dalam bilik. Banyak perkara2 negatif yg menghinggap fikirannya. Dia sering menangis dan menangis. Sehinggalah pada satu tahap dia sudah tidak larat mengalirkan airmata. Pada tahap itu, dia lebih banyak termenung dan mencari cari dimana silapnya. Otaknya ligat berfikir dan dia sentiasa berfikir setiap jam dan setiap hari akibat trauma yg dialaminya! Ini menyebabkan sel2 otak yg selama ini tidak digunakan nasri sudah mula berkembang dan terus berkembang, kesan dari banyak berfikir.

Setiap perkara yg difikirkan nasri terlalu mendalam, hingga mampu kita katakan sedalam dasar laut akibat trauma melampau yg dialami dan bagi mengubah dirinya yang buruk. Dia terus mencari, dan terus mencari kebenaran, sehinggalah dia sudah mampu mengubah dirinya menjadi seorang manusia yg sempurna dan boleh diterima masyarakat.

Kini, nasri yg sekarang bukanlah nasri yg dulu. Nasri yg sekarang adalah bijak dan tahap kematangan dia sangat tinggi melangkaui orang2 lain. Dia menjadi seorang yg berpengaruh, ramai rakan, disenangi kerana budi pekertinya, pandai membuat lawak dan ceriakan ketika seseorang itu murung dan macam2 lagi.

Pada awalnya nasri tidak pernah menyedari yg dirinya berubah ke arah kebaikan secara mendadak. Sehinggalah pada satu hari dia merasakan yg dia terlalu ramai orang2 yg menyayanginya. Malah jika dia tiada, rakan2nya akan sentiasa mencari mengambil berat terhadap dirinya. Kadang2 sampai melampau pun ada.

Lama juga dia mengkaji mengapa dirinya berubah secara mendadak. Dia juga mula merasai yg pemikiran dia tidak sama seperti dulu dan tahap kematangan serta logistika tidak sama seperti orang2 lain. Kerana setiap kali perbualan, kesimpulan dan pencerahan yg dibuat oleh nasri dengan rakan2nya seringkali terlalu mendalam walaupun hal2 yg remeh temeh, ini membuatkan tidak ramai orang2 yg memahami nasri. Mereka hanya faham setelah nasri membuat satu ringkasan agar mudah difahami, dan kebanyakan rakan2nya selalu bersetuju dan terpegun selepas itu dan mengatakan bahawa nasri seorang yg bijak dan genius setelah dapat memahami hasil ringkasannya.

Nasri juga mula perasan bahawa dia mempunyai satu kelebihan baru, iaitu mampu 'melihat' percubaan menipu atau pembohongan seseorang dengan hanya berfikir sahaja dan tekaannya banyak yg betul, malah si penipu2 tadi akhirnya membongkarkan sendiri rahsia2 pembohongannya kepada nasri.

Ini membuatkan nasri semakin tertanya tanya mengapa dia menjadi begitu, sedangkan di sekolah dulu dia tidak sebijak itu, dan tak mungkin keistimewaan itu berlaku sejak lahir. Walaupun begitu, sebenarnya nasri menderita kerana dia terlalu kerap berfikir hal2 yg remeh temeh secara mendalam walaupun bukan kerelaannya, dan apabila dia suarakan pendapatnya itu kepada rakan2nya, tidsk seorang pun yg memahami apa yg dikatakan nasri kerana setiap soalan2 dan perbincangsn nasri terlalu luarbiasa. Ini menyebabkan dia sentiasa asyik dengan dunia ciptaannya sendiri. Nasri juga mempunyai hobi dan cita2 yg tidak sama dengan orang lain.

Pada satu hari, nasri tergerak hati untuk mengenali penyakit2 mental seperti penyakit2 cluster A, cluster B dan cluster C satu per satu dengan penuh kesabaran, minat dan teliti seperti antisosial, psikopat, avoidant, schizoid dan sebagainya. Dia juga pernah membuat ujian samaada dia mengalami salah satu dari penyakit itu dan dalam banyak2 ujian, dia dapati yg dia mengalami sejenis penyakit yang dipanggil 'Tortured Genius' dan dia pasti seratus peratus segala simptom2 yg dialaminya adalah sama dengan penyakit ini.

Tortured genius bermaksud seseorang yg genius sering membuat sesuatu kesimpulan dan persoalan2 yg merumitkan dan luarbiasa. Orang2 biasa yg normal biasanya tidak dapat memahami apa yg dikatakan seseorsng yg mengalami penyakit ini kerana pemikiran pesakit2 ini biasanya begitu mendalam walaupun hal2 yg tidak penting. Mereka juga merasakan bahawa mereka ingin menaluki dunia dan mempunyai keupayaan mengubah dunia dengan peradapan yg lebih hebat dan sempurna. Perasaan ini tercetus mungkin disebabkan mereka merasakan pemikiran mereka adalah cukup hebat, dan setiap perkara2 yg mereka fikirkan biasanya banyak yg betul dari salah.

Mereka juga menderita akibat tidak ada orang mampu memahami mereka, dan mereka juga menderita kerana tidak mampu merealisasikan keinginan dan cita2 mereka. Ya, mereka juga akan mudah marah pada sesiapa yg tidak berfikir panjang sebelum komen, komen2 bodoh dan secara membabi buta memberi komen, kerana pemikiran seperti ini sangat bertentangan dengan pemikiran2 tortured genius ini.

Namun, ada banyak kemungkinan2 seseorang itu menjadi genius. Kemungkinan yg dihidapi nasri pula adalah dia secara tidak sengaja telah mengasah pemikiran dia menjadi seorang yg genius. Berbalik kepada mula2 tadi, cerita ini ada menceritakan bahawa nasri mengalami trauma yg begitu dahsyat, sehingga dia tidak mampu lagi meratap jiwanya yg sedih itu. Kemudian dia hanya mampu termenung dan mengenangkan kisah2 hidupnya ketika di sekolah. Ketika dia termenung, banyak perkara yg dia fikirkan bagi mengubah dirinya. Termasuklah menganalisis punca2 permasalahan secara begitu mendalam dan terperinci, menganalisis bagaimana perangai atau habit seseorang agar dapat diterima dan disayangi masyarakat secara mendalam, menganalisis penyelesaian2 bagi segala permasalahan dan sebagainya.

Ini telah menjadikan nasri seorang yg berfikiran luarbiasa. Kerana dia sering berfikir sesuatu secara mendalam dan luarbiasa, secara semulajadi sel2 otak yg tidak digunakan telah menjadi aktif, dan berjuta2 malah bertrillion sel2 otak nasri semakin digunakan secara tidak sengaja, disebabkan cara dia berfikir. Maknanya, nasri telah melatih otaknya menjadi seorang yg genius dan hebat! Sel2 otak dia semakin berkembang maju!

Selepas menyedari simptom2 yg dia alami itu, kini dia berasa cukup bersyukur kerana tidak semua mampu menjadi seorang yg genius... ada yg terpaksa mengalami keperitan hidup yang amat dahsyat seperti dia sebelum menjadi genius seterusnya disayangi dan dihormati orang ramai,ada juga kurniaan itu berlaku sejak lahir, dan ada juga akibat kemalangan2 tertentu yg telah sebabkan seseorang menjadi genius..

Tetapi bagi nasri, menjadi seorang yg genius ini tidak terlalu menyeronokkan, kerana tiada sesiapa di sekelilingnya yg mampu memahami pemikiran dia yg complicated. Akhirnya dia terpaksa pendamkan segalanya dan berpura-pura menjadi manusia biasa hinggalah sekarang. Walaupun ada yg mengatakan yg dia cuba berlagak pandai ketika berkongsi ilmu,  dia tidak peduli. Kerana itu adalah naluri nasri, dan dia tidak mempunyai niat sikit pun untuk berlagak pandai.  Orang2 seperti nasri pandai berbohong, tetapi mereka sungguh benci berbohong. Jadi mereka jarang sekali berbohong.

Maka di sini timbullah manusia dari golongan2 bodoh yg iri hati. Mereka yg mudah terasa walaupun sekadar borak kosong. Ya, bodoh adalah punca segala penyakit busuk hati.... kerana mata hati mereka adalah buta. Kerana mereka tidak mampu memahami sesuatu. Kerana kurniaanNya untuk dijadikan sebagai cabaran untuk manusia golongan2 biasa dan golongan2 genius....











Last edited by HantuKopek3 on 8-4-2014 09:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 09:25 AM | Show all posts
cerita apakah ini?

telenovela?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:36 AM | Show all posts
ak pun tertanya2 tokoh mane plk dia dukpung pang pung pang nie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasri dah mula pikir complicated dan post thread kt sini pulokkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 09:52 AM | Show all posts
selangkah ke alam misteri
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:56 AM | Show all posts
dubuk posted on 8-4-2014 09:52 AM
selangkah ke alam misteri

selangkah ke alam nasri
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2014 12:49 PM | Show all posts
ni novel ke hape niiii..
rajinnya tulis panjang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:37 AM GMT+8 , Processed in 0.308462 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list