View: 25394|Reply: 4
|
Tips beli telefon bimbit baru
[Copy link]
|
|
Zaman skrg tukar telefon bimbit atau bahasa omputihnyer handphone( HP) macam tukar baju je kan.Blh kata setiap bulan keluar model hp baru yg lbh up to date daripada segi spesifikasinya.Hp yang kita baru beli ari ni saya jamin beberapa bulan dari skrg akan ketinggalan dek ditinggalkan oleh hp yg lbh canggih.Begitulah hebatnya penangan teknologi masa kini.
Di sini saya ingin memberikan tips bagi mereka yang baru pertama kali mahu membeli hp atau bagi mereka yg tgh berkira-kira nk tukar hp len ker.Matlamat utama tips ini adlh utk menjadikan anda pembeli yang bijak dan tidak senang ditipu oleh penjual.Sesetengah tips yg diberikan sedikit ‘advance’ bagi memberi kelebihan kpd anda sebagai pembeli
1) Tentukan bajet anda: pastikan anda telah ada duit yang mencukupi bagi membeli hp.Ini kerana jenis hp sememangnya bergantung kepada nilai wang yang anda keluarkan.Jika anda hanya ada RM500 maka anda hanya boleh beli hp yang spesifikasinya adalah sederhana sahaja.Kos RM500 tersebut pula perlulah diambil kira aksesori len yang wajib ada pd hp seperti casing,memori kad dan screen protector.Katakanlah kos aksesori tersebut adalah RM100,jadi anda perlu cari hp yang berharga dalam RM350-RM400.
2) Jenis hp yang anda mahu: sekarang tanya diri anda sendiri apakah model hp yang anda mahu.Hp yang biasa2 atau yang lbh canggih? Laman web terbaik utk melihat semua model hp adalah di gsmarena.com Di laman web ini anda boleh melihat secara lbh detail berkenaan sesuatu hp dari segi reka bentuk,spesifikasi,kelebihan,kekurangan dan juga komen dari mereka yg telah menggunakan hp tersebut.
3) Kenalpasti harga pasaran sebenar hp: Sebelum membeli hp,pastikan anda tahu harga pasaran hp tersebut di kedai.Cara yg terbaik ialah anda survey dulu di lmn web seperti mudah dan lelong.Biasanya harga hp yg dijual di kedai sebenar tidak banyak beza dengan harga yg dipaparkan dalam internet.Anda akan dapati beberapa perbezaan harga di antara kedai yang berlainan.
4) Original atau Authorized Product(AP) set: kebanyakan kedai menjual samada set hp original atau AP set.Utk pengetahuan anda,original set adalah set hp yang didapati terus daripada kilang pengeluar sebenar dan diimport oleh pengedar yang sah.Manakala AP set pula mungkin didapati bukan dari pengilang sebenar dan diimport oleh pengedar yg tidak disahkan oleh company pengeluar hp.Kualiti model hp AP set ini biasanya sama seperti original dan membezakan kedua-duanya adlh daripada segi warranty sahaja.Model original biasanya mempunyai warranty 1 tahun manakala model AP adalah 2 tahun.Warranty 1 tahun bermaksud anda boleh membaiki hp tersebut jika ada mslh di mana2 service centre seluruh msia.Warranty 2 tahun pula bermaksud anda hanya mendapat jaminan dari kedai hp yang anda beli sahaja.Apa2 mslh berkaitan hp anda boleh rujuk pada kedai tu shj.Harga hp AP set juga biasanya murah dlm RM150-RM300 daripada model original.
5) Beli di kedai mana? : Sy syorkan terlebih dahulu anda pergi dahulu di kedai yang hanya menjual satu jenama hp sahaja.Katakan anda mahu membeli hp jenama Samsung,jadi anda perlu pergi ke kedai pengedar Samsung.Selepas itu baru lah anda pergi ke kedai len yang mnjual bnyk jenama hp dlm satu kedai.Ini kerana terdapat perbezaan harga yang amat ketara di antara 2 kedai yang disebutkan tadi.Biasanya kedai yang hanya menjual 1 jenama hp saja lbh mahal dalam RM300-RM400 daripada kedai yang menjual banyak jenama hp.Mana satu anda pilih? mesti yang lebih murah kan.Sebaiknya anda survey beberapa buah kedai terlebih dahulu dan cuba tawar menawar sedikit dengan penjual.Kalau dpt best price tu ok la.
6) Periksa IMEI hp: IMEI ni spt identiti hp kerana setiap jenis hp mempunyai imei.Cara anda cek IMEI adalah dgn menekan butang keypad nombor *#06# Jika berjaya keluar nombor 15 digit itulah imei hp anda.Utk hp yang menggunakan android,pergi ke bhg setting,about device,status dan anda boleh lihat IMEI di situ juga.IMEI ini perlulah sama di bahagian belakang bateri hp,kotak hp dan juga di dalam hp itu sendiri.Cthnye jika IMEI pada kotak hp berbeza dengan IMEI pada dlm hp berkemungkinan anda mendapat set hp yg palsu.Jadi berhati-hati dan cek IMEI betul2.
7) Cek about device (utk android): anda pergi ke bhg setting seterusnya pilih about device.Di sini anda boleh melihat maklumat penting berkenaan hp itu seperti model number dan juga android version.Seterusnya pilih status dan anda boleh melihat maklumat len seperti up time dan juga device status.Penting di sini utk pastikan up time adalah 0:00:00 .Up time ini bermaksud kiraan hp anda dari pertama kali on power.Juga pastikan device status adalah normal dan bukan modified.Jika up time anda terlalu banyak anda boleh syaki hp tersebut telah di on sebelum ini.Manakala jika device status adalah modified,hp tersebut telah di ‘root’ iaitu telah diubahsuai.Saya sarankan jika anda dapati perkara ini berlaku,jgn beli hp tersebut kerana hp tersebut telah orang pakai sebelum ini dan berkemungkinan adalah palsu dan made in china.
8) Cek hardware (utk android & Samsung): tips ini bg sy lbh advance krn ramai yang tidak tahu mengenai ini.Di bhg keypad number tekan butang *#0*# Jika berjaya akan keluar satu menu yang memaparkan test yang anda boleh jalankan pada hp tersebut seperti sensor,touch,led,speaker,front cam.Anda boleh klik kesemua pilihan tersebut dan jalankan test tersebut utk memastikan hp anda betul2 dalam keadaan terbaik.
Tips#8 ekstra: tips nie dapat dari penjual kedai utk memastikan hp anda adalah original dan bukan made in china.Pada test tersebut anda pilih front cam.Jika front cam aktif,anda boleh lihat kejelasan camera hp tersebut di skrin samada jelas atau kabur,Biasanya,bg hp original front cam adalah jelas dan terang manakala hp made in china front cam adalah kabur.Sy sendiri buat perbandingan ini di kedai.Mmg nmpk perbezaan ketara.
9) Beli setelah puas hati cek: Ya,anda hanya perlu beli hp tersebut jika set tersebut benar2 berada dlm keadaan baik dan memuaskan hati anda.Cuba praktikkan tips di atas dan anda akan mempunyai kelebihan dari tuan kedai itu sendiri dan seterusnya menjadi pembeli yang bijak dan tidak mudah ditipu.
Antara pembekal telefon yang dapat memberi kepuasan kepada anda untuk pembelian telefon pilihan anda, boleh lihat disini Last edited by pfiza on 25-7-2014 06:11 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
utk android..?
untuk android & samsung...?
original & bukan made in china..?
Last edited by budaktua on 6-6-2014 09:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Raya nak dekat nie bolah lah pakai handset baru kawan . Promosi Raya Last edited by pfiza on 25-7-2014 06:11 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluaran Terbaru Sony leh guna camera fon dalam air... Z2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|