CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16601|Reply: 55

Update : Peristiwa Aneh Di Hutan Ulu Gombak

[Copy link]
Post time 15-5-2014 09:28 AM | Show all posts |Read mode
Hai salam sejahtera semua warga board MPS,lama rasanya ex tak buka benang dalam forum.cari ni. Almaklum sajalah sebabsibuk memanjang dengan bermacam2 hal hehehehehe. So today ex nak ceritamengenai pengalaman ex yang ada sedikit aneh, kurang seram yang pernah terjadipada ex sekitar tahun 2010 ketika itu ex dengan tidak sengaja telah melibatkandiri secara sukarela didalam 1 program Biologi anjuran sebuah institusi yangbertempat di Cyberjaya.

1-Pembahagian Kumpulan

Kisahnyanyabermula begini, pada hari minggu ( sabtu ) ex dan beberapa rakan yang barusahaja kenal menyertai 1 program biologi dimana setiap peserta dibahagikan pada4 kumpulan. Setiap kumpulan ada mempunyai 5 orang ahli dan setiap kumpulan jugaditempatkan diberlainan lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjurprogram. Seingat ex, kumpulan pertama ditempatkan di Kuala Selangor iaitu tempat hutan laut untuk mereka selidik circulation dan habitat kehidupan payabakau. Kumpulan kedua, ditempatkan di kawasan berhampiran iaitu di Paya IndahWetlands Dengkil, dan kumpulan ketiga pula ditempatkan di PPLUM ( PusatPengajian Luar Uni Malaya ) yang bertempat di Ulu Gombak untuk membuat kajiantumbuhan hutan hujan khatulistiwa, manakala kumpulan yang terakhir iaitukumpulan keempat di tempatkan lokasinya di Hutan Simpan Air Itam iaitu diPuchong. Selepas mendengar taklimat yang diberikan, semua ahli kumpulanbergerak ke lokasi masing2 dan segala peralatan juga turut dibekalkan olehpihak institusi kepada setiap kumpulan.

2-TibaDi Lokasi

Setelahberedar Cyberjaya ex beserta ahli kumpulan bergerak ke PPLUM Ulu Gombak denganmenaiki sebuah 4WD yang dipandu oleh seorang brader yang umurnya dalamlingkungan 45 tahun. Brader ni biasa melakukan outdoor aktiviti iaitu jungle trackking, hiking, dan macam2 lagi aktiviti luar yang berkaitan dengan hutan.Untuk makluman korang brader ni memang 'special' sebab dia ada instinct untukmerasa kehadiran mahluk yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Dia punpandai juga mengubat orang secara alternatif sesikit berdasarkan penceritaanyang diceritakan kepada aku sepanjang perjalanan ke Ulu Gombak tu. Ex bersamaseramai 4 orang ahli kumpulan selamat tiba di PPLUM pada jam 09:45 pagi dandisambut dengan 2 orang kakitangan PPLUM di kawasan parkir kereta hadapanbangunan utama. Selepas mendaftar nama pada log book di PPLUM, dan mendengarsekali lagi taklimat ringkas yang disampaikan oleh 2 orang kakitangan PPLUM, exdan ahli kumpulan bersiap sedia untuk meredah kawasan hutan belantaraberpandukan seorang kakitangan dari PPLUM itu sendiri.


3-Mula Perjalanan

Exbersama2 ahli kumpulan dan seorang juru pandu memulakan perjalanan merentashutan dengan berjalan kaki melalui bahu jalan KL-Bentong lama sebelum memasukikawasan hutan disitu. Kebetulan pula ex baru 1st time pergi kawasan tu dan expun rasa pelik sebab ramai orang yang belajar memandu lalu kat jalan Gombaklama tu dan part yang paling kelakar enjin kereta orang yang belajar memandu tumati bebetul tepi laluan berbukit dimana ahli kumpulan ex lalu dan ex juga adaterperasan terdapat sebuah kuil India dekat sebelah bahu jalan sana dan exsempat mencuri2 jeling ada beberapa orang penjaga kuil memadang kearah kumpulanex. So ex dan ahli kumpulan meneruskan perjalanan ke hutan yang dipanggil'phase 01' iaitu hutan fasa pertama sebabnya banyak pokok2 buah ara atau buah2hutan dan rimbunan buluh serta beberapa spisis pokok balak yang hidup subur.

Semasa ini terasa amat begitu mencabarsangat2 trackkingnya kerana terlalucuram, tanahnya licin sebab lepas hujan, terdapat halangan batang balak yangtumbang dan turut juga menangkis serangan pacat yang menjadi2. Semasa beradadidalam hutan tersebut, ex dan ahli kumpulan diberikan penerangan tentangjenis2 tumbuhan herba yang renek sampailah kepada spesis kayu balak yangbesarnya lebih beberapa pemeluk orang dewasa. Ex keluarkan bekas kecik2 danambil sample daun2, buah2an hutan, dan sisa salinan kulit ular untuk dibawapulang ke makmal institusi. Memandangkan hari hampir meninggi iaitu sekitar jam12:45 tengahari, juru pandu mengarahkan semua ahli dalam kumpulan supayaberpatah balik ke PPLUM untuk makan tengahari dan berehat2 sebelum menyambungmeredah hutan 'phase 2' iaitu selepas selesai berehat dan juga makan tengahari.

Kalau pada permulaan kami dibawa masuk kehutan melalui jalan denai, tetapi kali ini kumpulan ex dibawa pulang ke PPLUMmelalui jalan sungai atau jeram. Bunyi macam bestkan? lalu tepi sungai berbatu2hehehehe. Tapi berlaku nasib malang pada salah seorang ahli kumpulan ex, sebabsorang akak tu tergelincir dan kaki terseliuh masa nak melompat dari atas batuke batu yang lain. Terpaksalah akak ni dipapah oleh ahli yang lain kePPLUM  untuk dirawat kakinya yang terseliuh itu dan akak ni jugaterpaksa dikecualikan daripada meneruskan perjalanan pada waktu yang berikutnya.


4- Hutan Phase 02

Selepaskesemua ahli mengisi perut yang lapar di bagunan PPLUM, kesemua merekamenyambung semula aktiviti merentas hutan pada jam 02:10 petang. Tetapi kaliini kumpulan ex dah kurang seorang ahli sebabnya sorang akak yang kakiterseliuh tu tidak dibenarkan meneruskan aktiviti tersebut kerana difahamkankasawan 'phase 2' agak mencabar dan perlukan stamina yang tinggi. Kumpulan exdipanggil oleh juru pandu PPLUM dihadapan bangunan untuk berkumpul dandiberikan penerangan sekali lagi serta perjalanan diteruskan. Seperti biasa exdan yang lain2 melalui bahu jalan Gombak lama dan sebelum sampai ke 'phase 2'kumpulan kami memasuki kawasan balai polis lama. Sesiapa kat MPS ni biasa lalukat area Gombak mungkin tahu balai polis lama yang saya maksudkan itu.

Ex beramai2 masuk ke kawasan balai polis lamatersebut dan apa yang ada hanyalah semak samun yang tinggi beberapa meterketinggian orang dewasa, sisa2 pecahan atap genting, kayu2 jenang pintu, alangatap, dan barang2 penagih dadah yang ditinggalkan. Hanya ex, abg man (age 45),dan juru pandu PPLUM yang masuk kedalam balai polis tersebut untuk melihatsegenap ruang yang terdapat dalam balai polis lama tersebut. Dari luar hanyalahbalai polis tinggal yang bersaiz kecil, tetapi bila masuk kedalam balai polislama tersebut ex sendiri terkejut kerana tak seperti yang ex sangka2kan.Punyalah banyak bilik2 ( bukan sel ) dan seolah2 kalau di 'layout'kan ianyaseperti kita berada didalam sebuah rumah yang bersaiz semi-D setingkat! sungguhpelikkan rasanya? macam kurang percaya saja kalau difikirkan. Juru pandutersebut ada bagi tahu kat ex yang balai polis lama tu dianggarkan binaannyasekitar tahun pertengahan 1930an sebelum menamatkan perkhidmatannya padasekitar awal tahun 1980an.

Dengan rasa hati yangkurang sedap ditambah2 pula kami bertiga telahpun berada didalam balai lama tulebih kurang 15 minit lebih, barula abg man bukak mulut cakap "Encikpernah ke ada bebenda pelik jadi sekitar ni"?... Hahahaha ex gelak dalamhati sebab ex tau abg man memang sengaja nak korek kisah mistik daripada jurupandu yang mengiringi kumpulan ex tu dan dia pun bukannya tau abg man tu ada 'special' pada pancaindra dia untuk melihat perkara yangpelik2. Melihat 2 orang lagi yang berada kat luar balai lama tu muka resah danboring sebab tunggu kita orang nak kata lama yang kurang lama, ex dan kesemuamereka teruskan semula perjalanan masuk tu ke hutan melalui jalan denai belakangbalai polis lama tu. Dari belakang balai polis lama tu dan terdengar deruan airterjun yang berderu2 menyambut kedatangan kumpulan ex dan ahli2nya ke kawasantersebut. Sungguh tenang, mendamaikan, sunyi dan hanya bertemankan suaraunggas2 hutan belantara yang bersahut2.


5-Peninggalan

Selepasmemasuki hutan dalam kurang dari 50 meter, juru pandu tersebut menunjukkankepada kumpulan ex kesan2 peninggalan 2 pemerintah dikawasan tersebut. Sesiapawarga MPS yang biasa lalu dan pernah ketempat ini mesti mereka tahu apa yang exmaksudkan iaitu kesan peninggalan 2 zaman pemerintah. Ok ex ringkaskan ianyaadalah kesan pembikinan longkang saliran aliran tadahan daripada air jeram kekawasan shelter tentera jepun tahun 1941, dan kesan tersebut telah pun dikambussecara semulajadi oleh peredaran dari masa ke semasa.
Selang dalam 10 meterlebih terdapat jeram setinggi 7-8 meter dan pada jeram tersebut terdapat kesan2pecahan atau runtuhan tempoh penehan air (empangan). Kawasan ini teramat derassedikit aliran airnya sebab dari kawasan berbukit2 ke kawasan mendatar. Ex danbeberapa orang ahli yang lain tidak melepaskan peluang untuk merendamkan kakiserta membasuh muka dengan air jeram sungai tersebut. Sejuk dan segar. Terasahilang sikit penat berjalan dan berdiri lepas teguk sikit air dari jeram tu dantak terpikir pulak ex tentang wabak kencing tikus yang terjadi macam sekarang.Juru pandu telah mengarahkan kepada setiap orang untuk mengambil gambar2 danjuga mengambil juga sample tumbuhan2 yang ada disekeliling tempat tersebut danex dan ahli kumpulan dibawa jauh lagi ketengah2 hutan untuk melihat apa yangada oleh juru pandu PPLUM.

6-Serupa

Perkaraini terjadi semasa kebanyakan ahli2 kumpulan ex sedang sibuk membuat tugasanmasing2 dimana aktiviti mencari, mengenal pasti tumbuhan2 dan serangga2 kecilsedang dijalankan. Pada ketika ini ex dan juru pandu sedang berada dikawasanyang berhampiran rimbunan pohon buluh dan juga ex seingatnya diberitahu tentangpokok kapal terbang dan fungsinya oleh juru pandu PPLUM. Tiba2 salah seorangdari ahli group ex tu terkejut dan sempat lagi menegur pada seorang kakak yangkakinya terseliuh dan sepatutnya berada di bangunan PPLUM. Tapi kakak tu takpun menjawab sebarang pertanyaan dari rakannya dan diam sahaja sambil berjalanmengikuti kesemua ahli kumpulan dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalamhutan tersebut.
Korang nak tau tak? exada terperasan pada raut air muka juru pandu PPLUM dan reaksi muka abang manseolah2 mereka berdua macam berasa kurang senang dengan kehadiran kakaktersebut dan yang lebih  menghairankan lagitidak pula kakinya berjalan secara berdengkot2 sebab terseliuh pada batudijeram pada pagi tadi. Ex juga ada terperasan apabila juru pandu telah berdehem2sebagai memberi isyarat kepada beberapa orang ahli kumpulan ex apabila ada segelintirdiantara mereka yang cuba untuk berbual2 dengan kakak itu dan abang man adajuga memberi kerlingan mata yang tajam yang kononnya jangan melayan kakak ituwalapun tiada apa-apa reaksi dari kakak itu.

Denganmuka yang sayu seolahnya seperti tiada apa-apa gambaran perasaan, kakaktersebut hanya diam dan hanya meneruskan langkah bersama2 beberapa orang ahlikumpulan ex.  Ex dah mula nampak dandapat merasakan yang ex punya ahli kumpulan ni dorang dah macam takder moodlagi untuk continue denai hutan. Bila mereka semua dah takder mood dan penat,dimana saja tepi denai yang ada anak2 pokok, ada bunga2 liar, mereka main cekupsaja dan simpan terus tanpa bercakap banyak macam mula2 start aktiviti hutan.Lima minit selepas itu juru pandu telah memberi arahan kepada semua ahlikumpulan untuk menamatkan aktiviti merentas hutan memandangkan waktu itu jam hampermenunjukkan 04:17 petang yakni waktu asar akan masuk dalam masa beberapa minitsahaja lagi. Semua ahli disarankan oleh juru pandu untuk 'double check' rakanmasing2 walaupun beberapa kerat aja yang ada, dan semua dinasihatkan supayamemastikan tiada barangan yang tertinggal.

7- Misteri

Alhamdulillah kesemua ahli kumpulantermasuk juru pandu, abang man dan ex sendiri telah selamat keluar dari hutansebelum meneruskan perjalan untuk pulang ke bangunan PPLUM. Ex dan merekaberkumpul di tepi balai polis lama Gombak dan abang man mengira sekali lagibilangan orang ahli kumpulan yang ada termasuk kakak tadi. Ex tengok balaipolis lama tu pada waktu petang berembang tu dah nampak macam lain jatak sama macam yang ex lihat pada waktu tengahari tadi. Kelihatan bangunantersebut terlalu kelam dan terlalu ‘haunted’ dan ‘gloom’ je environment tu.

Perjalan untuk pulang ke PPLUM diteruskan selepasberkumpul selama sepuluh minit. Masa tu jam dah dekat pukul 05:00 petang, mukaletih ex punya ahli kumpulan dah jelas kelihatan. Kakak tu relaks aja muka diaseolah2nya macam tiada rasa penat dan tiada rasa sakit pada buku lali kakinya.Kebetulan pula semasa dalam perjalanan ke bangunan PPLUM lalu kenderaan JPJyang berwarna oren. Dua orang staff JPJ tu berenti kat bahu jalan dan keluardari kenderaan yang berwarna oren tu. Rupa2nya mereka begitu kenal rapat denganjuru pandu yang meniringi ex dan ahli yang lain berdasarkan perbualan merekayang ex terdengar. Kurang lima minit bersalam2 mereka berdua berlalu pergi.
Lagi beberapa langkah ex dah boleh melihat bumbungbangunan PPLUM yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari tepi jalan Gombaklama. Lega ex rasa sebab dalam kepala ex dah fikir2 untuk mandi dan berehatsambil minum2 petang yang disediakan oleh pihak catering. Sampai saja kat depanpintu utama (gate) PPLUM baru ex terperasan kakak tu takda dalam kumpulanperjalanan kami. Rasa tak sedap hati mula timbul, rasa nak patah balik pun dahalang kepalang sebab dah dekat jam 05:30 petang,sedangkan ex belum solat asarlagi.

Sedang rasa terdetik hati untuk berpatah balik danterbuka mulut untuk memberitahu abang man dan juga juru pandu, kelibat susuktubuh kakak kelihatan bersahaja di berandar bangunan dewan PPLUM dan sempatberteriak “hoi korang, habis dah ke”? Semua pelik dan ex juga rasa sebegitu,baru je salah seorang ahli hendak bukak mulut berkata “eh” cepat2 abang manmenoleh kebelakang menjeling tajam sambil membeliakkan matanya. Terus orang tutak jadi nak tegur kakak tu yang berdiri di depan berandar dewan.

8-Merahsiakan

Disebabkan beberapa ahli yang kurang memahami atauistilahnya ‘too slow’ abang man pun buka mulut dengan nada berbisik kat semuaorang ahli. Bunyinya lebih kurang macam ini “ Yang kita lihat tadi kat rimba tu sebenarnya bukan kakak ni tau tapi oranglain. Abang harap kamu semua faham apa yang abang kasi tau ni. Kamu semua diam2tau jangan cerita dengan kakak tu”. Maka lepas tu angguk2 kepala semua orangahli kumpulan ex dan mereka pun dah paham dengan apa yang yang abang manmaksudkan tadi. Selepas menunaikan solat asar dan mandi, ex datang ke dewan makanyang terletak berhampiran bangunan utama dan ex difahamkan juru pandu tidakturut serta dengan kumpulan ex untuk sesi jamuan minum petang.

Seramai 2 orang ahli kumpulan ex berborak2 dengan kakaktersebut dan bertanyakan keadaan kaki kak tersebut yang terseliuh. Ditujuknyakaki beliau yang membengkak sedikit dan ada warna kemerah2an sebesar tapaktangan. Abang man tak lekang langsung dari menjeling2 ahli kumpulan ex yangberbual2 dengan kakak tu, bukan apa abng man tu risau kalau2 salah sorang darimereka terlepas cakap dengan apa yang mereka lihat dalam hutan petang tadi.Selepas ex minum segelas teh o suam dan makan beberapa keepingkuih goreng, ex duduk2 di luar bangunan dewan. Ex sengaja pergi ke halamandepan dewan sambil menikmati keindahan petang. Tidak dinafikan bahawa petangtersebut sangat indah dan begitu mendamaikan dan ex terasa sungguh tenangsekali.


Last edited by ex_klia on 16-5-2014 05:14 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 10:03 AM | Show all posts
kamon kamon sambunggggggg............best ceta hutan hutan niiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:16 AM | Show all posts
best2!

ulu gombak? atas lg dr skem tu ker? or atas lg dr alang sedayu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 10:26 AM | Show all posts
tak_tahu posted on 15-5-2014 10:16 AM
best2!

ulu gombak? atas lg dr skem tu ker? or atas lg dr alang sedayu?

PPLUM ni atas lagi daripada dari Alang Sendayu...tak silap batu sekitar kawasan batu 06 kot. Saya pun tak berapa pasti lah huhuhu sebab sekali aja pegi tahun 2010.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 10:26 AM | Show all posts
mamaezah posted on 15-5-2014 10:03 AM
kamon kamon sambunggggggg............best ceta hutan hutan niiii

Ok saya sambung jap lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:32 AM | Show all posts
cant waittttt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
cepat2 smbg x sbr ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:40 AM | Show all posts
ex_klia posted on 15-5-2014 10:26 AM
PPLUM ni atas lagi daripada dari Alang Sendayu...tak silap batu sekitar kawasan batu 06 kot. Saya  ...

ooo tanye pacik gugel tadik, mmg atas lg. x silap jalan lama g pahang kot.
x penah lagi lalu sini even mmg org gombak.
abes2 atas pun takat alang sedayu + atas2 sket je ms zaman bawak2 diri dlu.
tp belah2 batu 10 ke atas tu mmg seram sket. kat area mimaland. mmg prkampungan.
rimau jadian pun ade.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 10:42 AM | Show all posts
aku belajar driving kat sini la dulu.....kalau lalu lewat ptg, memang seram jugak lah sebab sunyi sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:43 AM | Show all posts
last year pi kelantan time nak balik genting sempah jam gila so hubby cilok kot mana ka, tembuih jalan ni, ya rabbi dengan gelap dgn berliku liku, sampai anak sulung takut dok kat belakang lari dok kat seat tengah, ckp abang takut abang takut...teruih baba dia bukak lampu tengah ...entah apa la yg abg long nampak...rasa punya lama nak sampai UIA tuuu....tobat tak nak lalu dah jalan ni kalau tak dak sbab!
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:51 AM | Show all posts
hi ex....

best citer, layannn
cepat2 sket sambung ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 10:52 AM | Show all posts
ala..
sambungan lagi pleaseeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:11 AM | Show all posts
seram la plak tengok jalan nih...

huhuhu...

nak sambungan

hihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:20 AM | Show all posts
sambungan pelis
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:22 AM | Show all posts
intro yang menarik.. bahasa yang mudah di baca..
teruskan TT..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:23 AM | Show all posts
mana sambungan dia???? plzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2014 11:33 AM | Show all posts
mamaezah posted on 15-5-2014 10:43 AM
last year pi kelantan time nak balik genting sempah jam gila so hubby cilok kot mana ka, tembuih jal ...

aku lalu ngan keta sorang2 time petang pon seram sejuk...
Sbb dalam hutan so cepat gelap
Jalan ni start kat batu 8.. 9 gombak
Tak jauh dari uia
Jalan tembus keluar ke janda baik
Dan boleh sambung sampai ke bentong

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:33 AM | Show all posts
Laaaaaa... blom ada sambungan rupanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2014 11:52 AM | Show all posts
ada continue dia next page







Last edited by ex_klia on 16-5-2014 03:36 PM

Comments

Mohon TT wat perenggan.. berpinar1 mata membaca... edit & buat perenggan enter2 je... pastue baru haku bagi kedit.. tq  Post time 16-5-2014 09:10 AM
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2014 11:53 AM | Show all posts
mummyn kalo balik kampung time raya mesti ikut jalan ni, sbb tak jem. tp jalannya memang scary kalo malam. TT cepat2 sambung ye..tunggu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061044 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list